Warna dan corak yang terdapat pada kusyen mampu mencetuskan ketenangan dan keselesaan pada ruang sekaligus menyerlahkan gaya peribadi pemilik. Oleh itu, untuk memilih kusyen sebagai penambah seri di sofa, beberapa perkara perlu dipertimbangkan.
SAIZ YANG SESUAI
Saiz kusyen ditentukan oleh saiz sofa atau kerusi. Purata saiznya antara 16” hingga 18”. Kusyen yang besar memang sangat selesa tetapi pastikan ia digandingkan dengan perabot yang besar juga bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika duduk.
FUNGSI
Fikirkan bagaimana anda akan menggunakan kusyen tersebut. Adakah akan gunakan sebagai tempat menyandar atau hiasan sahaja? Tidak salah kalau anda mahu membeli kusyen yang mahal sedikit untuk penggunaan jangka panjang.
FABRIK/MATERIAL
Elak membeli kusyen yang isiannya daripada poliester paling murah kerana lama-kelamaan ia akan kelihatan berketul-ketul dan perlu diratakan kerap kali ingin kembali ke bentuk asal.
JUMLAH
Bilangan kusyen yang mahu diletakkan terpulang kepada anda. Tidak semestinya semua rekaan yang sama. Anda boleh memilih dua biji kusyen rekaan sama di sofa besar. Kemudian dua biji lagi rekaan lain yang diletakkan di single chair
.JENIS
Tiga jenis asas bentuk kusyen iaitu segi empat, segi empat tepat dan bulat. Bagi menentukan bentuk kusyen ialah lihat bagaimana ia digunakan. Contoh, jika anda memerlukannya untuk menyokong badan ketika berehat, pilih kusyen bersaiz segi empat tepat yang dapat menyokong leher dan belakang.
CORAK & WARNA
Perlu serasi antara satu sama lain. Contohnya pilih kusyen cetakan warna-warna neutral jika anda suka corak berani. Putih, krim atau kuning air memberi kesan ketenangan. Jangan takut untuk gabungkan corak. Sekurang-kurangnya ada satu warna yang sama.
TEMA
Tema dan konsep ruang rumah turut memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan fabrik, warna dan tekstur kusyen.
SERASI DENGAN SEMUA WARNA
Contohnya warna kusyen boleh mengikut warna karpet, langsir, kertas dinding, lantai dan semua elemen warna di ruang tamu.
This website uses cookies.