Baru-baru ini timbul spekulasi yang Neeloga hamil anak kedua namun selebriti dan usahawan popular tidak mengiya atau menafikan perkhabaran itu. Namun, segala teka teki tersebut akhirnya terjawab selepas Neelofa mengesahkan dirinya kini sedang hamil.
Neelofa juga mengesahkan kandungannya sudah memasuki trimester kedua. Memetik Astro Gempak, Neelofa mengiyakan pertanyaan dirinya kini berbadan dua selepas berkongsikan cabaran menunaikan umrah baru-baru ini.
Terdahulu, Neelofa dikhabarkan hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya tular di laman sosial.
Video itu turut merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.
Jelas Neelofa lagi, ““Ya, half way to go. Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya. Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik dan banyak juga yang menghantar DM ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah”
Menurut Neelofa, soal jantina anak kedua dia tidak kisah asalkan anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna.
Untuk rekap, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Apa-apa pun tahniah NONA ucapkan, dan semoga kandungan Neelofa dipermudahkan!
This website uses cookies.