Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air hari ini, selepas empat hari melakukan lawatan negara ke Singapura, bermula Selasa lepas (25 Oktober).
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Sejurus ketibaan itu, Tunku Azizah dipersembahkan jambangan bunga oleh seorang kanak-kanak sebagai mengalu-alukan keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ke tanah air.
Seri Paduka berdua kemudian menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada empat pegawai diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim dan 103 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das serta lagu Negaraku.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka berdua itu disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Ads
Seri Paduka berdua berangkat ke Singapura pada Selasa lepas atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Jadual lawatan Al-Sultan Abdullah bermula dengan lawatan ke Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City pada 25 Oktober, manakala Tunku Azizah turut berangkat melawat Gardens by the Bay pada sebelah malamnya.
Seri Paduka berdua turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta beberapa menteri Singapura disusuli Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan Lee dan isteri, Ho Ching pada 26 Oktober.
Ads
Pada hari sama, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam di Istana dan diberikan sambutan negara selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami Mohammed Abdullah Alhabshee.
Ketika lawatan negara Seri Paduka berdua, Singapura menamakan satu spesies orkid hybrid sempena dengan nama Raja Permaisuri Agong iaitu ‘Queen Azizah of Malaysia’ dalam Majlis Penamaan Orkid yang diadakan di Istana pada Rabu.
Program Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diaturkan berasingan pada sebelah pagi hingga petang semalam, dengan Al-Sultan Abdullah berangkat mengadakan dua lawatan bermula di Pusat Pelawat NEWater iaitu loji merawat serta memproses air yang digunakan untuk bekalan rakyat Singapura, disusuli lawatan di Kem Pasir Ris yang merupakan institut latihan ketenteraan republik itu.
Ads
Tunku Azizah pula berangkat mengadakan lawatan di National Library of Singapore, National Museum of Singapore serta Persatuan Pandu Puteri Singapura dan mengurniakan sumbangan wang S$15,000 kepada organisasi tersebut pada 27 Oktober.
Pada Khamis malam, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La dan meluangkan masa lebih dua jam serta bergambar dengan rakyat Malaysia yang hadir di majlis itu.
Lawatan Seri Paduka berdua ke Singapura mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara kedua-dua negara bermula sejak 57 tahun lalu.
Sumber: Bernama
Kredit Foto: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula petang tadi kelihatan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpusu-pusu menyeberangi Tambak Johor ekoran implikasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia mulai 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengisytiharkan bahawa Malaysia mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu yang diumumkan Perdana Menteri secara langsung menerusi media elektronik dan media sosial pada pukul 10.00 malam.
Menerusi perkongsian Khaty Ahmad Feraal, seorang warganegara Malaysia yang setiap hari ulang alik ke Singapura untuk bekerja ini, kelihatan ramai rakyat Malaysia tidak sanggup lewat tiba di Singapura telah mengambil keputusan berjalan kaki sambil mengusung beg pakaian menyeberangi Tambak Johor. Ini berlaku ekoran kesesakan yang luar biasa di sana.
Khaty Ahmad Feraal
Kongsi wanita yang bekerja di sektor perkhidmatan Singapura ini, “Saya dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Johor Bahru tadi. Kelihatan memang ramai yang berjalan kaki tadi untuk menetap di Singapura selama 14 hari.
Mereka mengambil keputusan untuk jalan kaki mungkin sebab jalan raya begitu sesak sehingga langsung tak bergerak. Mungkin mereka takut tak sempat kalau tunggu bas. Sekarang saja dah pukul 8.00 malam,” kongsi wanita ini yang bersyukur apabila syarikatnya membenarkan untuk bekerja dari rumah.
Menurut BERNAMA, majikan di Singapura telah menyediakan penginapan sementara untuk pekerja-pekerja Malaysia. Menteri Perdagangan dan Industri Republik itu, Chan Chun Sing berkata majikan pekerja Malaysia yang perlu menempatkan kakitangan mereka di penginapan sementara itu boleh mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan dan persatuan perdagangan.
