Tapau Nasi Goreng Kegemaran Adik Bella, YB RINA HARUN Masak Sendiri Dari Rumah

Wah..! Bertuahnya adik Bella dapat merasa ‘air tangan’ YB Datuk Seri Rina Harun. Nasi goreng ‘no pedas’ dimasak sendiri oleh YB Rina dari rumah untuk dibawa dan dijamu oleh adik Bella serta rakan-rakannya bagi meraikan hari raya ke-4 bersama-sama.

Bukan senang nak lihat seorang Menteri sudi masak dan ‘tapau’ sendiri dari rumah untuk dijamu kepada rakyat. Adik Bella salah seorang yang bertuah. Mereka menikmatinya dengan penuh selera.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Ahli Parlimen Titiwangsa ini berkongsi tentang kunjungan istimewanya itu di platform Instagram beliau pada semalam.

BERAYA BERSAMA BELLA DAN RAKAN-RAKAN
“Salam Aidilfitri buat semua. Bagaimana sambutan Hari Raya ‘terkejut’ semua tahun ini? Saya sendiri pun terkejut apabila tarikh hari raya awal sehari daripada jangkaan.

Pasti masing-masing kelam kabut menyediakan juadah raya. Alhamdulillah hari raya yang dinanti disambut penuh kesyukuran.

Hari ini masuk hari ke-4 kita berhari raya. Saya meraikan hari raya ke-4 hari ini bersama Bella dan rakan-rakan.”

YB Rina mendedahkan bahawa beliau memasak sendiri nasi goreng kegemaran adik Bella, selain membawa juadah-juadah lain antaranya lemang dan rendang. Beliau turut memuji penampilan terbaru adik Bella yang cukup manis berbaju ungu.

“Bella manis dan ceria berbaju tema ungu menikmati juadah yang dihidangkan. Saya turut membawa nasi goreng kegemaran Bella yang saya masak sendiri dari rumah.

Selain KFC, Bella memang suka nasi goreng ‘no pedas’, berselera sungguh dia menikmati hidangan-hidangan yang saya bawa

Saya juga membawa nasi impit, lemang, rendang, ayam goreng kek dan kuih muih khas buat Bella dan rakan-rakan.

YB Rina turut berterima kasih kepada seluruh warga kerja pusat perlindungan kanak-kanak yang sentiasa melindungi kanak-kanak istimewa seperti adik Bella di tempat yang selamat.

“Terima kasih kepada warga kerja pusat pelindungan kanak-kanak ini yang tanpa jemu menjaga dan melindungi kanak-kanak yang ditempatkan di tempat selamat ini setiap hari.

Alhamdulillah mereka dijaga dengan baik dan sempurna dari sudut keperluan fizikal dan emosi.

Semoga usaha seperti ini dapat dilakukan secara berterusan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seiring dengan matlamatnya iaitu prihatin terhadap rakyat khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

Adik Bella merupakan seorang anak istimewa Down Syndrome yang tular kisahnya apabila didera secara tragis oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga tercetusnya tanda pagar #JusticeForBella tanda sokongan masyarakat. Semoga kisah adik Bella mendapat keadilan sewajarnya.

Kredit Foto: Instagram Rina Mohd Harun

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad