Berkobar-kobar semangat wanita yang hadir ke Nona Superwoman Talkshow apabila bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan kata-kata inspirasi khusus buat mereka yang ingin dan sudah pun menceburi bidang perniagaan.
Tan Sri Shahrizat selaku Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) turut berbesar hati merasmikan private event berkenaan yang berlangsung di Bunglow 37, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.
Tan Sri Shahrizat Rasmi Nona Superwoman Talkshow
Seramai lebih 50 wanita bertuah terdiri daripada ahli korporat dan usahawan dijemput meraikan Nona Superwoman Talkshow. Ia merupakan kesinambungan majlis pengiktirafan Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung dengan jayanya pada 8 Januari lepas.
Rentetan kejayaan itu, satu majlis ilmu iaitu Nona Superwoman Talkshow diadakan dengan kerjasama Bartech Beautee dan HAWA FG Ekonomi.
Ads
Antara pengisian utama Nona Superwoman Talkshow ialah sesi bual bicara bersama Pengasas Bartech Beautee iaitu Nurul Adlinna Mohd Bakri yang juga penerima Nona Best Business Development SME Award 2024 dan Nona Best Trusted Beauty & Whitening Brand Award 2024 serta Coach Borong China Expert yang juga penerima Nona Business Strategist Award 2024, Cikgu Samm.
Dalam sesi bual bicara selama kira-kira 20 minit tersebut, pelbagai input berkaitan perniagaan dibincangkan secara terperinci oleh kedua-dua panel. Ini termasuk mengenai kaedah pemasaran perniagaan baharu, cara mengembangkan bisnes dengan tepat dan kisah pengalaman mereka sepanjang mengendalikan empayar perniagaan.
Ads
Majlis Nona Superwoman Talkshow turut diserikan dengan kehadiran mantan Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi HAWA FG Ekonomi, Datuk Seri Dr Zurainah Musa. Nona Superwoman Talkshow ini mengetengahkan tema rona pastel baby blue dan silver. Acara pada malam berkenaan lebih ceria dengan celoteh dan gelagat menghiburkan daripada Kiffy Razak selaku pengacara majlis.
Semoga lebih banyak usaha berkaitan pembangunan golongan wanita sama ada dalam dunia perniagaan mahupun kerjaya akan terus diperhebat pelbagai pihak supaya kemampuan dan kredibiliti mereka mendapat perhatian di peringkat lebih tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sweetnya pasangan selebriti ini! Walau mampu menikmati hidangan mewah di restoran mahupun hotel ternama namun Siti Elizad memilih kejutan yang lebih sentimental dengan menyediakan sendiri hidangan istimewa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan baru-baru ini.
Dalam perkongsian video di media sosial, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin teruja menyajikan sajian untuk suami tercinta, Shamsul Baharin.
Dari membeli bahan-bahan hingga proses memasak, semuanya dikongsikan Elizad kepada peminat di platform Instagram.
Malah, detik suami kesayangan tiba di rumah ketika hujan lebat sambil disajikan masakan figura cantik ini sememangnya menyentuh hati peminat. Terserlah betapa kasih dan sayangnya insan ini terhadap pasangan.
Elizad yang juga pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio SINAR FM ini menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan pada 11 Januari lepas.
Ujarnya, “11 Januari. Selamat Ulang Tahun yang ke-9 sayang. Masih berdua, masih bercinta. Doakan kami ya.
Ya Allah Ya Tuhanku, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, kebahagiaan. Dan selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Kami reda dengan ujianMu.”
Dalam temu bual Nona bersama Elizad sebelum ini, dia yang berusia 39 tahun mendedahkan merancang untuk menjalani proses IVF untuk menimang cahaya mata.
Kecekalan Siti Elizad menjalani rawatan kesuburan sebanyak dua kali dan berjuang untuk hamil meraih perhatian khalayak. Termasuklah Duli Yang Maha Mulia, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Memang benar kalau dah minat dengan kerjaya yang disandang payah macam mana sekalipun pasti kita dapat melaksanakan dengan jayanya sambil tersenyum puas. Begitulah cabaran yang dipilih oleh peserta Fabulous MUA, Ummi Kayy. Walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai Broker Insuran tetapi tetap merealisasikan impiannya sebagai jurusolek.
Sedikit sebanyak kerjaya utama Ummi Kayy atau nama sebenarnya Ummi Kalsum Abdullah banyak mempengaruhi pertuturan dan penampilannya. Yakin dan tidak takut bercakap di depan khalayak adalah forte wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
Bila ditanya dah punya kerjaya tetap sebagai Broker Insuran tapi masih nak jadi jurusolek, jawabnya penuh yakin, “Minat! Kadang-kadang kita tak boleh elak daripada sesuatu yang memang menjadi minat kita. Biasanya jika dah minat kita akan sedaya upaya cari masa.
Saya amat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat memahami minat saya di samping kerja hakiki saya sebagai seorang Broker Insuran. Kiranya saya bekerja 7 hari dalam seminggu. Namun keizinan dan doa suami membuat saya lebih teguh dan berkeyakinan dalam bidang ini.
