Tanaman herba kini semakin menjadi pilihan. Ini kerana ia mudah di tanam, tidak perlukan kos yang tinggi, boleh di tanam di dalam rumah asalkan ada sumber cahaya yang masuk dan banyak lagi. Antara tanaman herba yang mudah di tanam dan boleh ditanam secara indoor adalah Pegaga, daun saderi, pudina, kucai, rosemary, kesum, kemangi, thyme dan tarragon, Kehadiran garden kitchen bukan sahaja memudahkan proses memasak terutamanya hidangan barat seperti spaghetti dan ayam panggang, malah ia boleh dijadikan hiasan dan mampu tampil dengan gaya yang lebih kreatif dan segar.

Tanam Herba Sendiri Di Rumah. SENANG UNTUK GUNA KETIKA MASAK!

Ads

Ia kini bukan sekadar berfungsi sebagai tanaman yang boleh di makan, malah menjadi satu seni hiasan dalaman yang memukau. Satu perkara lagi yang anda harus tahu, sebenarnya menanam tanaman herba ini boleh menggunakan apa-apa sahaja bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman. Antaranya bekas plastik, botol kosong, periuk yang sudah tidak digunakan, bekas pencuci, tin susu dan sebagainya. Menukar bahan-bahan terbuang ke bentuk yang bermanfaat dan baik sebenarnya tidak sukar.

Siapa kata anda perlu membeli pasu cantik dan mahal barulah tanaman menjadi? Guna pakai sahaja apa yang ada di sekeliling rumah kerana selain menjimatkan kos, anda juga sedang membantu melahirkan alam sekitar yang lebih baik tanpa pencemaran.

Tanam Herba Sendiri Di Rumah. SENANG UNTUK GUNA KETIKA MASAK!
Apa yang menariknya apabila adanya idea-idea kreatif untuk menanam tanaman herba ini secara tidak langsung ia telah menarik minat generasi muda untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam ataupun berkebun. Semakin ramai yang berlumba-lumba mengolah tanaman dapur menjadi sekreatif mungkin. Di samping boleh di makan, aroma yang menenangkan dan hiasan tambahan yang menarik untuk dapur.

Sebut sahaja herba rosemary, thyme, basil,oregano,sage dan parsli amat sinionim dalam hidangan barat. Ia sering digunakan sebagai penambah rasa, aroma dan keenakan hidangan. Kepelbagai herba segar ini digunakan untuk hidangan lazat yang ringkas, namun kuasa herba segar ini menjadikan hidangan lebih nikmat!

NONA kongsikan beberapa resipi berasaskan herba yang boleh dimasak sendiri di rumah hujung minggu ini. Selamat mencuba!

Tanam Herba Sendiri Di Rumah. SENANG UNTUK GUNA KETIKA MASAK!

PASTA AGLIO OLIO CHICKEN SALAMI

BAHAN-BAHAN:

1/2 paket spageti|direbus

1 paket salami ayam

1/2 cawan air

sedikit serbuk pati ayam

2 sudu makan mentega

2 sudu minyak zaitun

5 ulas bawang putih|cincang halus

1 biji cili merah atau hijau|dicincang

Sedikit daun ketumbar|dihiris

5 biji tomato ceri

Sedikit lada hitam|ditumbuk

Garam secukup rasa

Sedikit herba segar thyme, oregano

CARA MEMBUAT:

Ads

Hiris salami ayam dan asingkan. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau atau merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan salami ayam tadi. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam dan tomato. Masukkan daun ketumbar dan herba segar seperi thyme, oregano dan chili flakes. kacau rata dan hidangkan ketika masih panas.

Tanam Herba Sendiri Di Rumah. SENANG UNTUK GUNA KETIKA MASAK!

PESTO GRILLED VEGETABLE PASTA

BAHAN-BAHAN:

1 paket spaghetti

1 keping dada ayam

1 ulas bawang putih

1 biji kecil bawang holland

Ads

5 keping tomato kering

1/2 biji hirisan lemon

Beberapa helai herba Basil segar

Sedikit parutan keju parmesan

 

BAHAN-BAHAN PESTO

2 genggam herba Basil segar| cuci dan toskan hingga kering

1 ulas bawang putih

1 genggam kacang pine|digoreng tanpa minyak hingga wangi

3 camca besar parutan keju parmesan

1/2 cawan minyak zaitun

Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

Untuk menyediakan sos pesto, masukkan bawang putih dan kacang pine  ke dalam mesin pencincang makanan. Kisar hingga hancur. Masukkan herba Basil dan kisar seketika. Tuang minyak zaitun dan kisar hingga bersatu. Tambah parutan keju parmesan dan sedikit garam. Kisar sekejap lagi dan pesto  siap dan asingkan seketika. Sementara itu,panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu. Masukkan daging ayam, kacau dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tambah tomato kering, kacau rata dan biar hingga isi ayam masak. Matikan api, alihkan ke dalam bekas lain dan sejukkan. Untuk menyediakan spaghetti pula, didihkan air untuk merebus spaghetti. Tambah sedikit garam. Rebus spaghetti sehingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan spaghetti tadi. Tos dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dengan sos pesto dan parutkan keju parmesan dan herba basil sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI