Setiap hari tak cukup sempurna hidangan di meja tanpa ada side dishes yang ringkas tetapi mengenyangkan. Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan lauk yang ‘berat’, bolehlah pinjamkan sedikit waktu untuk menyediakan resipi yang senang dan berkhasiat.
Ads
Perkongsian daripada Puan Noor Atika Mahamood di laman Facebooknya cukup jelas. Bila buat sendiri, kita pandai-pandailah adjust rasa dan isi tauhu pun boleh dipenuhkan dengan seberapa banyak daging yang kita mahu. Jom kita mulakan!
TAUHU BEGEDIL DAGING TAK KEDEKUT
Bahan-bahan:
8 biji kentang bersaiz sederhana
20 biji tauhu pok
1 pokok daun sup
½ cawan bawang goreng segera
1 cawan daging kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit garam
Sedikit lada sulah dan lada hitam (mengikut citarasa)
Cara membuat:
Tumis bawang besar sehingga naik bau kemudian masukkan daging kisar.
Ads
2.Tumis sehingga daging kisar masak atau empuk.
3. Lenyekkan kentang yang sudah digoreng.
4. Masukkan daging kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Gaul sehingga sekata.
Ads
5. Masukkan isi begedil yang sudah siap ke dalam tauhu. Tauhu digunting silang pada bahagian atas. Isikan dengan padat dan susun di atas pinggan.
Untuk menggoreng tauhu begedil, ini adalah bancuhan telur.
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu tepung jagung
Campurkan kesemua bahan dengan sebati.
Celup tauhu begedil di dalam campuran telur dan goreng.
Setelah siap digoreng, bolehlah dijamu ketika berbuka puasa nanti.
Tambah Puan Noor Atika Mahamood lagi, untuk lebih sedap bolehlah dimakan Bersama sambal kicap. Ini adalah resipinya:
Bahan-bahan sos/sambal kicap :
– Kicap manis
– 3 ulas bawang putih
– 5 biji cili padi (mengikut kepedasan cili masing-masing)
– 2 sudu gula melaka dicincang
– 1 sudu tepung jagung dibancuh sedikit air
– Sedikit garam
– Sedikit perahan jus lemon atau limau
– Bijan yang disangai sebagai hiasan
Kredit Info dan Gambar: Facebook Noor Atika Mahamood
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin Syawal kali ini, kita hanya meraikannya di rumah. Tidak balik kampung atau tidak berkesempatan berkunjung saudara-mara dan rakan-rakan. Dapur perlu berasap, hidangan istimewa mesti meriah di atas meja kerana raya tetap raya!
Majalah Nona berkongsi resipi enak dari Tuan Azman untuk mencuba ketupat sotong. Tak payah daun palas dan sebagainya, tahun ini kita jamu hidangan ketupat sotong.
Bahan-bahan:
8 ekor sotong saiz sederhana (terpulang anda kuantitinya)
1 pot beras pulut – cuci dan rendam 1 jam & tos
1 biji kelapa (ambil & asingkan santan pekat dan santan cair agak lebih)
2 btg serai – ketuk
3 ulas bwg merah – hiris
1 s/k halba
1 inci halia – hiris
gula pasir secukupnya (terpulang suka manis atau kurang manis)
garam untuk melemakkan kuah
lidi penyucuk sate
Cara menyediakan:
Cuci bersih sotong. Buang dakwatnya, selaput kulit, mata dan giginya menggunakan pisau.
Masukkan 1½ sudu kecil pulut dalam perut sotong (bergantung pada saiz sotong). Sukatannya kira-kira 1/3 dari saiz panjang sotong (jangan isi lebih dari itu nanti masa merebus beras pulut mengembang).
Masukkan semula kepala sotong pada kedudukan asalnya dan cucuk lidi sate untuk melekatkan kepala sotong). Fungsi lain adalah untuk mengelakkan pulut keluar dari perutnya semasa merebus.
Jerang santan cair dan masukkan sotong dan serai (santan mesti lebih tinggi dari sotong). Rebus hingga sotong nampak buncit dan tegang dan santan cair hampir kering.
Masukkan santan pekat, halba, halia, bawang, garam dan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat.
Hidangkan panas atau sejuk. Cara makan mestilah sekali dengan kuahnya macam kita makan pengat pisang tu.
Foto: @bynanaazman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidup tanpa warna umpama melihat sebuah kanvas putih, kosong. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.
Sebab itulah pemilihan warna untuk dekorasi restoran mahupun kafe sangat penting bukan saja untuk menarik perhatian pengunjung bahkan membangkitkan selera mereka. Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan.
Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.
KUNING
Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat.
Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.
JINGGA
Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient yang hangat dan intim di ruang makan.
Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.
MERAH
Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan.
Ia biasanya akan mencetuskan impak elegan dan mewah. Secara psikologinya warna merah juga mampu meningkatkan nafsu makan.
Kredit Foto: pinterest.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi dah nak raya, dalam hati terfikir-fikir nak masak lemang sendiri sebab bila beli ada saja yang tak kena. Lemang keras sebab terlebih bakar atau menggunakan api yang kuat atau lemak lemang tak cukup kaw untuk dinikmati di pagi raya.
Tapi tak sanggup pula nak ke hutan mencari buluh, mengadap asap yang memedihkan mata apatah lagi panas bahang api ketika membakar lemang. Jangan risau sebab ada solusi yang boleh kita cuba untuk mendapatkan lemang yang memenuhi standard cita rasa sendiri tanpa perlu menempuh itu semua.
Caranya seperti yang telah di kongsi oleh Sue M Arukin di laman Facebooknya, “Hari itu nampak kat FB ada orang buat lemang dalam paper cups. Tadi saya cuba buat 5 cawan, elok pulak jadinya.
Ini yang dinamakan inovasi. Kalau tak ramai yang suka makan lemang di rumah, bolehlah cuba cara ni, senang dan jimat. Cuma bezanya ia adalah lemang kukus bukan lemang bakar yang selalu orang buat dalam buluh tu.
Bahan-bahannya:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
Cara membuatnya:
1. Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
2. Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
3. Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
4. Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
5. Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
6. Sejukkan. Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut cita rasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Selamat mencuba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...