Bergelar ‘supermama’ kadangkala membuatkan kita lupa untuk memberi ganjaran mahupun menyenangkan diri sendiri. Tenggelam dalam bebanan tugas terhadap suami, anak-anak, kerjaya, urusan rumahtangga serta pelajaran (jika sambung belajar). Dalam erti kata lain gagal menempatkan kebahagiaan peribadi ke dalam hal prioriti hidup. 8 tanda-tanda ini membuktikan sesekali anda perlu membahagiakan diri sendiri.
Ingat, penghargaan terhadap diri sendiri akan membuatkan anda menjadi lebih baik dalam menghargai orang lain. Apabila 8 tanda berikut cukup jelas dalam hidup anda, berubahlah. Aturkan agar me-time anda berjalan tanpa mengganggu keseimbangan rumah tangga. Mama yang bahagia membentuk keluarga yang bahagia.
BERHENTI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG DICINTAI
Demi memenuhi tanggungjawab baik dalam kerjaya mahupun pelajaran, anda menangguh dahulu kesenangan peribadi. Sehingga suatu hari anda merindui hobi dan minat yang dilupakan itu.
SEMAKIN JAUH DARIPADA SAHABAT-SAHABAT
Alasan demi alasan keluar daru mulut anda. Tiada masa untuk berbelanja di sale yang sedang happening, bersantai atau saling mengunjungi sahabat-sahabat tersayang. Setiap undangan ditolak atas dasar prioriti lain yang jauh lebih penting.
JARANG MENGUNJUNGI KELUARGA
Sebelum bernikah anda begitu rapat dengan ahli keluarga. Tiba-tiba anda berhenti menjenguk dan hanya datang pada majlis-majlis keluarga yang lain. Anda juga tidak tahu khabar terbaru dari ibu bapa dan adik beradik. Segalanya berpunca kerana anda berhenti berkomunikasi dengan mereka.
MEMBIARKAN PASANGAN AMBIL KEPUTUSAN UNTUK KEPENTINGAN ANDA
Terikat dengan hubungan tidak bermakna anda hilang hak untuk bersuara. Contoh mudah, anda membiarkan pasangan memilih menu untuk anda makan, ini sangat membimbangkan. Anda bukan lagi wanita yang mampu berdikari jika membiarkan orang lain menentukan hidup anda.
SERING MEMILIH UNTUK DIAM
Mungkin di benak anda, bersikap vokal hanya akan memancing konflik. Prinsip anda sekarang ialah ‘Diam itu emas’. Namun bukan selalu anda dapat berdiam diri. Anda berhak mengekspresikan fikiran dan perasaan.
TIDAK LAGI MEMANJAKAN DIRI
Me-time hanya untuk diri sendiri? Memanjakan diri sendiri bukanlah satu kesalahan. Memberi ganjaran terhadap diri dengan me-time yang menyenangkan sangat bermanfaat untuk kesihatan jiwa dan raga. Love yourself
and the world will fall in love with you, too.TIDAK MELUANGKAN WAKTU UNTUK MERAWAT DIRI
Lihat cermin dan tanya diri anda. Bilakah kali terakhir anda memotong rambut? Nikmati waktu mandi dengan tenang. Usah lupa, merawat diri dan kecantikan perlu juga diberikan perhatian. AMY MOHD
This website uses cookies.