Anda pasti sudah biasa dengan perkhidmatan digital seperti Uber, Grab dan sebagainya yang semakin menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat millenial masakini. Kepelbagaian aplikasi digital ini menjadikan kehidupan lebih mudah apatah lagi apabila ia berkaitan dengan soal makanan. Ya, makanan menjadi sebahagian gaya hidup masa kini!
Seiring dengan perkembangan dunia digital, Avicenna Technologies Sdn bhd tampil dengan aplikasi TEMPAH, sebuah platform digital Islamik yang menggalakkan peluang perniagaan untuk umat Islam, terutamanya suri rumah dan restoran dalam memasarkan hidangan mereka.
Lebih istimewa, TEMPAH merupakan satu-satunya hub tempahan makanan secara dalam talian menerusi aplikasi yang menawarkan 100% rangkaian pilihan makanan yang berkonsepkan makanan muslim. Buat masa ini, terdapat 12 chef dan homecook yang telah mendaftar di bawah TEMPAH bagi mempromosikan sajian berkualiti daripada restoran tempatan dan sajian makanan dari rumah atau homecook foods.
Ads
Satu majlis pelancaran aplikasi ini telah diadakan di Pulau Pinang pada 18 Ogos yang lalu dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar.
Menurut YB Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan ucapannya di majlis perasmian tersebut, beliau amat menggalakkan wanita merebut peluang ini untuk memasarkan hidangan mereka di samping mengembangkan ekonomi di kalangan suri rumah dan restoran dalam memasarkan hidangan mereka.
Ads
Bakal dilancarkan di AppStore dan Playstore, ia menjanjikan ciri-ciri tempahan yang mudah, ringkas dan makanan yang disediakan adalah halal dan Muslim Friendly. Tempahan makanan bakal beroperasi pada 11 September bagi pelanggan di Pulau Pinang manakala ia juga bakal meluaskan sayap ke Lembah Klang pada 17 September akan datang.
Ads
Pelanggan boleh mengatur tempahan makanan mengikut waktu pilihan dan melakukan self pick up atau memilih servis penghantaran terus ke lokasi pilihan. Tempahan boleh dibuat melalui @tempah.food.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai tuan rumah pasti anda mahukan yang terbaik buat tetamu khususnya dalam penyediaan hidangan. Berikut Nona kongsikan ilham rasa istimewa daripada Hotel Concorde Shah Alam buat rujukan anda. Terima kasih kepada Cef Mohd Irwan Bani Ismail kerana sudi berkongsi resipi.
BISKUT LAPIS SAMBAL
Bahan-bahan:
375 gm mentega
250 gm gula
4gm garam
125 gm kuning telur
500 gm tepung
Bahan-bahan pes sambal bilis:
60 gm cili kisar
10 gm bawang merah
5 gm bawang putih
3 gm asam keping
70 gm ikan bilis
Cara Membuat:
Pukul mentega dan gula segingga sebati. Masukkan garam dan kuning telur. Seterusnya masukkan tepung. Gulung doh dan letakkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Kemudian, asingkan doh kepada dua bahagian (25gm dan 25gm). Gulung kedua-dua doh. 1 bahagian disapu dengan pes sambal ikan bilis dan di bahagian atasnya disapu dengan kuning telur. Akhir sekali taburkan ikan bilis. Bakar pada suhu 160C selama 25 minit.
KEK COKLAT BERLAPIS
Bahan-bahan:
200 gm mentega
150 gm gula
6 biji telur ayam
100 gm tepung
10 gm serbuk penaik
100 gm coklat
50 gm serbuk koko
100 gm susu segar
100 gm whip cream
5 gm serbuk gelatin
50 gm croquantine
Cara Membuat:
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan semua bahan lalu dipukul sehingga sebati. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit.
BISKUT DELIMA MADU
Bahan-bahan:
340 gm mentega
250 gm gula perang
5 gm serbuk soda bikarbonat
4 gm garam
5 gm madu
2 gm serbuk kayu manis
60 gm telur
750 gm tepung gandum
1 biji buah delima
Cara Membuat:
Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. Masukkan garam dan madu. Kemudian masukkan serbuk kayu manis dan tepung gandum. Tambahkan telur diikuti dengan buah delima. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 25 minit.
