Tidak ubah seperti majlis perkahwinan diraja! Beruntungnya model Brazil bernama Janaina Cardoso ini apabila suami yang dikahwini merupakan seorang lelaki Pakistan kaya-raya dan sanggup menghabiskan wang sebanyak Dhs 7 juta atau bersamaan USD1.9 juta untuk perbelanjaan perkahwinan mereka.
Berlangsung pada 8 Jun lalu, majlis gilang-gemilang pasangan ini diadakan di hotel bertaraf 7 bintang Burj Al-Arab di Dubai yang turut diiktiraf sebagai salah satu hotel termewah di dunia! Juga terkenal dengan struktur bangunan ikonik seperti layar sebuah kapal… Burj Al-Arab merupakan hotel kelima tertinggi di dunia yang diberi penarafan 7 bintang.
Hotel serba mewah dan indah ini juga dibina di atas pulau buatan yang dihubungkan ke bandar melalui jambatan persendirian.
Selain kos lokasi yang mahal, perbelanjaan yang besar turut digunakan untuk menghias ruang dewan. Dah namanya pun kahwin di tempat mahal… segala-galanya pasti mahu tampak mewah termasuklah hiasan ruang dewan, busana perkahwinan pengantin lelaki dan perempuan, cenderamata kepada para tetamu dan sebagainya.
Bukan saja pasangan mempelai perlu nampak mewah dan cantik from head to toe, pengapit pengantin perempuan dan lelaki juga tidak kurang hebatnya. Difahamkan kesemua pengapit di majlis perkahwinan tersebut menggayakan busana dari label mewah.
Pengapit lelaki segak dengan sut hitam lengkap dari Tom Ford manakala pengapit perempuan pula anggun dalam persalinan biru firus Zuhair Murad. Untung mereka!
Yang pasti, busana perkahwinan Janaina nyata cukup memukau. Memilih rona suci putih… model cantik dan tinggi lampai ini kelihatan sangat menawan tatkala gaun perkahwinan eksklusif ilham pereka antarabangsa, Elie Saab disarung kemas di tubuh langsingnya.
Istimewanya gaun ini adalah kerana ia diperincikan dengan design tarikh perkahwinan dan dihasilkan sepanjang 3 meter! Usai melafaz ikrar perkahwinan, kedua-duanya menyarungkan cincin Cartier ke jari manis pasangan.
Sepanjang perkahwinan Janaina dan Imran… ruang dewan Burj Al-Arab bertukar menjadi sebuah taman yang harum semerbak dengan bunga-bungaan segar serba putih yang dihias memenuhi setiap sudut dewan.
Bermula dari pintu masuk sehingga ke pelaminan… setiap laluan diserikan dengan hiasan ribuan pelbagai jenis bunga putih yang turut memenuhi siling sampai ke lantai dewan. Bunga-bungaan segar yang diambil juga bukan sebarangan kerana ia diimport terus dari Belanda!
Para tetamu yang hadir tidak hanya diserikan dengan persembahan hebat kumpulan rock era 80an, Fortune yang diterbangkan dari UK… bahkan turut menerima kejutan apabila pasangan pengantin berbesar hati menyediakan 120 buah iPad kepada setiap tetamu sebagai hadiah cenderamata perkahwinan.
Lebih unik, iPad berkenaan turut diukir dengan butiran perkahwinan Janaina dan Imran sekaligus menjadi momen terindah buat tetamu dan mempelai. Wow!
Kredit: Instagram Event Chic Designs