Syoknya! Itu respon warga maya melihat Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusry Abdul yang berkongsi gambar mereka sekeluarga beraya di UK bersama keluarga bapa saudara mereka, Edry Abdul Halim.
Berangkat ke Manchester, United Kingdom (UK) bersama keluarga beberapa hari lepas bagi menyambut Syawal bersama adik ipar, Edry Abd Halim yang bermastautin di negara itu.
Untuk rekod, Edry berpindah ke UK bagi mendapatkan pembelajaran terbaik untuk anak ketiganya iaitu Emery yang merupakan anak autisme. Keputusan untuk berhijrah ke sana diambil memandangkan Malaysia tiada sekolah khas bagi autism.
Lisa mengambil peluang bercuti di UK berikutan suami, Datuk Yusry Abdul Halim mendapat pelepasan panjang pada Aidilfitri kali ini.
“Sambil membawa anak bercuti dan bertemu dengan bapa saudara mereka, kami juga mahu anak-anak merasai pengalaman beraya di negara orang,” katanya.
Tambah Yusry lagi, raya tahun ini sedikit berbeza kerana dia ingin mengambil masa untuk berehat selepas lama bekerja, sambil mengunjungi adiknya di Manchester.
Melihat pada IG story yang dikongsikan menerusi Instagram Yusry, bekas anggota kumpulan KRU dan komposer terkenal itu turut berkongsikan beberapa keping gambar menyaksikan keseronokan anak-anak mereka dapat beraya bersama Edry.
Foto: Instagram IG Story Yusry Abdul Halim
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.