Penggemar fitness, kecantikan dan fesyen tentu familiar dengan nama Sasha Abdul Aziz. Kecantikan Instafamous yang juga ‘Mompreneur’ itu sering diperkatakan, malah berkat amalan workout di gym, ramai wanita terinspirasi untuk memiliki tubuh badan ideal sepertinya.
Sasha baru-baru ini berkongsi tentang transformasi lengannya yang mengejutkan ramai followers.
Gambar lengan Sasha yang agak besar tu kebiasaannya menghantui ramai wanita selepas bersalin. Tapi dengan senaman yang betul, tidak mustahil ia boleh dikecilkan semula kepada asal.
“Beza lengan dahulu dan sekarang. Sha jenis particular sangat. Semua I nak kecik.”
“Believe me i am a mother. Breastfeeding mother, and I’m working Monday to Friday,” – Sasha Aziz tentang rutin hariannya.
Menjengah akaun Instagram Sasha di @sashaabdulaziz, terdapat banyak perkongsian video senaman beliau ketika workout. Terkini sempena berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ibu kepada si comel Isabella Liu itu turut berkongsi video senaman mudah di rumah yang boleh diamalkan untuk mencapai body goals kita.
View this post on Instagram
Perkongsian senaman di atas, menurut Sasha sangat sesuai dipraktis pada saat pergerakan kita terbatas di rumah. Yang penting mesti rajin dan jaga pemakanan supaya tubuh badan kita sihat, bukan sebaliknya waktu PKP ini.
KEHIDUPAN
Sasha sendiri merupakan seorang entrepreneur dan menghasilkan beberapa produk berkaitan pelangsingan seperti suplemen dan korset. Beliau juga sering dilihat menjalankan pelbagai kerja amal kebajikan, antaranya memberi makanan kepada golongan homeless.
Meskipun sudah mampu menarik nafas lega dengan kehidupan sekarang, tapi Sasha masih berdisiplin dengan rutin kesukaannya iaitu bersenam.
“I started workout early.
5 years ago masa tu umur 24 tahun macam tu.
I start masa tak ramai lagi girls yang workout sangat time tu.
Time tu belum ade pun yang do product but workout at the same time.
I found my IDENTITY.
Identity that makes me stand out.
That’s why when ade yang try to COPY i will just smile and deep inside i will tell myself ‘You can copy me takpe i halalkan i okay jerr takpe takpe.’
Workout is hard.
But if you push yourself to the max and you tell yourself you can do it, it won’t be that hard.
Tak semua yang boleh diet and workout giler giler i totally get it.
Some people ade keep questioning me ‘kenapa i workout if ade sexycurve? kenapa tak jaga je makan kan senang instead of minum detox?’
Ask back yourself you boleh ke eat clean for the rest of ur life? You boleh ke detox by urself je by eating vege everyday? What’s wrong workout and eat supplements at the same time?”
View this post on Instagram
Seperkara lagi yang sweet tentang Sasha Aziz, tentulah saat beliau bersama suami tercinta. Manja sangat dan kedua-duanya memang jenis gemar workout dan ambil berat soal kesihatan. Sama cantik, sama padan!
Sumber: Instagram @sashaabdulaziz