BEBOLA COKLAT
Bahan-bahan:
750 gm coklat
250 gm mentega
125 gm gula
60 gm telur
5 gm garam
375 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
10 gm serbuk soda bikarbonat
250 gm coklat putih
150 gm kacang tumbuk (kacang tanah)
Cara Membuat:
Cairkan coklat, pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung gandum, serbuk koko, kacang tumbuk dan serbuk penaik. Seterusnya, masukkan pula coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam separuh daripada adunan tadi. Uli sehingga menjadi dua doh. Gulung kedua-dua doh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lapiskan sehingga menjadi tiga bahagian. Kemudian tekap acuan bulat mengikut saiz yang disukai. Susun di atas loyang kemudian bakar pada suhu 160C selama 25 minit. Untuk hiasan, sadurkan bersama coklat cair sehingga menjadi bebola.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu sememangnya saat yang dinanti-nantikan khususnya oleh wanita-wanita yang berkerjaya. Inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Dan, berpeluang menghidangkan menu istimewa buat insan-insan tersayang.
Alangkah seronoknya jika dapat menikmati biskut Double Trouble Chocolate Chip ini bersama secawan kopi mahupun teh panas ketika minum petang. Lihat sahaja rupanya pun sudah menggiurkan. Nona kongsikan resipi Double Trouble Chocolate Chip istimewa daripada Coffee Jeans & Co.
Khas buat pembaca-pembaca Nona, pemiliknya iaitu Tania Zara sudi berkongsi resepi biskut Double Trouble Chocolate Chip ini yang sememangnya menjadi best seller di Coffee Jeans & Co. Jom cuba!
DOUBLE TROUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan:
225gm cip coklat (dicairkan)
30gm salted butter (dicairkan)
¼ cawan tepung serba guna
½ camca teh serbuk penaik
2 biji telur
175gm gula
1 camca teh esen vanila
½ cawan cip coklat
Cara Membuat:
Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan vanila, gaul rata. Masukkan cip coklat dan mentega yang telah dicairkan. Masukkan pula tepung serbaguna dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati. Letakkan adunan ke dalam chiller, biarkan semalaman. Kemudian kaup menggunakan scoop dan susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12-15 minit. Siap untuk dihidangkan.
Tip: Memandangkan biskut ini adalah jenis lembut ianya tidak boleh disimpan terlalu lama di dalam bekas. Tempoh terbaik ialah selama tujuh hari selepas dibakar. Selamat mencuba! Untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi kek dan pastri, anda boleh klik di Instagram @coffeejeansandco. AMYMOHD
Sumber Foto: @coffeejeansandco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar sajian makanan laut, anda akan rugi kalau tidak mencuba menu istimewa ini. Udang Sos ‘Aku Suka’ misalnya mempunyai rasa unik dan pasti menambat selera. Begitu juga hidangan udang masak lemak cili padi yang membangkitkan aroma selera anda.
Bersempena Ramadan, hidangkan keluarga tersayang dengan juadah berbuka puasa dengan resipi berikut. Selamat mencuba!
UDANG SOS ‘AKU SUKA’
Bahan-bahan:
500 gram udang harimau (saiz sederhana)
2 cawan air rebusan udang
10 tangkai cili merah
½ cawan cili boh
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih
200 ml krim masakan
299 ml susu segar
1 sudu teh perencah stok ayam
Garam secukup rasa
Daun kari (jika mahu)
Cara membuat:
Bersihkan udang dan rebus selama lima hingga tujuh minit dalam air menggelegak (ketepikan air rebusan). Kisar cili boh dan cili merah kemudian ketepikan. Seterusnya kisar bawang putih bersama sedikit minyak dan mentega. Angkat dan ketepikan. Tuang minyak dan cairkan mentega. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika diikuti serbuk kiri yang telah dibancuh bersama air. Sesudah itu, masukkan bahan kisar cili tadi seterusnya bahan kisar bawang putih dan mentega. Kacau sekata sebelum dituangkan air rebusan udang, krim masakan dan susu segar. Bubuh perencah ayam dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan pula udang yang telah direbus. Kacau sebati. Tabur daun kari jika mahu dan hidangkan.
UDANG GALAH MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
4 – 5 ekor udang galah
5 – 10 tangkai cili padi (dilumatkan)
1 sudu teh serbuk kunyit (dimasukkan bersama cili padi)
1 helai daun kunyit (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar air limau
200 ml santan
400 ml air rebusan udang galah
1 sudu besar perencah stok ayam
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Rebus udang galah selama lima hingga tujuh minit. Toskan dan angkat. Ambil air rebusan tadi dan asingkan. Panaskan air rebusan udang tadi dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan cili padi dan serai ke dalam masakan. Seterusnya, tuang santai dan masak dengan api kecil hingga santan menggelegak. Masukkan pula udang yang direbus dan ulang kacau kuah. Pastikan tidak pecah minyak. Sesudah itu, tuang air limau bersama perencah stok ayam. Akhir sekali perasakan dengan garam dan tabur hirisan daun kunyit.
Resipi: TERIMA KASIH ENCIK ASRUL HUSNI DAN PUAN RAHIMAH, MY STORY CAFE, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...