Berakhirlah sudah penantian peminat #fattzura untuk melihat pasangan romantis ini disatukan di atas mahligai serba indah yang ditunggu-tunggu selama ini.
Majlis resepsi Fattah dan Fazura yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur menjadi saksi pasangan sama cantik sama padan dalam busana perkahwinan penuh fantasi berarak menuju ke astana cinta seperti dalam kisah dongeng.
Pelaminan cinta dihiasi bunga segar dan penuh magis hasil rekaan Reka Teemor menemani Fattah dan Fazura dalam persalinan memukau rekaan pereka tersohor Rizman Ruzaini. Fairytale, menjadi tema dan konsep buat majlis resepsi pasangan sejoli ini.
Pada malam ini, pastinya busana yang dipakai kedua-dua mempelai menjadi perhatian ramai.
Mungkin ramai yang tidak tahu cerita di sebalik busana yang direka oleh sahabat baik mempelai iaitu Rizman Ruzaini. Penulis sempat menemu bual pereka terkenal ini untuk bertanyakan dengan lebih terperinci mengenai busana yang dipakai oleh Fattah dan Fazura.
Jom ikuti temubual eksklusif Nona bersama Rizman Ruzaini!
Boleh ceritakan sedikit tema & konsep busana perkahwinan Fattah & Fazura?
Tema dan konsep busana perkahwinan Fattah & Fazura ialah fairytale. Untuk Fattah, kami memilih rekaan yang lebih klasik dimana beliau memakai sut hitam yang dipadankan dengan bow tie dan vest
putih.Fazura pula akan menggayakan dua pasang busana iaitu busana pertama yang lebih bersifat Inggeris, timeless dan princessy manakala bagi busana yang kedua pula, berona merah jambu yang diberi suntikan couture dimana kami menyuntik perincian rama-rama buat busana tersebut bagi menyerlahkan tema dan konsep fairytale itu sendiri.
Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk mengilhamkan busana ini?
Daripada perbincangan kami bersama Fattah dan Fazura sendiri. Fattah dan Fazura melontarkan idea busana bagaimana mereka inginkan termasuk dari segi pemilihan rona, potongan dan lain-lain lagi. Dari situ, kami berbincang lebih lanjut dan seterusnya kami buat lakaran busana kedua-dua mempelai dan terhasillah busana yang disarung oleh Fattah dan Fazura pada malam ini.
Apakah fabrik dan pilihan warna yang digunakan?
Untuk busana pertama Fazura, kami menggunakan fabrik sekuin, lace dan Italian tulle. Manakala untuk busana kedua, kami menggunakan fabrik fancy lace. Dari segi perincian untuk busana kedua ini, kami menghasilkan sendiri dimana kami membuat perincian berbentuk rama-rama menggunakan diamond. Selain itu, terdapat juga perincian lace bersama batu permata pada busana Fazura.
Apakah inspirasi di sebalik gaun resepsi Fazura?
Inspirasi busana Fazura ialah terjemahan Fazura sebagai seorang princess dalam dunia fairytale. Dalam erti kata lain, jika Fazura seorang princess, begitulah busana beliau. Jadi kami cuba hasilkan busana daripada inspirasi tersebut buat busana Fazura.
Adakah Fattah & Fazura menyumbang idea untuk merealisasikan busana perkahwinan mereka?
Memang benar, Fattah dan Fazura ada menyumbangkan idea dalam menghasilkan busana perkahwinan mereka. Dalam pada masa yang sama, kami turut curahkan idea kami bagi merealisasikan busana impian mereka. Kiranya, ia adalah gabungan idea kami bersama Fattah dan Fazura.
Berapa lamakah tempoh menyiapkan baju perkahwinan mereka?
Tempoh untuk menyiapkan baju perkahwinan mereka mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk kesemua busana.
Apakah cabaran sepanjang menyiapkan busana perkahwinan Fattah & Fazura?
Sejujurnya, tiada cabaran dalam menghasilkan busana perkahwinan Fattah dan Fazura. Kami dan Fazura saling mengenali antara satu sama lain dan kami tahu cita rasa beliau dalam menghasilkan sesuatu busana. Pada kami, sememangnya tiada cabaran dalam menghasilkan busana perkahwinan beliau. Mungkin cabaran yang boleh dikatakan di sini ialah buat Fazura sendiri untuk menggayakan busana ball gown pada majlis resepsi beliau.
Apakah perkara yang paling istimewa tentang busana perkahwinan Fattah & Fazura yang orang tidak tahu?
Kami boleh katakan, perkara istimewa pada busana Fazura ialah dari segi perincian dimana kami mereka sendiri perincian pada busana Fazura. Perincian berbentuk rama-rama yang boleh dilihat pada busana Fazura adalah rekaan kami sendiri dan kami menghasilkannya sendiri menggunakan diamond.
Adakah baju perkahwinan Fazura merupakan rekaan yang paling istimewa sepanjang Rizman Ruzaini dan Faz bekerjasama?
Ya, busana ini merupakan busana paling istimewa yang pernah kami hasilkan buat Fazura. Bila bercakap mengenai busana perkahwinan, tentu sahaja ia menjadi busana paling istimewa buat Fazura. Kami mencurahkan seluruh ilham dan fokus sepenuhnya buat busana perkahwinan beliau.
Semua orang mengetahui Rizman Ruzaini dan Faz adalah BFF, jadi apakah perasaan Rizman Ruzaini dapat mereka sendiri busana perkahwinan Fazura?
Kami sangat berbesar hati dan berterima kasih pada sahabat baik kami, Fazura kerana memilih Rizman Ruzaini untuk menghasilkan semua busana perkahwinan beliau. Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga diucapkan dan kami sebagai sahabat cuba memberi yang terbaik buat beliau.
Resepsi Fattah & Fazura adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh netizen dan terutamanya para peminat #fattzura. Adakah Rizman Ruzaini merasa ia satu tanggungjawab atau mungkin satu ‘beban’ yang besar?
Sedikit sebanyak kami merasa terpikul dengan tanggungjawab ini kerana kita semua tahu majlis resepsi ini amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat Fazura. Ia bukanlah beban, tapi mungkin dikatakan sedikit pressure
buat kami. Namun, kami cuba buat yang terbaik untuk sahabat kami dan kami percaya jika kami buat dengan ikhlas, InsyaAllah ia akan berhasil dengan baik.Adakah Rizman Ruzaini merasakan resepsi Fattah & Fazura layak digelar sebagai ‘Wedding of The Year’?
Kami rasa perkara ini akan dilabel oleh peminat-peminat mereka sendiri. Kami tiada komen cuma apa yang boleh dikatakan, kami berharap majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Kami amat mengenali Fazura dan Fattah dengan baik dan kami berharap agar majlis perkahwinan mereka dipermudahkan. InsyaAllah gelaran ‘Wedding of The Year’ akan menjadi milik mereka namun berbalik pada peminat mereka untuk melabelkannya.
Apakah emosi atau perasaan Rizman Ruzaini yang bermain di dalam jiwa saat melihat rakan baik anda disatukan? Boleh kongsikan sedikit?
Sudah tentu kami agak beremosi kerana Fazura merupakan sahabat kami. Sebagai sahabat, kami pasti merasa gembira saat beliau berkongsikan pada kami tentang lamaran Fattah dan ingin mendirikan rumah tangga. Lebih 10 tahun kami mengenali beliau, beliau seorang sahabat yang amat mementingkan persahabatan dan kami merasakan inilah detik paling penting buat beliau. Kami mengharapkan perkahwinan beliau berkekalan hingga ke anak cucu dan bahagia hingga ke Jannah.
This website uses cookies.