Bertempat di Pusat Konvensyen IDCC semalam, bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan Ulang Tahun ke-15 Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), kira-kira 1,000 wanita termasuk dari kalangan ibu dan ibu tunggal diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah.
Apatah lagi, majlis diseri dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan merasmikan majlis. Turut hadir adalah Y.A.M Tengku Puteri Datin Paduka Hajjah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dan Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad.
“Hari ini, PEKAWANIS menganjurkan sebuah majlis di mana kita memberikan penghargaan kepada ibu-ibu dengan memberikan anugerah Tokoh Ibu. Sebenarnya program ini telah berlangsung setiap tahun di mana dua tahun kita dah buat di peringkat DUN, namun pada tahun ini kami nobatkan 10 tokoh ibu di 35 DUN dan kita raikan dalam satu majlis yang besar, dan pada hari ini kita ada 340 orang tokoh ibu”, jelas Datin Seri Masdiana Muhamad.
Pada majlis tersebut, sepuluh orang tokoh ibu dipilih daripada 340 tokoh-tokoh ibu dijemput ke atas pentas bagi menerima anugerah khas yang terdiri dari beberapa kategori, antaranya Tokoh Ibu Mithali, Ibu Ikon, Ibu Inspirasi dan Ibu Inovatif.
“Kriteria pemilihan tokoh ibu pada tahun ini melibatkan banyak pihak termasuk Pusat Khidmat Masyarakat, ahli majlis dan ketua kampung untuk mencari dan memilih tokoh ibu Pekawanis menerusi kejayaan mereka dan sumbangannya kepada masyarakat. Kami memberikan keutamaan kepada ibu yang menyumbang dan bergaul dengan masyarakat. Itu adalah keutamaan kami,”
Tambahnya lagi, “Dengan moto ‘menjadi sebuah pertubuhan yang sentiasa peka dengan kebajikan rakyat’, Pekawanis sentiasa bergiat aktif dalam masyarakat dengan menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Selangor,” katanya.
Ads
“Justeru, majlis hari ini sangat bermakna kerana ini merupakan tahun ketiga Pekawanis memberi anugerah tokoh ibu kepada ibu-ibu di seluruh Selangor bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada keluarga dan masyarakat,” katanya lagi.
Dan bersempena majlis sambutan Pekawanis yang ke-15 kali ini, turut dilancarkan lagu baru PEKAWANIS yang dinyanyikan oleh penyanyi Alina Hassan.
Ads
Turut dijemput adalah mantan-mantan Yang Dipertuan PEKAWANIS sebelum ini, dari tahun 2008 sehingga ke hari ini. Pada majlis tersebut, ia dihoskan oleh Raja Azura, serta kemunculan istimewa penyanyi dangdut Amelina.
Majlis yang dihadiri 1200 jemputan berkenaan mendapat tajaan oleh syarikat Telaga Emas (Datin Azika Binti Omar), serta dijayakan dengan tajaan-tajan lain dari Pusat Pakaian Hari-Hari, Jakel, Arombay, Humibo X, Mydin, Buttonscaves, Summer Love, Kumpulan Media Karangkraf, FAMA, Fukuoka dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang. Begitu besarnya dugaan yang menimpa penyampai radio popular dan kesayangan ramai, DJ Lin apabila dirinya berkongsi berita pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd Yusof Abd Majid yang disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat masalah pernafasan.
Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, Mohd Yusof, 59, sebelum itu mengadu kepada isteri dan anak-anaknya, bahawa dia mengalami kesukaran bernafas.
“Arwah abang disahkan meninggal dunia pada jam 5.10 pagi ketika ambulans dari Hospital Sultanah Aminah tiba di rumahnya dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan.
“Sebelum itu, sekitar jam 4.35 pagi, dia mengadu kepada isteri dan anak-anaknya bahawa dia sukar bernafas sebelum tak sedarkan diri lebih kurang lima minit kemudian.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai, Johor Bahru,” katanya kepada Harian Metro.
DJ Lin yang terkenal dengan segmen Suria Cinta itu kini berada di Madinah berkongsi kesedihannya kerana tidak dapat menatap wajah abangnya itu buat kali terakhir di laman Instagramnya.
“Saya rasa sedih sebab tak dapat nak menatap wajah arwah abang yang saya panggil sebagai Usop buat kali terakhir. Saya hanya mampu mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh, dilapangkan kuburnya, diampuni segala dosa-dosanya dan tenang di alam sana,” katanya.
Lin berkata, pemergian Mohd Yusof yang juga anak keempat dalam keluarga, akan dirindukan seluruh keluarganya.
“Saya masih di Madinah dan hari ini, masuk hari kelima di sini. Saya dapat tahu berita kematian abang saya sebaik sampai ke bilik hotel selepas pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Nabawi.
“Tak tahu nak gambarkan perasaan dalam hati ini, bagaimana sebab rasa sedih dan sebak akibat kehilangan arwah mak pada 24 Jun 2022, iaitu sembilan bulan yang lalu masih lagi terasa hingga ke saat ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka keputusan untuk menyertai MasterChef Malaysia musim pertama pada tahun 2012 ketika sedang menunggu penempatan selepas tamat pengajian pengigian mengubah hala tuju kerjaya Dr Ezani Farhana Md Monoto.
