Bergelar suami isteri pasti akan ada saat susah senangnya. Ibarat ombak dan pantai, ada pasang surutnya. Begitulah asam garam rumahtangga, yang akan dikenang bersama agar dapat saling menghargai.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang cukup dikenali di media sosial, meluahkan kesyukuran kerana dapat menunaikan impian isterinya Dr Rushaida Zabidi untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka di tanah suci Mekah. Ianya dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook.
Rezeki pasangan ini apabila dapat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 di tanah haram.
“Bang, best kan kalau kita boleh sambut anniversary di Mekah?”
“Dia berseloroh sambil tersengih.
“Mungkin dia anggap kata-kata itu sekadar gurauan.
“Namun jauh disudut hati, aku berdoa moga Allah pilih kami lagi dan makbulkan hasratnya.”
Sebelum berlepas ke tanah suci, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi posting di akaun Instagramnya detik-detik susah senang bersama isteri yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Mesir.
Ads
“Kami diijabkabul di tahun 3 perubatan. Tak mudah berumahtangga ketika masih belajar.
“Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit.
“Tapi takkanlah dah ada isteri ni aku tergamak nak minta duit belanja dari Abah.
“Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur.
“Sayang, bulan ni abang mampu beli ni je. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?”
Ads
“Tak apalah, ini pun dah cukup”.
“Dia masuk bilik ambil marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari.”
Pasangan ini sekali lagi diuji apabila Dr Ahmad Samhan disahkan ada ketumbuhan rahang. Namun, isterinya tetap setiap di sisi.
Dr Ahmad Samhan turut berpesan kepada para suami agar sentiasa menghargai pengorbanan isteri ketika berada di puncak.
“Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa pengorbanan dia bila berada di puncak.
Ads
“Tak perlu cari lain yang manja tapi manjakanlah yang sedia ada.
“Tanah haram menjadi saksi ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.
“Doakan perjalanan kami dan amalan diterima Allah. Saya doakan kalian juga dipilih untuk jadi tetamu Allah.”
Dr Ahmad Samhan kini mengusahakan lima klinik di Terengganu. Katanya, kejayaan yang diraih selama ini bukanlah atas hasil usahanya seorang bahkan ia turut dibina atas pengorbanan isteri yang terus setia bersamanya sampai ke saat ini.
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada seorang wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kerana itu, aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya.”
Untuk info, Dr Ahmad Samhan sebelum ini pernah tular serta meraih 1 juta pengikut di Tik Tok. Beliau dinobatkan Content Category of Education, TikTok Malaysia Popular Creator 2021. Semoga Dr Samhan terus konsisten berkongsi ilmu.
Kredit: Facebok Dr Ahmad Samhan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keluarganya mungkin sentiasa terpalit dengan kontroversi, dari penyebaran video lucah kakak sulungnya sehinggalah kepada keputusan ayahnya untuk menukar jantina. Namun kesemua drama ini tidak membataskan impiannya untuk menjadi seorang wanita yang berjaya atau lebih molek penulis gelar gadis kerana usianya yang masih muda.
Kylie Jenner merupakan anak bongsu keluarga Kardashian-Jenner membuktikan dia juga boleh berdiri sama hebat dengan wanita lain yang berjaya. Mungkin ada di antara anda yang menonton rancangan realiti tv ‘Keeping Up With The Kardashian’, anda pasti ingat dengan telatahnya yang manja sebagai anak bongsu. Kini seiring dengan kedewasaan, dia merupakan seorang usahawan berjaya di dalam bidang kecantikan.
Kylie Bersama Kakaknya Kendall Jenner(Kiri Sekali) Yang Merupakan Seorang Peragawati Terkenal Dan Khloe Kardashian(Tengah) Yang Merupakan Seorang Pengacara.
Lebih kurang setahun setengah yang lalu dia mengeluarkan rangkaian kosmetiknya sendiri Kylie Cosmetics dimulai dengan jualan Kylie Lip Kit yang hadir dalam tiga warna berbeza. Mengejutkan produk ini habis dijual di pasaran hanya dalam masa sejam ia dilancarkan. Sejak dari itu rangkaian kosmetiknya yang terus sampai kepada pengguna ini mengeluarkan beberapa lagi jenis barangan kecantikan seperti pembayang mata, pemerah pipi, berus solekan dan juga highlighters atau lebih popular dengan nama Kylighters.
Bersama Donatella Versace Di MET Gala 2017.
Rabu lalu, telah diumumkan bahawa Kylie Cosmetics yang mana Kylie merupakan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai pemasaran dan ketua pegawai kreatif telah menjana jualan sebanyak USD480 juta bersamaan lebih kurang RM2 billion dalam masa 18 bulan. Ini menjadikan dia lebih berjaya jika hendak dibandingkan dengan usahawan kecantikan Amerika lain walaupun mewarisi syarikat turun temurun keluarga dan kebanyakan mereka berusia tiga kali ganda umur Kylie. Nampaknya gadis berusia 20 tahun ini benar-benar bijak menggunakan populariti dan juga kecantikannya dalam membangunkan sebuah jenama yang berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru meniti usia 12 tahun tapi bakat dan kepetahan anak Puteri Lily Lokman dan Aziz M Osman ini cukup terserlah. Gaya santai dan mesra Puteri Nur Azzahra atau lebih dikenali sebagai Ara Aziz menjadi tumpuan. Tidak hairanlah walau masih kecil, Ara sudah pun menerima tawaran sebagai pengacara televisyen kanak-kanak!
