Satu lagi penghargaan dilakar oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tetap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai tindak balas wabak.
Beliau akan mengetuai Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesediaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR) untuk tempoh antara satu hingga dua tahun.
Dr Noor Hisham berkata, jawatankuasa tetap itu akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun, selain mengadakan mesyuarat luar untuk perkara-perkara segera jika perlu.
Ads
“Lembaga Eksekutif 34 ahli WHO, semasa mesyuarat tahunannya Mei lalu, bersetuju membentuk SCHEPPR untuk membantu mempercepatkan tindak balas terhadap kecemasan kesihatan global seperti Covid-19, selepas agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikritik kerana lambat bertindak balas terhadap wabak ketika coronavirus pertama kali dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Menurut terma rujukan, jawatankuasa tetap hendaklah memberikan panduan kepada lembaga eksekutif WHO dan nasihat kepada ketua pengarah WHO mengenai pencegahan, kesediaan dan tindak balas kecemasan kesihatan, dan kapasiti segera Program Kecemasan WHO, sekiranya orang ramai kecemasan kesihatan kebimbangan antarabangsa (PHEIC) ditentukan.
Ads
Terdahulu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham dan Prof Jérôme Salomon dari Perancis kerana bersetuju untuk berkhidmat sebagai pengerusi dan naib pengerusi pertama jawatankuasa baharu itu.
Untuk info, beliau juga merupakan penerima Anugerah NONA SUPERHERO 2021 anjuran Majalah NONA.
Sumber: The Star
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Kau kejam! Penakut! Pentingkan diri sendiri! Tergamaknya dia pergi tanpa berusaha pun untuk mendapatkan bantuan!’ Itu antara luahan netizen yang rata-ratanya geram dan terkejut melihat video kemalangan tragis ini.
https://www.youtube.com/watch?v=A2meoQ5hQ6o
Menerusi rakaman yang diambil oleh saksi kejadian, Saeed Ahmed, 23, dilihat menahan teksi di tengah lebuh raya dan meninggalkan lokasi kemalangan itu sewaktu api marak.
Tragedi kemalangan kereta yang menyebabkan kematian seorang wanita bernama Harleen Grewel, 25, ini heboh diperkatakan selepas Saeed dilihat ‘tidak berusaha’ mendapatkan bantuan.
Harleen Grewel disahkan mati di tempat kejadian selepas bomba menemui tubuhnya yang hangus terbakar di tempat duduk penumpang depan.
Sebelum kemalangan berlaku, Ahmad yang memandu kereta 2007 Infiniti G35 dikatakan mencelah-celah kesesakan di Brooklyn-Queens Expressway sebelum ia melanggar pembahagi jalan, lapor DailyMail.
Dia berjaya menyelamatkan diri sebelum menahan sebuah teksi untuk ke hospital, meninggalkan teman wanitanya terbakar di dalam kereta. Lelaki tersebut telah ditahan di sebuah hospital, dimana dia mendapatkan rawatan melecur di bahagian lengan dan kaki.
Dalam sesi soal siasat dengan pihak polis, Saeed mengaku mengambil minuman keras sebelum kemalangan namun ujian darah mendapati dia tidak mabuk. Kini lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa kerana jenayah kecuaian homisid, meninggalkan tempat kemalangan dan memandu dengan laju.
Sudah Berusaha Menyelamatkan
“Saya tak tahu apa yang terjadi, saya perlu berjumpa dan bercakap dengannya untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata bapa Ahmad, Mohammad Azam kepada The New York Daily News tentang anaknya.
Bapa Ahmad juga turut menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang kehidupan anaknya kerana Ahmad selalu pulang lewat berjumpa kawan-kawan.
Sementara itu adik Ahmad iaitu Waheed Ahmad, 21, memberitahu The New York Post bahawa abangnya tidak meninggalkan tempat kemalangan tapi cedera teruk kerana berusaha menyelamatkan mangsa.