Dijulang menjadi juara program realiti masakan popular berkenaan, Dr Ezani yang pernah menggalas tugas Pegawai Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang kini merupakan pengusaha restoran.
Meniti usia 39 tahun, perusahaan Pastribella Bake Shop milik Dr Ezani yang terletak di Cyberjaya difahamkan sudah enam tahun beroperasi.
Menerusi temu bual dengan Nona tidak lama dulu, Dr Ezani yang sangat cemerlang dalam akademik sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengutamakan pendidikan. Apatah lagi bapanya merupakan Pegawai Pendidikan. Manakala ibu pula seorang Pengetua.
“Sejak kecil saya menjadikan kejayaan kakak dalam pelajaran sebagai pendorong untuk saya sukses. Dari sudut memasak pula semestinya ibu sebagai inspirasi. Semasa kecil saya sering membantu ibu berniaga makanan secara kecil-kecilan.
Saya dan suami berimpian untuk membuka restoran sendiri. Sebab itulah kami sering kali menyertai festival-festival makanan. Suami juga minat memasak dan sering membantu saya di dapur.”
Mengulas latar belakang pendidikan, Dr Ezani ialah graduan pergigian dari Universiti Adelaide, Australia.
“Sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saya menyertai program realiti MasterChef Malaysia musim pertama terbitan Astro.
Sebenarnya semasa belajar di luar negara pun saya gemar memasak. Rakan-rakan ramai yang menyokong saya untuk menyertai program tersebut. Tawaran menyertai MasterChef Malaysia datang serentak bersama surat panggilan KKM untuk berkhidmat di Sabah.
Saya memohon penangguhan jawatan selama setahun dari KKM atas alasan terikat dengan program MasterChef Malaysia,” kongsi anak jati Muar, Johor ini.
Percaturan ibu kepada seorang anak ini tidak sia-sia apabila dia merangkul gelaran Juara MasterChef Malaysia yang julung kali diadakan itu. Namanya semakin popular sekali gus mengubah kehidupannya secara total.
Atas minat mendalam dalam dunia kulinari, ibu dua cahaya mata ini nekad berkecimpung secara serius dalam bidang makanan dan pastri sehingga tercetusnya Pastribella Bake Shop.
Lebih manis, Pastribella Bake Shop kini sudah pun mempunyai dua cawangan iaitu di Cyberjaya dan Wangsa Melawati.
Bukan hanya menghidangkan pelbagai aneka pencuci mulut menyelerakan, ia turut menyajikan seleksi menu Melayu dan Barat.
Semoga Dr Ezani terus maju dalam bidang yang diceburi dan menjadi suntikan semangat kepada lebih ramai wanita untuk kejar impian mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Hari ini cukup 14 hari saya sekeluarga self quarantined. Walaupun sebumbung kami tidak berjumpa, hanya lambai dari jauh. Rindu sangat saya kepada anak-anak dan cucu-cucu. 20 orang positive telah membuat Istana Negara standstill, dapur tak berasap dan semua pekerja di quarantine.
Alhamdulillah mereka akan dibenarkan kembali bekerja (tapi kena ikut peraturan dari KKM) dan mereka yang positive kena tunggu negative dan anak self quarantine selama 14 hari lagi sebelum mereka dibenarkan kembali kerja. Alhamdulillah malam ni malam nisfu shaaban, marilah kita semua berdoa ke hadrat Allah SWT hapuskan wabak ini. InshaAllah.”
Itulah coretan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram Air Tangan Tunku Azizah malam tadi. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong, dan kakitangan Istana Negara telah diminta kuarantin diri sejak 27 Mac lalu selepas Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengesahkan terdapat staf Istana Negara telah didapati positif Covid-19.
Bermula detik itu, Seri Paduka Baginda berdua dan keluarga terpaksa diasingkan di dalam bilik masing-masing. “Patuh arahan doktor, saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja. Kami tidak dibenarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami sahaja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard.
Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positive. Alhamdulillah we are ok. Dah buat banyak test dan negative!”
Raja Permaisuri Agong di samping puteri-puteri baginda
Sebelum ini, Tunku Azizah turut dilihat mengisi masa kuarantin dengan melakukan hobi kesukaan baginda iaitu mengait. Memang cantik dan kemas hasil seni mengait baginda. Lebih mengagumkan, Tunku Azizah hanya belajar seni tersebut melalui video di YouTube. Malah, baginda juga berkongsi aktiviti bertadarus bersama staf istana ketika tempoh kuarantin di bilik masing-masing.
Ketika rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keadaan Covid-19 yang kian meningkat sejak 18 Mac lalu, Raja Permaisuri Agong telah berkenan memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri oleh baginda untuk disumbangkan kepada para frontliners di hospital terlibat. Antaranya Hospital Sungai Buloh, CPRC, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bagaimanapun, usaha itu terpaksa dihentikan apabila terdapat kakitangan istana yang telah dijangkiti virus yang berasal dari Wuhan, China tersebut.
Nona mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kakitangan istana negara diberi kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.