Cepat betul masa berlalu. Sejak kecil Ara sudah mula dikenali warga maya dengan perkongsian video tutorial mekap yang viral di media sosial. Gelagat dan telatahnya yang sewaktu itu berusia sekitar empat tahun membuatkan ramai terpikat.
Jelas terserlah bakat Ara beraksi depan kamera. Iyalah, anak pengarah dan penerbit filem!
Dalam temu bual Nona bersama Puteri Lily sebelum ini, dia memberitahu,“My daughter, Ara yang take over dan hosting. Saya juga banyak ajar dia macam mana nak jadi seorang pengacara dan sebagainya.
Saya masukkan dia macam-macam kelas termasuk public speaking to build up her confident and how to talk in front of camera. Semua tu bukan untuk saya tapi untuk dia sebab bapa dia pengarah, mak dia producer jadi dia ada advantage untuk ini.
Alhamdulillah Ara ada talent dan minat dia memang nampak lebih kepada bidang seni. Saya ni suka belakang tabir je bila depan tu, tak minat sangat.”
Mengikuti sesi persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa, Ara memanfaatkan populariti yang diraih dengan mengusahakan jenama kosmetik miliknya, Ara Little Beauty yang turut dijual di pasaran Singapura dan Brunei.
Ara merupakan anak ketujuh Aziz M Osman bersama ibunya, Puteri Lily Lokman. Menerusi perkahwinan Aziz terdahulu, dia turut mempunyai enam orang anak.
Aziz dan Puteri Lily berkahwin pada 6 Jun 2010 namun dilaporkan berpisah pada Julai 2023. Selain Ara, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aryan Aziz berusia lima tahun.
Walau sudah bercerai namun Puteri Lily dan Aziz masih berkawan baik. Bahkan ketika menyambut Syawal baru-baru ini, kelihatan mereka meraikan Hari Raya bersama dengan anak-anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpegun sungguh melihat Che Puan Sarimah Ibrahim sekarang. Penampilan terkini pengacara, pelakon dan penyanyi berketurunan Melayu-Ireland ini semakin menawan bahkan awet muda pada usia 45 tahun. Pandai CP Sarimah jaga badan, persis anak dara!
Untuk info, CP Sarimah berkahwin dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan ke-10. Mereka dikurniakan seorang puteri, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia empat tahun.
“Dari segi kehidupan peribadi, saya juga sibuk menguruskan anak perempuan, Tunku Sofia serta suami. Sambil memanfaatkan masa bersama contohnya dengan pergi bercuti.
“Tunku Sofia sekarang sangat petah bercakap, manja serta pandai menyanyi dan menari. Saya tak pernah ajar pun tetapi mungkin genetik.
“Umurnya sekarang empat tahun. Menyanyi dan menari tu memang dia suka. Dia juga lasak dan sukan bersukan,” kongsi CP Sarimah yang tidak akan menolak jika ada rezeki untuk hamil lagi.
MAKIN CANTIK & LANGSING
“Saya memang suka bersenam sejak dari zaman saya aktif karate. Lapan tahun saya buat karate sampai tahap dapat tali pinggang hitam dan jadi instructor tapi tak pernah mengajar sebab tiada masa.
“Tiada istilah diet bagi saya sebab ia tak perlu kalau kita pandai jaga makan. Kerap tetapi sedikit. Banyak minum air kosong jangan air gula, tidur paling kurang enam jam dan sentiasa bergerak. Jangan duduk lama-lama nanti sakit belakang.
“Berat badan saya pernah cecah 73kg semasa hamil. Paling kurus 58kg sebab tinggi saya 167 sentimeter. Kalau kurang lagi dari tu saya akan nampak macam sakit. Yang pentingnya bukan berat tapi komposisi badan kita sepenuhnya.”
RAHSIA KEKAL BAHAGIA
“Untuk menjaga kebahagiaan rumahtangga termasuk anak dan suami, kita kena jaga diri sendiri. Kalau mental dan fizikal kita tidak sihat, macam mana nak jaga orang lain. Takut jadi overload, burnout.
“Maka, pentingnya kita jaga kesihatan mental, fizikal dan sentiasa buat checkup sebelum terlambat. Mencegah lebih baik daripada merawat.
“Jangan tunggu bila ada masalah baru nak jumpa doktor. Badan, minda dan emosi kita kena jaga. Selalunya ibu-ibu ni terlalu penat dari segi emosi, bukannya badan.
“Cukup dengan mengetahui yang kita cantik, telah melahirkan anak kerana itu adalah satu pencapaian yang paling besar bagi seorang wanita.
“Nasihat saya, jangan terlalu pressure diri. Nanti lagi susah nak jaga badan, minda dan emosi kita.
“Bangga dengan diri sendiri dan apa yang kita capai. Ambil masa untuk diri sendiri walaupun hanya 10 minit atau sejam dalam sehari. Bersenam secukupnya. Sebelum jaga orang lain pastikan jaga diri kita dulu. Kalau tak, penat nanti.”
Kredit Foto: Instagram Che Puan Sarimah Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.