Cantiknya penampilan terbaharu penyanyi versatil, Salamiah Hassan, 72 tahun yang kini tampil berhijab! Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, penyanyi yang popular dengan panggilan mama ini sudah berhijab sejak empat bulan yang lalu selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Gery Hughes.

Ads

Tampil Berhijab, SALAMIAH HASSAN Semakin Cantik & Berseri Di Usia 72 Tahun

Menurut Salamiah, dia mengenakan hijab di atas pilihan dirinya sendiri dan lebih memilih isu dirinya berhijab tidak menjadi perbualan di media sosial.

“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai hijab. Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar,” ujarnya.

Sememangnya penyanyi yang juga merupakan ibu kepada Atilia Haron ini merupakan seorang wanita yang amat mementingkan hal privasi.  Jadi tidak salah sekiranya dia memilih untuk tidak menghebohkan kisah dirinya mengenakan hijab kerana dia menganggap ia merupakan hal peribadi yang tidak perlu dihebohkan.

Tampil Berhijab, SALAMIAH HASSAN Semakin Cantik & Berseri Di Usia 72 Tahun

Ads

Salamiah Hassan juga baharu sahaja selesai menjalani tempoh edah dan kembali aktif memenuhi nyanyian.  Meskipun masih berada sedih di atas pemergian suami tercinta akibat penyakit kanser kolon, sebagai isteri, Salamiah tidak mampu menyembunyikan rasa sedih di atas kehilangan teman hidupnya itu.

“Saya okay saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan menerima hakikat serta meneruskan kehidupan.”

Ads

Tampil Berhijab, SALAMIAH HASSAN Semakin Cantik & Berseri Di Usia 72 Tahun

Untuk rekod,Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Hughes pada 1 September 2022 setelah 35 tahun hidup sebagai ibu tunggal. Mereka mula berkenalan sejak 15 tahun yang lalu dan jodoh  mereka tidak lama apabila Hughes menemui penciptaNya pada 4 November tahun lalu akibat kanser kolon di Tasmania Australia.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI