“Tariklah Saya Ke Syurga..” Bertemu USTAZAH ASMA’ HARUN Walaupun ‘Last Minute’, OKTOVIA MANROSE Terbuka Dalami Islam

Dalam kehidupan setiap insan, pastinya ada individu yang dianggap seperti idola, menjadi pembakar semangat untuk kita sama ada menjadi sepertinya atau untuk mengecap satu-satu tujuan. Berkongsi di laman Instagramnya, Oktovia Manrose baru-baru ini menitipkan rasa kesyukuran apabila berpeluang menemui Ustazah Asma’ Harun dalam satu majlis ilmu, walaupun pada saat-saat terakhir.

Mengakui majlis tersebut sangat memberikan kesan, majlis Maulid Akhbar yang di anjurkan oleh Ustazah Asma’ Harun itu menjadi satu majlis ilmu yang banyak memberikan perkongsian yang baik, sekaligus membuatkan Oktovia Manrose terbuka untuk mendalami agama Islam.

”Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir.  Dan kepada sahabat saya , pengikut saya yang selalu meyokong saya dan mendoakan saya agar kekal istiqomah. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan majlis2 ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasullullah SAW,” titip Oktovia menerusi hantarannya di Instagram.

Oktavia atau nama penuhnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman juga tidak terkecuali meluahkan tanda penghargaannya kepada pendakwah bebas itu pada laman sosial media miliknya dan memuji keperibadian Ustazah Asmah’. MasyaAllah. Ustazah sangat baik, sangat humble, Tarik lah saya dan kami semua ke syurga Allah ustazah.”

Menjengah ruangan komen, ramai rakan-rakan artis serta warga maya yang menitipkan kata-kata syukur melihat keakraban dan pertemuan Oktavia dengan Ustazah Asmah’. Tak lupa juga ada yang mendoakan Oktavia untuk terus dan kekal istiqamah.

Kredit foto: Instagram (@oktoviamanrose)

Majalah Nona pun ada di Telegram tau.Dah follow Telegram Majalah Nona? 👇

Follow kami sekarang di link berikut: https://t.me/majalahnona

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus