Status ibu tunggal nyata bukan satu gelaran yang mahu disandang oleh mana-mana wanita sekalipun. Namun, jika itu takdirnya siapalah kita untuk menolak? Aktivis, usahawan muslimah dan Instafamous, Farah Lee yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak sempat berkongsi kisah sayu yang dialaminya baru-baru ini ketika menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia.

Sebagai salah seorang Squad Celebrity Global Volunteers untuk kempen Misija 4 Bosnia bagi program Ukhwah 4 Ummah dan Islamic Relief, Farah yang sepasukan selebriti Diana Amir, Ashraf Muslim dan Ustazah Asni Mansor telah ‘berkampung’ ke Bosnia selama seminggu sejak 18 April hingga 25 April lalu. Ia adalah satu usaha untuk membantu masyarakat Islam di negara tersebut mencapai keselesaan hidup setelah tercetusnya perang pelupusan etnik di bumi Bosnia sekitar tahun 1992.

Ads

Tangisan FARAH LEE Di Bumi Bosnia, Jadikan Dia Lebih Kuat Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal!

 

Tangisan FARAH LEE Di Bumi Bosnia, Jadikan Dia Lebih Kuat Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal!
Pelukan semangat Farah ketika bertemu Alma

Paling menyentuh perasaan apabila Farah merungkai realiti hidup seorang wanita bernama Alma, ibu tunggal yang ditemuinya di sana.

Memperincikan butiran perbualannya bersama Alma, berikut perkongsian yang dititipkan Farah di laman Instagram miliknya.

================

Farah: I’m a single mother too and I know how hard it’s to raise child on our own. But I cannot imagine your struggle raising two kids without money, place to stay, food and even family. So where did you find strength to keep motivated all this while?

Alma: My kids.

https://www.instagram.com/p/BiErDOTFXpA/?taken-by=farahlee_

Despite the challenges, she raised her kids very well. They are so briliant and bright and respectful. Suana dapat very good grades in school, Rijad pun suka sekolah. Alhamdulillah Suana dapat bantuan al-Yatim dari salah seorang donor dari Malaysia yang bernilai 100 euro every three months. Tapi oleh kerana Alma tidak dapat bekerja (peluang pekerjaan di Bosnia sangat kritikal lebih-lebih lagi untuk ibu tunggal), jadi mereka bertiga hidup sebulan berbekalkan duit yang lebih kurang hanya RM160 nilainya itu.

Sekali-sekala, Alma jadi cleaner, itu pun jika ada permintaan. Dalam banyak-banyak keluarga yang kami lawat, keluarga Alma paling dekat di hati Farah. Rasa nak bawa mereka datang Malaysia dan hidup sama-sama.

Ads

https://www.instagram.com/p/BiHRrdLFl6Z/?taken-by=farahlee_

InshaAllah, ini tanggungjawab kita. Ini tanggungjawab kita. Ini tanggungjawab kita. Dengan misi Misija 4 Bosnia ni inshaAllah kita dapat tolong lebih banyak ibu-ibu tunggal di sini. Kita tolong mudahkan urusan orang, berkali ganda Allah akan tolong mudahkan urusan kita.”

Tangisan FARAH LEE Di Bumi Bosnia, Jadikan Dia Lebih Kuat Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal!

Tangisan FARAH LEE Di Bumi Bosnia, Jadikan Dia Lebih Kuat Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal!

Ads

==============

Insaf bila didedahkan dengan kesusahan orang lain. Selama ni kita fikir hidup kita dah cukup susah tapi rupa-rupanya ada yang lebih memerlukan daripada kita. Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan untuk misi ini boleh melayari laman www.ukhwahforummah.org atau pautan islamic-relief.org.my/squad-global-celebrity-volunteer.

Moga bantuan tak seberapa kita ini menjadi saham akhirat kelak di samping membantu meringankan kesulitan hidup umat Islam yang sedang ditimpa kesusahan.

 

Sumber : Instagram Farah Lee

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI