Tampil Berhijab Menghadiri Majlis Ilmu, Kejelitaan TITI KAMAL Berhijab Dipuji Peminat

Masya Allah cantiknya! Itulah antara reaksi para peminat apabila pelakon Ada Apa Dengan Cinta, Titi Kamal memuat naik foto dirinya manis mengenakan hijab tatkala menghadiri acara The Islamic Mega Event 2022 yang berlangsung baru-baru ini.


Isteri kepada pelakon Christian Sugiono ini mengenakan jubah moden rona biru lembut rekaan @jennaandkaia.official yang cantik dan sopan menutup aurat. Malah posting di Instagram miliknya turut mendapat pujian dari ramai selebriti Indonesia antaranya termasuklah Oki Setiana Dewi, Zaskia Sungkar, Dewi Sandra dan beberapa lagi selebriti lain.

Titi Kamal juga turut melahirkan rasa penuh kesyukuran dan bahagia apabila dapat bertemu dengan sahabat-sahabat luar biasa di Islamic Mega Event serta bertemu Ustazah Aisyah Farid.


Katanya lagi, tanpa disedari air mata menitis atas rasa syukur dan terharu diberi kesempatan menghadiri majlis tersebut sambil mengucapkan terim kasih di atas kesempatan yang diberikan.

Untuk rekod Islamic Mega Event 2022 yang diadakan di Sentul International Convention Centre, Bogor, Jawa Barat bertujuan memberi pengetahuan kepada para muslimah di Indonesia mengenai bimbingan Nabi Muhammad SAW dan memberi ilmu yang lebih mendalam mengenai agama Islam.


Acara tersebut turut dihadiri oleh barisan pendakwah muslimah terkenal Indonesia serta selebriti muslimah terkenal antaranya termasuklah Dr Oki Setiana Dewi, Ria Ricis, Melly Goeslow dan ramai lagi.

Titi Kamal mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Christian Sugiono pada 6 Februari 2009 di Perth Australia. Titi Kamal dan Christian turut mempunyai youtube channel mereka tersendiri dan sering berkongsi kehidupan mereka di media sosial.

Untuk rekod, ini bukanlah kemunculan pertama Titi Kamal tampil berhijab malah dia pernah menghadiri majlis pertunjukan fesyen  kolaborasi  Laudya Cynthia Bella dan Zaskia Sungkar, SOEUR baru-baru ini.

Share
Published by
Rosmah Idayu