Bila tiba Hari Raya, sudah tentu wanita ingin tampil menawan dari hujung rambut ke hujung kaki. Bila mengenakan busana indah di pagi raya, tidak lengkap tanpa solekan di wajah, bukan!
Baru-baru ini, Secret Recipe telah bekerjasama dengan jenama kecantikan tempatan, NITA Cosmetics untuk melancarkan barisan gincu dan pemerah pipi yang cantik dan ‘lazat’ edisi terhad.
Kerjasama di antara kosmetik dan jenama pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia ini telah menghimpunkan idea yang menyeronokkan dan inovatif, sekaligus menjadikan gabungan ini sebagai padanan yang sempurna!
Terdapat dua koleksi edisi khas diperkenalkan iaitu Koleksi Kek Klasik dan Koleksi Kek Signature. Masing-masing menampilkan tiga kosmetik iaitu dua gincu cecair dan pemerah pipi cecair. Diinspirasikan dari beberapa kek best seller
Secret Recipe yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, calitan kosmetik Nita Cosmetics di bibir pastinya membangkitkan keseronokan bagaikan menggigit kek yang baharu keluar dari ketuhar!Jika anda sememangnya ‘hantu’ manisan kek, pastinya keenakan kek keju berkrim dan rasa kek coklat yang kaya perisa perisa akan memenuhi aspirasi rasa anda. Koleksi yang menyelerakan ini juga didatangkan dalam pembungkusan berinspirasikan retro, diletakkan dalam kotak kek berbentuk segi tiga merah jambu yang menampilkan ilustrasi meriah dan boleh menjadi kegilaan para wanita.
Untuk formula pula, dicipta untuk memastikan kamu kelihatan cantik sepanjang hari, gincu cecair adalah berasaskan formula ringan, kalis air dan penghidratan, malah permainan warna pop yang lazat dan tahan lama. Sementara itu, pemerah pipi cecair dicipta untuk serba boleh dan boleh dilapisi untuk penampilan glamor atau disapu ringan untuk kelihatan semula jadi.
Satu lagi fakta menarik yang mesti tahu ialah, biarpun koleksi kosmetik ini menjadikan resepi kek Secret Recipe sebagai ilham, namun formula produk itu sendiri bukanlah ‘sekadar ada’, sebaliknya ia dicipta mengikut piawaian kosmetik untuk memastikan si pemakai tampil menawan sepanjang hari.
Gincu cecair adalah berdasarkan formula yang menjadi tanda dagangan Nita Cosmetics yang ringan, kalis air dan melembabkan. Jadi, ia mudah dipakai untuk mencipta efek menawan dan tahan lama. Sementara, pemerah pipi cecair dicipta untuk lebih versatil di mana ia boleh dipakai tipis atau dilapis tebal untuk mencipta mood yang lebih bersahaja atau ‘garang’.
Mengulas tentang kerjasama ini, Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee berkata, pihaknya cukup teruja untuk melihat maklum balas daripada pelanggan.
“Sebagai jenama tempatan, kami berbesar hati untuk menyokong mana-mana jenama tempatan lain yang dilihat berpotensi untuk meraih perhatian pengguna. Kami tertarik untuk bekerjasama dengan Nita Cosmetics, dan melalui kerjasama ini kami mengangkat koleksi kek Classic dan Signature untuk diterjemahkan dalam bentuk set kosmetik, menjadi set gincu dan pemerah pipi. Kami tidak sabar untuk melihat kejayaan kerjasama ini,” ujar Evelyn ketika majlis pelancaran yang berlangsung baru-baru ini.
Koleksi Kek Klasik terdiri daripada:
Gincu matte cecair Chocolate Indulgence yang didatangkan dengan aroma coklat yang menarik
Gincu matte Chocolate Cheese Berries berwarna merah jambu
Pemerah pipi Crème Brulee Cheese yang menyerlahkan dengan kilauan di pipi
Koleksi Kek Signature pula termasuk:
Gincu matte ilham Decadent Tiramisu
Gincu matte Chocolate Odyssey yang berwarna coklat
Pemerah pipi Burnt Cheesecake berwarna pic
Secret Recipe X NITA Cosmetics dijual RM59 setiap satu, boleh didapati secara online di NitaCosmetics atau SecretRecipe.
Koleksi Secret Recipe X Nita Cosmetics edisi terhad ini boleh didapati secara dalam talian di laman sesawang NITA Cosmetics. Ia amat sesuai untuk kegunaan sendiri atau dijadikan hadiah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Jom jamu selera sambil bergaya!
This website uses cookies.