Saya juga beruntung tidak mendapat tentangan daripada ibu bapa dek kerana minat saya yang satu ini. Walaupun ada kerjaya tetap tetapi kerjaya jurusolek ini adalah sesuatu yang lebih kepada minat saya.
Saya masih mengutamakan kerjaya hakiki kerana saya percaya tak boleh put pressure pada benda yang diminati kerana takut minat itu lama-kelamaan akan hilang. Jadi saya lebih bersederhana dan happy dengan apa yang saya lakukan. Alhamdulillah, keluarga amat menyokong minat saya ini,” tutur ibu kepada seorang anak lelaki yang berumur 8 tahun ini.
Berpengalaman dalam bidang tatarias secara profesional dan sambilan sudah lebih 10 tahun, Ummi Kayy percaya dengan bidang yang dipilihnya ini. “Pada pandangan saya, bidang solekan ini boleh pergi jauh dengan penambahan skill business atau penghasilan produk. Kerana setiap makeup artist itu sudah tentu tahu apa yang mereka inginkan daripada segi skincare atau pun produk makeup. Jadi, pemilihan atau pembuatan lebih tepat dan hampir kepada pengguna.
Ada juga yang beranggapan kerjaya sebagai jurusolek tak menjamin masa depan. Namun, bagi saya semuanya perlukan perancangan, sebagai seorang yang berilmu, persediaan masa depan itu perlu ada. Bukan sahaja tertakluk kepada makeup saja malahan semua jenis pekerjaan. Nasihat saya, beringat dalam membina empayar dan kawal financial secara berhemah,” ucap wanita yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.
Ummi Kayy juga rajin menuntut ilmu sehingga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 serta merupakan ahli Persatuan Makeup Artist Bumiputera Malaysia. Menyingkap kisah di awal penglibatan wanita yang berusia 36 tahun ini dalam bidang solekan, “Bermula ketika zaman belajar, saya berjinak-jinak menatarias kawan-kawan dan diri sendiri. Selepas itu minat makin mendalam dan mula melayari blog dan majalah.
Secara profesional apabila saya dibayar oleh rakan sendiri untuk menyolek dirinya di majlis nikah dah persandingan. Berbekal ilmu dan alatan mekap yang sedikit, saya berjaya memikul tanggungjawab tersebut dengan jayanya.
Setelah itu, saya mula mengikuti kelas-kelas jurusolek selebriti terkenal seperti Dato Alha Alfa, Nuex Rosli, Syazreeyana Shukri, Sheila Mohamad, Suhaib Daud, Chika the Divas, Bobo Cinta dan khusus untuk dandanan rambut bersama Emma Mustafa,” tutur anak sulung perempuan daripada 8 adik beradik yang kesemuanya lelaki ini.
Menariknya Ummi Kayy telah memasuki lebih daripada 50 pertandingan sekitar Kuala Lumpur. Bercerita tentang pertandingan pencarian makeup artist Fabulous MUA, kongsinya, “Saya melihat pertandingan ini sesuatu konsep yang baru iaitu menguji seorang makeup artist itu secara komunikasi dan persembahan.
Dunia makeup ini adalah salah satu dunia selebriti apabila kita akan dikenali. Jadi platform yang diberikan oleh Fabulous MUA adalah menepati apa yang dunia makeup ini perlukan,” kata Ummi Kayy yang dikenali sebagai My Shading Works kerana mengutamakan kekemasan shading dalam setiap hasil tatariasnya.
Saksikan Ummi Kayy dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu persatu dugaan ditempuhinya sepanjang bergelar isteri. Netizen menjadi saksi, bukan satu, bukan dua tapi berkali-kali dirinya dikhianati insan paling disayangi. Tapi hari ini, akhirnya Bella Astillah menyerah, takdir perkahwinannya dengan Aliff Aziz bakal ternoktah.
Hadir dalam persalinan jubah merah jambu berbunga ungu, Bella tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz.
Nekad untuk berpisah, Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.
Sekadar mengimbas, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun merujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.
NEKAD
Pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ barangkali tidak terpakai dalam isu melibatkan pasangan ini kerana saban kali Bella dicurangi. Apa yang pasti, kesabaran dan sifat pemaaf ibu kepada Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini dikagumi oleh wanita lain.
Bella nekad membuat keputusan demikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan atas dakwaan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir bagi Bella.
“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Malah menerusi video yang dikongsikan media, ibu kepada dua cahaya ini turut menjelaskan, perpisahan adalah jalan terbaik.
“Saya rasa inilah jalan yabg terbaik untuk saya dan Aliff. Seperti mana yang semua orang tahu, kami berdua pernah rujuk sebelum ini.
Jadi saya rasa dengan kita memilih jalan masing-masing mungkin itu yang terbaik untuk diri Aliff dan saya juga,” katanya.
Instagram: @bellaastillah
Meninjau ke ruangan komen, banyak kata-kata semangat dititipkan oleh peminat kepada Bella. Rata-ratanya menyokong keputusan yang diambil bahkan yakin beliau mampu mendepani ujian ini dengan tenang. Apa pun, semoga Bella terus kuat untuk anak-anak dan bertemu seseorang yang lebih baik, insyaAllah!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...