Membina empayar perniagaan sendiri bukanlah mudah. Ia menuntut pengorbanan masa, tenaga dan ilmu dalam bidang perniagaan agar jenama yang dibina dapat bersaing serta meneruskan legasi untuk generasi akan datang.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan
Itulah antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Mas Haryati Baharudin apabila membina legasi perniagaannya yang diberi nama Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) yang mengeluarkan produk berjenama Fillea.

Ads

Membuka bicara mengenai jenama yang diusahakan, Mas Haryati pernah melalui pelbagai fasa sebelum melangkah ke gerbang usahawan.

“Saya pernah menjadi seorang ejen insuran selama 6 tahun. Pada 3 tahun terakhir bergelar ejen insuran, saya telah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual pakaian wanita. Dari situ saya mendalami asam garam dunia perniagaan sebelum kewujudan perniagaan atas talian.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat BadanAnak jati Felda Raja Alias 1, Jempol Negeri Sembilan ini pernah melalui fasa kegagalan apabila perniagaan pakaian yang diusahakan tidak mendatangkan pulangan seperti yang diharapkan. Sekaligus ia telah memberi tekanan buat dirinya sehingga mengabaikan penampilan diri akibat masalah penambahan berat badan secara mendadak.

“Apabila perniagaan pakaian tidak berjaya, saya alami tekanan apatah lagi apabila melihat lambakan stok di rumah. Saya mengalami masalah tekanan sehingga melibatkan masalah penambahan berat badan yang mendadak. Dari situ bermula episod saya mula mencari “slimming product” untuk membantu saya dalam proses penurunan berat badan.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan
Berkat usaha saya dan suami, kami berjaya mencari satu produk yang membantu dalam penurunan berat badan tanpa memulaskan perut tetapi membantu mengawal selera makan pada peringkat awal. Maka terhasillah jenama FILLEA,” ujar Mas atau lebih mesra di sapa Massieww.
Fillea Health & Beauty merupakan syarikat pengeluar barangan kesihatan dan kecantikan. Ia menghasilkan tiga jenis produk di bawah jenama FILLEA iaitu tablet Fillea, bengkung dan girdle. Menurut Massieww, nama Fillea tercetus hasil gabungan idea suami isteri yang mencari nama produk yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan. Fillea Health and Beauty ditubuhkan pada tahun 2019.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan
“Wujudnya nama FILLEA berlandaskan segala kegagalan yang pernah saya lalui dan menjadi penguat semangat saya sehingga hari ni . Maksud sebenar FILLLEA adalah Feel The Fear (FILLEA) dan menjadi pegangan saya untuk mengatasi segala rasa ketakutan atau kegagalan yang pernah saya alami,” ujar Massieww yang kini mempunyai 13 orang kakitangan dan dalam proses membuka cawangan di Ipoh, Perak tidak lama lagi.

Mengulas mengenai produk di bawah jenama Fillea, beliau berkata, ia lebih memfokuskan kepada produk ‘supplement’ yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan

Di sebalik kejayaan yang dikecapi, Massieww juga tidak terlepas dari berhadapan dugaan dalam perniagaan apatah lagi apabila terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit apabila diserbu oleh pihak Kementerian kesihatan Malaysia hanya kerana satu insiden yang berlaku terhadap produknya.

Ads

“Bulan Mei 2020 merupakan sejarah hitam dalam hidup saya dimana saya mengalami kerugian sehingga setengah juta ringgit akibat daripada serbuan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak KKM menerima aduan bahawa produk saya telah melanggar etika pengiklanan dan pemasaran (bahagian kotak) dan pihak KKM telah merampas semua produk saya sehingga gudang menjadi kosong.

Kejadian ini telah mengakibat tekanan emosi kepada saya, kerana ketika itu kami baru sahaja memulakan kembali perniagaan usai pandemik. Separuh daripada stok yang dirampas merupakan stok yang telah dibayar oleh reseller.

Hilang seribu kata, hanya linangan air mata sahaja yang tersisa. Saya mulai bangkit untuk“fight case” itu , tetapi malangnya kerana pandemik banyak urusan tertangguh kerana kebanyakan pejabat untuk berurusan masih tidak beroperasi sepenuhnya.

Akibatnya produk saya menghampiri tarikh luput ketika kes diselesaikan,” ujar Massieww bercerita saat kejatuhan yang menguji keyakinannya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini.

Ads

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan
Menyentuh soal pendorong utama kejayaan penerima penganugerahan NONA Superwoman Award menerusi NONA  BEST HALAL SLIMMING SUPPLEMENT AWARD meletakkan suami tersayang sebagai pendorong utama untuk dirinya dalam kerjaya dan bisnes yang diusahakan.
“Suami saya,Muhammad Faizal Mohd Zazali bertindak sebagai Pengarah Urusan Fillea. Dia banyak membantu saya dengan memberi semangat serta dorongan bukan sahaja dari segi fizikal dan mental.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan
Dia juga banyak mengambil alih urusan pejabat terutama dalam bahagian operasi supaya saya mempunyai banyak masa dan lebih fokus pada bahagian pemasaran dan pengambilan “reseller”. Alhamdullilah, saya dan suami bekerjasama secara professional di pejabat. Tetapi di rumah, saya merupakan seorang isteri dan ibu,” ujar Massieww lagi.

Tekanan Punca Berat Badan Meningkat Dorong MAS HARYATI BAHARUDIN Cari Solusi Hasilkan Produk “Selamat”Turunkan Berat Badan

Untuk info, Fillea baharu sahaja melancarkan produk terbaharu, Hot Charming Cream yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu. Menurut Massieww lagi, setelah  melalui beberapa proses research & development terhadap produk terbaharu itu, akhirnya produk keempat Fillea telah dilancarkan baru-baru ini.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI