Tidak lokek dengan senyuman dan ramah, Dr Tengku Ezulia, wanita berusia 31 tahun memilih kerjaya profesional sebagai pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Orangnya bukan sahaja cantik, berperwatakan menarik ditambah dengan kebijaksanaannya merencanakan kehidupan demi masa depan menjadi kelebihan buat dirinya kerana bukan calang-calang individu boleh mendapat gelaran doktor pakar dalam usia yang begitu muda.
Walaupun rutin hariannya sebagai doktor perubatan yang sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan, dia tidak pernah merasa terbeban lantaran minat yang mendalam dalam bidang ENT sejak kecil lagi.
“Saya mengambil masa lapan tahun untuk membina karier pada tahap kini dan berjaya memenuhi sebahagian daripada impian untuk mendalami pengkhususan telinga, hidung dan tekak (ENT). Malah, saya memilih cabang tersebut kerana merasakan ENT adalah masalah biasa yang dialami sesiapa sahaja”, jelasnya yang mesra dipanggil Dr Lea.
Wanita kelahiran Kota Bharu Kelantan ini mahu menjadi antara orang yang mampu mengatasi masalah berkaitan ENT selain melihat peluang kerjaya dalam bidang itu terbentang luas kerana tidak ramai yang mahu menceburinya.
Ads
“Saya sendiri dihujani dengan pelbagai pertanyaan berkaitan dengan ENT sejak saya menceburi bidang perubatan. Namun apa jua bidang yang saya pilih, yang penting tetap digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya yang turut menerima tawaran memperaga fesyen (modeling) jika mempunyai masa terluang.
Ujar Dr. Lea, ENT memberi cabaran yang tersendiri yang mana telinga, hidung dan leher melibatkan lokasi kritikal berhubung dengan organ-organ penting seperti otak, mata, rongga pernafasan, salur darah yang besar pada leher dan saraf-saraf penting.
Ads
Kefahaman dari segi anatomi dan kemahiran yang tinggi diperlukan untuk seseorang itu mahir dalam bidang tersebut. Dia juga tidak menolak untuk menambahkan lagi kepakarannya dalam bidang rinologi dan pangkalan tengkorak untuk meletakkan satu lagi tahap pencapaian yang diimpikan.
Di hospital saya merupakan seorang doktor bukan social influencer. Saya tidak akan sesekali mencampur-adukkan antara minat dan kerjaya. Walaupun ramai yang mengenali saya aktif di Instagram, saya masih meletakkan batasan untuk membawa imej fashionista apabila mula menyarung uniform kerja terutama apabila masuk ke dewan bedah kerana saya perlu mematuhi setiap etika kedoktoran,” katanya yang amat mementingkan kualiti dalam kerjaya dan kehidupan.
Bercerita pula peranannya sebagai social influencer, sememangnya Dr Lea tidak pernah menganggap ianya sebagai satu batu loncatan untuk glamor dan dikenali. Malah, Dr Lea menggunakan platform tersebut untuk mendidik wanita muda untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ads
“Saya melihat industri fesyen dan kecantikan sentiasa dimeriahkan oleh mereka yang mempunyai kerjaya profesional. Agak sayang jika mereka meninggalkan kerjaya mereka demi populariti dan wang ringgit semata-mata.Sebagai golongan muda yang masih mempunyai kudrat, jangan takut untuk mencuba sesuatu lebih daripada kemampuan diri walaupun nampak mencabar.
“Tidak menjadi satu masalah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa kerana banyak benda yang boleh dipelajari di samping menimba pengalaman.Saya sendiri banyak menerima respons daripada pelajar-pelajar perubatan dan doktor pelatih yang mengatakan mereka terbeban dan penat dengan dunia perubatan.
“Pendapatannya mungkin tidak berbaloi dengan apa yang mereka lakukan sekarang, tetapi saya telah berjaya melakukannya dan saya tahu betapa ia ‘bernilai’. Percayalah, semuanya akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Cuba untuk bertahan dan fikirkan kembali niat sebenar sebelum terjun ke bidang yang dipilih. Populariti bukan segalanya, biarlah ia ‘berisi’ dengan ilmu dan kemahiran kerana itulah yang akan mencerminkan diri kita,” ujarnya yang sempat menitipkan nasihat sebelum mengakhiri bicara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vivy Yusof seorang wanita dan usahawan yang bercita-cita tinggi. Setiap apa yang diimpikan, pasti cuba direalisasikan hingga menjadi realiti. Tak hairanlah, ramai generasi muda hari ini terutamanya usahawan wanita menjadikan Vivy Yusof sebagai sumber inspirasi.
Baru-baru ini, dia sekali lagi mencipta kejayaan apabila menjadi satu-satunya jenama tempatan dan ‘modest’ di dunia yang menjalin kolaborasi bersama syarikat antarabangsa Mattel menerusi salah satu produk ikonik mereka, Barbie!
Jalinan kerjasama itu dibuat menerusi empayar niaga miliknya, The dUCk Group yang sudah pun sembilan tahun di pasaran.
Selaku Pengasas bersama The dUCk Group, Vivy memahami ‘selera’ pelanggan setia dan bijak memasarkan label mereka ke pasaran dunia. Apatah lagi jenama fesyen ‘modest’ ini kembali menjalin kolaborasi kali ketiganya dengan Barbie.
Bangga dan terharu dapat meraih pencapaian luar biasa ini, Vivy menerusi Instagram berkongsi momen zaman kanak-kanak yang menyaksikan wajahnya menghiasi muka depan majalah bertemakan Barbie.
“I hope I made her proud. From Little Barbie magazine cover Vivy, to now a full-fledged collaborator to Barbie that even made it to BOF during its debut. Dreams do come true. Only took 30 years but I always trust in God’s timing.”
Tak dinafikan melalui penulisan, Vivy berjaya mengembangkan perniagaan dan menjadi sumber rujukan ramai golongan wanita untuk sukses.
Vivy turut meraih pengiktirafan antarabangsa dalam kategori usahawan selepas tersenarai dalam Business of Fashion (BOF) 500 kerana kejayaannya sebagai salah satu industri ‘modest fashion’ paling berpengaruh di Asia Tenggara.
Takutnya nak bersalin. Banyak pula pengalaman yang dikongsi dalam internet. Tapi kebanyakkannya lebih kepada mitos dan bukan fakta. Betul ke?
Bersalin normal
MITOS
Tidak memerlukan persiapan kerana segalanya berlaku secara semulajadi
FAKTA
Oh, jangan ambil mudah! Kaedah bersalin normal memang sakit kerana itu anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Posisi yang betul serta teknik yang sesuai perlu dipelajari kerana ada cara untuk mengelakkan anda merasa sakit yang teruk.
MITOS
Doktor perlu ada walaupun sudah ada bidan yang dipilih menyambut kehadiran si kecil
FAKTA
Bidan yang ada sudah dilatih untuk menyambut kelahiran bayi. Ilmu kebidanan yang mereka ada sudah cukup tanpa memerlukan bantuan doktor. Cuma, jika ada komplikasi, anda perlu segera menghubungi doktor.
Kaedah caesarean
MITOS
Jika anda sudah melepasi tarikh due, anda perlu berhadapan dengan kaedah pembedahan atau caesarean.
FAKTA
Induksi adalah cara alternatif yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya kontraksi tidak berlaku
MITOS
Kaedah caesarean sangat selesa dan lebih rendah risiko dari bersalin normal
FAKTA
Pembedahan caesarean tetap berhadapan dengan pendarahan, komplikasi terhadap ubat, jangkitan kuman serta kemalangan yang berlaku ketika pembedahan. Jadi, pilihlah kaedah untuk bersalin dengan betul.
MITOS
Hubungan ibu dengan anak lebih renggang sekiranya si ibu memilih untuk melakukan pembedahan caesarean.
FAKTA
Hubungan erat di antara ibu dan anak boleh sahaja menjadi rapat. Sebaik selesai pembedahan, si ibu tetap boleh melihatnya si kecil dan memanjakannya bermula dengan memberikan susu badan.
Bersalin dalam air atau waterbirth
MITOS
Bayi boleh tenggelam, tersedak air dan lemas
FAKTA
Bayi baru lahir menerima oksigen dari plasenta dan mengalirkannya ke paru-paru. Plasenta berperanan sebagai sistem filter dan pernafasan di dalam perut. Ketika ia muncul di dalam air, sistem ini masih bekerja dan bayi ini di angkat dari air menerima signal untuk mengganti sistem sirkulasi. Ini menyebabkan darah mengalir ke paru-paru untuk kali pertama.
MITOS
Usia ibu menentukan kesesuaian pilihan untuk waterbirth
FAKTA
Tidak semestinya ini menjadi keutamaan. Cukup sekadar anak dan ibu cukup sihat untuk menjalani kaedah ini. Namun, jika bayi songsang, mempunyai kelahiran kembar atau bayi pra matang, anda dinasihatkan tidak menggunakan kaedah waterbirth.
MITOS
Kaedah waterbirth lebih sakit dari kaedah normal
FAKTA
Melahirkan bayi melalui kaedah waterbirth tetap sakit namun ramai wanita mengakui sakitnya kurang ½ daripada kaedah bersalin normal. Sekalipun sakit, ia bukan akibat daripada kontraksi tetapi kerana tekanan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.