Tampil Berniqab Ketika Menghadiri Majlis Ilmu, Ramai Doakan APRENA MANROSE Kekal Istiqomah

Pelakon terkenal, Aprena Manrose yang merupakan adik kepada pelakon Oktovia Manrose hadir ke sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah ternyata mencuri perhatian ramai. Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman hadir ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri dalam kalangan wanita sahaja dengan memakai jubah dan berniqab.

Menerusi hantaran video dimuat naik oleh Aprena di laman Instagramnya, dia menitipkan rasa syukur apabila diberi kesempatan menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut demi tujuan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah. Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Aprena turut terharu bilamenerima maklum balas positif daripada netizen dan meminta doa agar dia sentiasa istiqamah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.

“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya. Meninjau ke ruangan komen di hantarannya itu, ramai dari peminat serta rakan artis menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan Aprena sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.

Share
Published by
Wan Firdaus