Keindahan Fabrik Tenun Pahang Diraja mampu memukau setiap mata yang memandang. Lebih istimewa apabila Tenun Pahang Diraja dihasilkan mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan seni dan mendapat pujian serta perhatian penggemar barangan tradisi dalam dan luar negara.
Tradisi menenun merakamkan cara hidup, mitos, kepercayaan, pantang larang, adab serta upacara tertentu. Ia memperlihatkan hubungan dengan alam sekeliling yang mencerminkan pemikiran serta jiwa masyarakat tradisional Pahang.
Dalam hasil tenunan benang pakan dan losengnya turut diselitkan secara simbolik hubungan raja dan rakyat. Tenun Pahang Diraja turut menjadi simbol kepada status serta kuasa yang memperlihatkan kehalusan estetika serta kepekaan si pemakai.
CORAK TENUN PAHANG DIRAJA
Pelbagai motif, corak dan warna yang berlainan terdapat pada kain tenun Pahang. Reka corak dan ragam hias yang halus buatannya juga sebagai lambang darjat, identiti kaum, kepercayaan, ritual keagamaan dan sebagainya
Sumber: Twitter @HouseOfPahang
This website uses cookies.