Gaya Hidup

Unik, 6 Dekorasi Mudah Yang Menyerlahkan Tema BUNGA-BUNGAAN Pada Hunian!

Menghadirkan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.

Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.

WARNA NEUTRAL

Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.

PILIH WARNA SENADA

Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.

UKURAN POLA

Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.

MEMBERI KESAN SENI

Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.

KESAN MASKULIN

Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.

RUANGAN PENUH BUNGA

Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.

 

Share
Published by
Amy Mohd