Tetap ‘Hot’ Pada Usia Hampir 60, RUTH SAHANAYA Amalkan Teh Hijau & Lulur Badan Sejak Kecil

Usia hampir mencecah 60 tahun tapi penampilan terkini diva Indonesia tersohor, Ruth Sahanaya nampak awet muda!

Ruth sebenarnya mempunyai rahsia khusus untuk penjagaan diri.

Salah satunya, rajin menjaga kecantikan kulit dengan skrub istimewa yang ditempah dari Bandung.

Memetik laporan okezone.com, Ruth paling suka skrub. Terdapat beberapa skrub homemade istimewa dari Bandung telah diamalkannya sejak kecil bersama keluarga.

Selain menjaga kecantikan luaran, penyanyi ‘You are Everything’ ini turut mengamalkan teh hijau sejak kecil lagi.

“Saya cuba hidup sihat sejak kecil, minum teh hijau. Ia adalah antioksidan yang sangat sihat dan baik untuk kulit.”

Sementara itu, bagi mengekalkan kesihatan pulaa Ruth berdisiplin dalam bersenam. Dia memilih senaman treadmill santai yang boleh dilakukan di rumah.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, isteri kepada Jeffry Waworuntu ini juga sentiasa bersyukur, berfikiran positif dan gembira.

 

Ruth percaya, apa yang ada dalam fikiran akan memberi kesan kepada penampilan seseorang dari segi luaran.

“Cuba untuk sentiasa bersyukur dalam segala hal. Ia juga mempengaruhi apa yang dilihat pada luaran.”

Untuk info, Ruth Sahanaya menceburi bidang muzik sejak 1987. Perkahwinannya dengan Jeffry Waworuntu sangat bahagia dan mereka dikurniakan dua cahayamata.

Anak perempuan sulungnya bernama Nadine Emmanuella, manakala anak perempuan keduanya bernama Amabel Odelia Waworuntu.

Kredit Foto: Instagram Ruth Sahanaya

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad