
Penyanyi, Noh Salleh selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa, petang semalam.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.
Wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
Terdahulu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai pada bulan Ogos tahun lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.
Tahniah NONA ucapkan. Semoga perhubungan ini diredhai dan terus ke jinjang pelamin.
Sumber: Berita Harian, Utusan TV
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Please Come Back!’ KHAIRY JAMALUDDIN Ucap Selamat Tinggal Pada KKM, Warga Maya Titip Doa & Harapan

Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengucapkan selamat tinggal kepada Kementerian Kesihatan semalam menerusi hantaran penuh emosi di laman media sosialnya. Khairy Jamaluddin juga sempat bergambar di lobi KKM, serta bergambar dengan warga kerja KKM termasuk Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta barisan kabinet baru yang dilantik selepas Pakatan Harapan yang diketuai YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan baru-baru ini.
Di ruangan kepsyen, KJ menulis betapa bangga dirinya dapat berkhidmat di KKM. “Saya sudah buat yang terbaik, dan saya tak akan melupakan semua orang di KKM. Anda semua pasti ada dalam hati saya selamanya. Terima kasih, dan maafkan saya atas segala kekurangan,” tulis KJ.

KJ sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sejak Ogos 2021. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen (AP) Rembau sejak Mac 2008, dan bertanding di Parlimen Sungai Buloh sewaktu PRU15 baru-baru ini, namun tewas.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dari Februari 2021 hingga Ogos 2021 dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari Mac 2020 hingga Ogos 2021 dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khairy yang juga menantu kepada Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi sempat menyerahkan tugas dan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pucuk pimpinan KKM yang baharu, Dr Zaliha Mustafa yang mengantikan tempatnya sebagai Menteri Kesihatan yang baru.

Di ruangan Instagramnya, dilihat ramai warga maya yang terharu dan sedih dengan keberangkatan KJ memandangkan rekod prestasinya mengendalikan isu Covid 19 dengan begitu baik sekali. Ada juga yang berharap untuk KJ kembali semula menerajui KKM.

Kami di NONA mendoakan semoga yang baik-baik sahaja buat Khairy Jamaluddin.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal Buat Konsert & Pembedahan, ZAMANI Terharu Tengku Permaisuri Selangor Sudi Terima Cenderahati!

Bertuah Zamani dapat bersua muka dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini. Lengkap berpakaian kemeja hitam lengan panjang, seluar kelabu dan bersongkok, pertemuan Zamani bersama Tengku Permaisuri Selangor turut ditemani rakannya iaitu Aalan Ahmad.
Dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan itu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim turut menyampaikan cenderahati konsert terbaharunya kepada Baginda.
Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial, vokalis kumpulan Slam berkenaan melahirkan penghargaan atas kesudian DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa.
Kongsinya, “Terima kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sudi mencemar duli menerima kami mengadap dan menyampaikan cenderahati di Istana Bukit Kayangan.”




Pada 30 September ini, Zamani bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di Zepp Kuala Lumpur yang turut dijayakan bersama Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof. Sementara itu, Datuk Aznil Hj Nawawi juga membuat penampilan istimewa dalam konsert tersebut.
Zamani yang kini berusia 52 tahun memberitahu media bahawa konsert ini amat bermakna buat dirinya yang berhasrat bertemu dan berkumpul dengan para peminat sebelum menjalani pembedahan yang dijangka pada November depan.





Ia susulan keadaan kesihatan Zamani yang menghidap penyakit scoliosis sejak 2015 hingga menyebabkan perubahan fizikal badannya dan semakin membengkok. Difahamkan juga tulang belakang penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini mula mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung.
Semoga Konsert Doa Buat Zamani Unplugged berjalan lancar dan urusan pembedahan Zamani kelak turut dipermudah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Qari Bahrain, Qariah Malaysia, SOFIZAH MOUSIN juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 yang berlangsung hujung minggu lalu menyaksikan kategori wanita dimenangi peserta Malaysia iaitu Sofizah Mousin dengan meraih markah sebanyak 89.66 peratus. Sofizah Mousin merupakan johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 mewakili Selangor.

Bagi kategori lelaki pula, ia dimenangi peserta dari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed (93.33 peratus) diikuti peserta Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (88.83 peratus). Juara bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah berupa piala, sijil penghargaan dan wang tunai, bagi tempat kedua serta ketiga turut membawa pulang hadiah sama.

Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga kelima daripada dua kategori tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62 disertai 36 peserta melibatkan 28 buah negara dan dihakimi oleh 16 hakim iaitu pakar-pakar dalam bidang al-Quran dari dalam dan luar negara.
Majlis tersebut berlangsung selama enam hari iaitu daripada 19 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran,” majlis itu berlangsung selama enam hari bermula Rabu lepas, melibatkan 36 peserta dari 28 negara.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 secara keseluruhannya melibatkan 36 orang peserta merangkumi 24 Qari dan 12 Qariah dari 28 buah negara yang bertanding bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.
Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62 adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini, manakala kategori hafazan akan kembali pada tahun hadapan.
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara Islam pertama di dunia menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran ataupun dikenali sebagai Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu pada tahun 1960.
Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dijenamakan semula dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan yang terkini dinamakan sebagai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sejak tahun 2014.
Sumber: UTUSAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


