Tan Sri Tony Fernandes & Puan Sri Chloe Kim Rai Ulang Tahun Pertama Anak Ikut Adat Korea

Diam tak diam, genap setahun usia anak Tan Sri Tony Fernandes hasil perkahwinannya dengan Puan Sri Chloe Kim! Tanggal 20 Ogos lalu, Aliyah Ena Fernandes menyambut ulang tahun pertama kelahirannya !

Lebih istimewa, ulang tahun kelahiran baby Aliyah disambut dalam suasana sederhana tetapi meriah apatah lagi si kecil ini menggayakan pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Bukan hanya baby Aliyah comel menggayakan Handbok versi bayi, malah turut kelihatan Tan Sri Tony Fernandes dan isteri, Puan Sri Chloe Kim turut menggayakan Hanbok rona pastel. Berasal daripada Korea Selatan, sudah semestinya Puan Sri Chloe Kim tidak melepaskan peluang untuk anak kecilnya mempelajari mengenai susur galur keturunannya keluarganya yang berasal dari Korea. Bertuahnya baby Aliyah yang dilahirkan sebagai anak kacukan Malaysia-Korea.


Melihat laman Instagram milik Tony Fernandes, beliau turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu. Untuk rekod, Tony Fernandes mempunyai seorang anak perempuan, Stephanie Fernandes yang kini berusia 28 tahun.


“Happy Birthday my super cute smart daughter Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”

Sesuai dengan tema putih dan merah jambu sebagai tema sambutan hari jadi pertama Aliyah, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis sambutan tersebut termasulah aktiviti khas dikenali sebagai Doljanchi.

Dol atau doljanchi adalah tradisi Korea yang meraikan ulang tahun pertama bayi. Majlis ini memberkati kanak-kanak itu dengan masa depan yang makmur dan memberi makna yang besar di Korea. Bayi yang menyambut hari jadi akan memakai hanbok dan topi tradisional: jobawi atau gulle untuk perempuan bayi dan bokgeon atau hogeon (호건) bagi bayi lelaki.


Di Korea, hari lahir pertama bayi dianggap sebagai peristiwa penting yang penuh bermakna.

Acara utama dol adalah upacara di mana kanak-kanak itu diletakkan di hadapan meja makanan dan objek seperti tali, berus, dakwat dan wang. Kanak-kanak itu kemudian diminta mengambil objek dari meja. Dipercayai bahawa apa sahaja yang dipilih akan meramalkan masa depan kanak-kanak. Sebagai contoh, jika kanak-kanak mengambil berus atau buku, dia ditakdirkan untuk menjadi pintar.


Jika dia mengambil wang dia akan menjadi kaya; Jika dia mengambil makanan bermakna dia tidak akan lapar. Jika kanak-kanak mengabmbil benang, dipercayai dia akan menjalani kehidupan yang panjang. Jenis objek yang diletakkan di atas meja untuk bayi memilih telah berubah dari masa ke masa, sebagai gambaran persepsi masyarakat yang berubah-ubah terhadap pekerjaan yang berjaya.

Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa kekal tradisional dalam pemilihan objek untuk diletakkan di atas meja. Ini diikuti dengan jamuan makan, nyanyian dan bermain dengan kanak-kanak itu. Selalunya, tetamu akan menunjukkan hadiah wang, pakaian, atau cincin emas kepada ibu bapa kanak-kanak itu pada masa ini.

Di dalam dulang khas, terdapat beberapa objek seperti bola, microphone, palu kayu hakim dan beberapa objek lain diletakkan yang melambangkan kerjaya yang bakal di pilih.
Melalui perkongsian Tony Fernandes, anak perempuannya memilih microphone sambil memberikan renungan tajam ke arah bapanya! Agaknya boleh ke teka kerja apakah yang dipilih oleh Aliyah?


Untuk rekod, Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Chloe Kim pada Oktober 2017. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Hotel Cap Estel, French Riviera. Manakala anak mereka, Aliyah Ena Fernandes dilahirkan pada 14 Ogos 2021 yang lalu.
Puan Sri Chloe Kim pernah melanjutkan pelajarannya di China dengan mendalami bidang linguistik Bahasa Cina. Berkahwin dengan Tan Sri Dr. Tony Fernandes pada 2017, Chloe kini mengikut jejak langkah suaminya melibatkan diri di dalam gelanggang perniagaan tetapi berasaskan kecantikan.

Share
Published by
Rosmah Idayu