Kedatangan Ramadan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Selain mengejar keberkatan dan kesyumulan bulan yang mulia ini, aneka juadah berbuka puasa juga menjadi pilihan untuk dinikmati seisi keluarga. Bagi Datin Fiza Husni, dia amat bertuah memiliki keluarga yang tidak cerewet soal makanan dan mengamalkan sikap sederhana dalam hidangan yang diambil.

Kebiasannya, untuk hidangan sahur, Datin Fiza lebih gemar memilih hidangan yang ringan sahaja seperti sambal dan ikan masin. Itu sahaja sudah cukup untuk menambat selera. Untuk berbuka puasa pula, menu lauk-pauk kampung menjadi pilihan. Selain itu, juadah seperti kuih-muih juga sering menjadi pilihan untuk juadah sampingan.

Ads

“Memandangkan Dato’ tidak gemar berbuka dengan nasi, jadi menu seperti sup dan sayuran menjadi pilihan. Kami juga banyak habiskan masa berkualiti bersama keluarga mengunjungi bazar ramadhan. Selain membeli makanan, ia juga menggembirakan kami sekeluarga menghabiskan masa bersama,” ujarnya yang anggun mengenakan busana dari Petra ketika sesi temubual dijalankan.

Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Resipi Berbuka Puasa DATIN FIZA Ni Sedap Sampai Jilat Jari!

“Tahun lepas kami mendapat hadiah istimewa apabila dipanggil menjadi Tetamu Allah mengerjakan Ibadah Haji. Jadi, pada tahun ini, Ramadhan kami merancang menghabiskannya di tanah air. Anak anak pun sudah besar. Insyaallah Ramadan tahun ini kami merancang untuk menghabiskan masa bersama ke masjid menunaikan solat sunat tarawih bersama.

Sebelum ini agak sukar, memandangkan anak-anak masih kecil dan saya terpaksa bergilir dengan adik atau minta ibu saya jagakan mereka. Tahun ini, mereka sudah boleh memahami dan teruja untuk ke masjid bersama-sama. Masa yang selebihnya, akan digunakan untuk mengatur program ziarah dan kebajikan di kampung suami dan keluarga kedua-dua pihak.

Saya juga merancang membuat sendiri biskut raya untuk menjamu kawan-kawan yang datang ke rumah Aidilfitri nanti. Mengenai persediaan raya, saya aturkan secara sederhana sahaja. Menyediakan kelengkapan raya seperti baju raya dan juadah hari raya biasanya saya sediakan lebih awal.

Datin Fiza sudi berkongsi resipi telur masak lemak bersama belimbing buluh khas untuk pembaca NONA. Selamat mencuba!

Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Resipi Berbuka Puasa DATIN FIZA Ni Sedap Sampai Jilat Jari!

TELUR ITIK MASAK LEMAK BERSAMA BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur itik

1 kotak santan

Ads

1/2 inci kunyit

Sedikit daun kunyit

2 batang serai

5 biji belimbing buluh

Garam secukup rasa

Ads

Sedikit cili padi

CARA MEMBUAT:

Kisar kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat. Sementara itu, panaskan periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu. Apabila bahan tumisan telah naik baunya, masukkan santan cair. Biarkan seketika. Tambahkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa. Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Tambahkan santan dan sentiasa kacau untuk mengelakkan ia pecah minyak. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI