Tumpang bahagia melihat keakraban Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh. Seperti kebiasaan, setiap kali tibanya ulang tahun kelahiran isteri tercinta pasti ada sahaja kejutan yang dibuat suami penyayang berkenaan. Terbaru, sempena kelahiran aktres jelita ini yang ke-25 pada 13 Mac lepas… Datuk Paduka Kaiser telah mengadakan satu kejutan romantis untuk menyambut birthday Datin Paduka Eina di Dinner In The Sky!

IKLAN

Momen itu dikongsikan Datin Paduka Eina di laman Instagram miliknya. Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah telatah lucu ibu kepada sepasang anak kembar ini ketika dipimpin suami tersayang ke tempat yang dituju. Dengan keadaan mata ditutup sambil berjalan memakai kasut tumit tinggi, mulut Datin Paduka Eina tidak berhenti bercakap.

Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky!

Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky!

Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky!

Lebih mencuit hati apabila beliau mula mengetahui perancangan Datuk Paduka Kaiser. Tidak henti-henti ‘membebel’ dan memberi amaran manja kepada suami, beliau bagaimanapun berjaya dipujuk untuk menikmati hidangan makan malam penuh romantis di awangan sambil menyaksikan panorama indah ibu kota.

Kongsi Datin Paduka Eina, “The unforgettable birthday surprise dinner from my husband. Even though he knows I’m afraid of height, he still gagah bring me over here for different type of dinner experience. Touching and flattered ada.. scared pun ada! Thank you sayang for the surprise dinner at the sky.. “Definitely” one of a kind. My eyes didn’t even look elsewhere.. just FOCUS to you (scared punya pasal) but no matter what I enjoyed it.”

Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky!

IKLAN

https://www.instagram.com/p/B9tHgxlD0N_/

Selain makan malam romantis, ulang tahun kelahiran Datin Paduka Eina Azman turut diraikan bersama keluarga dan kenalan rapat. Beliau juga dihadiahkan sebiji kek berbentuk steak! Memang lain daripada yang lain kek hari lahir Datin Paduka Eina. Tahun lepas, beliau menerima kek berbentuk buah durian dan petai yang ditempah suami dan kakak tersayang.

Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky! Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky! Telatah DATIN EINA AZMAN Cuit Hati, Sambut ‘Birthday’ Romantik Di Dinner In The Sky!

IKLAN

Difahamkan dua makanan tersebut merupakan hidangan kegemaran beliau. Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM 77, 000.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.

 

Kredit: Instagram Eina Azman

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI