Topi merupakan salah satu aksesori yang dapat menunjang penampilan seorang wanita. Selain memberi pelindungan dari sinar UV, topi juga dapat memberikan penampilan anda tampak stailo dan trendy. Agar tidak terlihat pelik dan eneh, anda harus memakai topi dengan menyesuaikan bentuk wajah terlebih dahulu.
Untuk itu, sebelum anda memilih dan membeli sebuah topi, sebaiknya anda mempelajari bentuk wajah agar mampu menemukan topi yang serasi, tepat dan sempurna. Nona kongsikan cara paling efektif untuk memilih topi sesuai mengikut bentuk wajah!
(a) BENTUK WAJAH OVAL
Mereka yang memiliki bentuk wajah oval merupakan bentuk wajah ideal bagi hampir semua jenis topi. Anda boleh mengenakan apa jua jenis topi yang anda gemari untuk dijadikan pilihan. Pastinya anda kelihatan cantik dan menawan.
(b) BENTUK WAJAH PANJANG
Jika anda memiliki bentuk wajah panjang, jangan memilih topi yang membuatkan wajah anda terlihat panjang. Anda dinasihatkan agar memilih topi yang mempunyai pinggiran lebar dan rendah seperti topi jenis Boater atau Panama. Topi jenis ini akan akan tampak ideal bentuk bentuk wajah anda
(c) BENTUK WAJAH BULAT
Untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat, topi yang boleh dijadikan pilihan ialah topi yang boleh membiaskan kesan panjang pada wajah anda. Topi dengan pinggiran yang tidak terlalu lebar boleh memberi keseimbangan pada bentuk wajah bulat. Jenis topi yang sesuai buat anda antaranya ialah Fedora dan topi jenis jerami.
(d) BENTUK WAJAH PERSEGI
Bagi anda yang memiliki bentuk wajah persegi, pilihlah model topi yang boleh memberi kelembutan pada wajah anda. Jenis topi yang sesuai ialah topi dengan pinngiran berbentuk bulat seperti Bowler
atau Boater. Kedua-dua jenis topi ini bakal mengalihkan kesan tegas pada garis wajah anda dan memberikan kesan lebih manis.(e) BENTUK WAJAH HATI
Anda akan kelihatan lebih anggun jika mengenakan topi berbentuk bulat dengan pinggiran yang lebih pendek. Hindari pinggiran topi yang lebar atau mendatar kerana ia akan memberikan kesan lebar serta menonjolkan bahagian dagu anda yang sempit.
This website uses cookies.