Menurut laporan, Chan Chun Sing berkata, Singapura telah membuat pelan luar jangka sekiranya berlaku gangguan bekalan makanan barangan keperluan dari Malaysia. Singapura mempunyai bekalan karbohidrat seperti beras dan mi untuk tempoh melebihi tiga bulan di peringkat nasional.
Sementara itu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura dalam laman sesawangnya berkata banyak syarikat berusaha untuk menyediakan penginapan kepada pekerja yang sering berulang-alik di antara sempadan Singapura dan Malaysia.
Menurut MOM syarikat juga boleh menggalakkan pekerja terlibat untuk tinggal bersama saudara-mara, rakan-rakan atau kawan sekerja yang sudi menyediakan penginapan kepada mereka untuk sementara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dijadikan punching bag dan hamba dalam rumah tangga selama 20 tahun, saya meminta pada Allah tunjuk ‘jalan keluar’ daripada ujian ini,” luah Zahnita Wilson.
Dalam temu bual eksklusif Sembang Wanita Xtra terbitan Mingguan Wanita, bekas supermodel dan aktres popular itu banyak berkongsi pengalaman hidupnya sepanjang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Tidak berniat mengaibkan mana-mana pihak, kehidupan Zahnita, 39 tahun rupa-rupanya bagaikan dalam ‘penjara dunia’. Ibu anak empat ini menerima layanan buruk sepanjang meniti usia perkahwinan 20 tahun.
Kongsi beliau lagi, sewaktu berjaya melarikan diri, beliau hanya sempat membawa satu beg saja dan barang-barang memasak, termasuk anak kecilnya.
“Paling penting adalah niat kita kepada Allah dan Allah memberi jawapan pada semua kemelut ini dengan membuat pai,” kata Zahnita.
BINA HIDUP BARU
Meskipun masih dalam keadaan trauma, Zahnita mengambil langkah berani untuk membina hidup baharu dan mengembangkan lagi bisnes pai Zahnita Humble Pie yang diusahakannya itu.
Ternyata, keputusan tersebut membuahkan hasil apabila bisnes pai yang diusahakan semakin mendapat perhatian dan tempahan yang memberangsangkan daripada orang ramai.
Dalam usahanya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini, Zahnita mengejutkan peminat apabila menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel, walaupun tawaran tersebut dikatakan mencecah angka enam digit.
Keputusan Zahnita menolak tawaran menjadi model Hari Raya Jakel bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bagi Zahnita, memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang lebih penting pada masa ini.
Tambah Zahnita, dia tidak akan kembali ke dunia modelling lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan pai yang semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar.
Selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos demi meringankan beban kerajaan menangani Covid-19… semalam, anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyalurkan Elaun Diraja baginda selama enam bulan kepada Tabung Covid-19 Pahang.
Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi satu kenyataan media berkata untuk tujuan tersebut baginda tidak akan mengambil bayaran elaun itu bermula April 2020 sehingga September 2020.
“Baginda berharap agar bantuan-bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.
Baginda turut bertitah supaya seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Kredit instagram @istana negaraKredit instagram @this.7Kredit instagram @this.7Kredit instagram @this.7
Pemangku Raja Pahang juga mendoakan kesejahteraan pesakit Covid-19 di seluruh Malaysia termasuk di Pahang khasnya diberi kesembuhan segera oleh Allah SWT.
Selain berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.”
Pada 29 Januari 2019, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang di Istana Abu Bakar. Dalam istiadat tersebut, baginda diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dalam melaksanakan tanggungjawab, tugas dan amanah dengan penuh ketakwaan.
Kredit instagram @istana negara
Kredit instagram @this.7
Titah Al-Sultan Abdullah, “Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk.”
Berhubung penularan wabak Covid-19 ketika ini, KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong sedang menjalani tempoh kuarantin diri sehingga 9 April ini selepas kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian foto terbaharu mengenai Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerusi Instagram milik jurugambar ...