“Dia tidak melarikan diri. Telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta dan dia gagal menghubungi ambulans. Abang saya dah cuba menyelamatkan wanita itu tapi tak berjaya. Sebab itulah tangan dan kakinya melecur. Api marak terlalu cepat.
Kini emosinya masih lagi terganggu. Setiap kali ditanya tentang apa yang terjadi, dia pasti menangis dan menjerit-jerit. Bayangkanlah, rakannya terbakar hidup-hidup.” Norzalina Mohd Alias
Jangan menunggu tua, tidak mustahil kita akan mati muda…
Sudah terhantuk baru terngadah. Tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam cukup menggemparkan negara apabila 22 pelajar dan dua gurunya maut terbakar.
Meneliti semua laporan berita yang mengisi newsfeed Nona hari ini, diperhatikan wujud beberapa pihak yang masih menuding jari ke arah satu sama lain. Daripada isu bangunan yang tak mengikut piawaian, kecuaian dan khianat sehingga pertikaian isu kredibiliti tenaga pengajarnya, semua seakan mencabar takdir yang telah ditentukan-Nya.
Guru mana yang sanggup melihat anak-anak didiknya ditimpa tragedi sedahsyat ini? Tidak ada.
Sebagai orang luar yang mengikuti perkembangan kes ini dengan begitu rapat, Nona mendoakan agar kita bertenang dan anggaplah kematian anak-anak tahfiz ini sebagai syahid.
“Kenapa orang baik-baik ramai yang pergi dulu?”
“Kalau kamu ternampak bunga yang cantik, apa kamu akan buat?”
“Saya akan petik bunga yang cantik tu.”
Begitulah, orang yang baik ibarat bunga yang cantik di taman. Disayangi Tuhan.
Mati Syahid
“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik-beradik dan masa bermain untuk tinggal di sini.
Semata-mata untuk belajar agama. Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod.
Kebanyakan pelajar yang berusia antara 13 hingga 17 tahun sedang tidur ketika api mula marak di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
Tragedi itu meragut nyawa 22 pelajar tahfiz dan dua guru tahfiz.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar ketika ditemui di sana berkata, pusat tahfiz itu tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal.
Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat bulan lepas, namun masih belum diberikan kelulusan.
“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal. Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Muhammad Zahid sebagai berkata pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini sepatutnya berpindah ke bangunan asal di kawasan berhampiran yang telah siap diubah suai hujung bulan lepas.
Beliau berkata bangunan tempat berlaku kejadian adalah bangunan sementara menunggu kerja pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.
“Saya menguruskan sepenuhnya pusat tahfiz berkenaan sejak 15 tahun lepas dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Premis berkenaan menempatkan 42 pelajar, enam guru dan dua warden dari seluruh negara manakala segala kemudahan adalah percuma menerusi tajaan penaung, sumbangan orang ramai serta MAIWP,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata ini merupakan kejadian kebakaran pertama kali berlaku dan kebiasaannya selepas solat Isyak dan tazkirah pelajar tahfiz akan dibenarkan berehat.
“Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia lebih muda berbanding mereka yang sempat menyelamatkan diri. Lokasi kejadian melibatkan bilik penginapan pelajar dan mereka juga tidak dibenarkan memasak di bilik itu,” kata Mohd Zahid. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Bernama & Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, tahniah Shuib dan Watie! Akhirnya teka-teki mengenai hubungan cinta di antara usahawan ini sudah terjawab. Tidak mahu lagi membuatkan peminat tertanya-tanya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuka mulut mengenai perancangan perkahwinan dengan wanita pilihannya itu.
Dedah Shuib kepada Berita Harian, dia bakal menamatkan zaman duda bersama Watie Hanifiah pada Jun depan.
Bapa kepada empat cahaya mata tesebut turut memberitahu persiapan perkahwinan juga sedang diatur dan berjalan lancar.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.