“Kami berkabung atas pemergian seorang Ratu yang dihormati dan ibu yang amat disayangi. Beta pasti pemergiannya akan amat dirasai di seluruh negara, dunia, Komanwel dan semua individu.”

Begitu titah Raja Charles III melalui satu kenyataan rasmi yang ditandatangani ‘Yang Mulia Raja’. Menyifatkan kemangkatan Ratu Elizabeth II sebagai saat paling sedih bagi baginda, seluruh keluarga diraja Britain memulakan tempoh berkabung selama 10 hari.

Ads

Selain itu, ratusan bunga dan lilin yang dinyalakan membanjiri pintu pagar Istana Buckingham di tengah London, sebagai tanda penghormatan rakyat negara itu terhadap kemangkatan baginda.

Datuk Lima Cucu, Raja Charles III Teraju Takhta Britain Pada Usia 73!
Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla (Getty Images)

 

Datuk Lima Cucu, Raja Charles III Teraju Takhta Britain Pada Usia 73!
Foto: Getty Images

 

Pegawai Istana Buckingham di London mengesahkan Putera Charles, 73, dinobatkan sebagai Raja dengan gelaran Raja Charles III berkuatkuasa serta-merta.

Ia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, iaitu monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, pada usia 96 tahun.

Tetapi, pada usia 73 tahun, fokus kepada pemerintahan dan usianya dijangka tertumpu kepada pengaruh monarki British yang semakin merosot di seluruh dunia.

Raja Charles III menghabiskan sebahagian besar usianya sebagai pewaris, dan mewarisi takhta sebagai pemerintah pada usia yang mana kebanyakan orang sudah bersara.

Baginda juga merupakan datuk kepada lima cucu iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis (anakanda Putera William dan Kate Middleton) serta Archie Harrison Mountbatten-Windsor dan Lilibet Mountbatten-Windsor (anakanda Putera Harry dan Meghan Markle).

Datuk Lima Cucu, Raja Charles III Teraju Takhta Britain Pada Usia 73!
Raja Charles III kini berusia 73 tahun

 

Datuk Lima Cucu, Raja Charles III Teraju Takhta Britain Pada Usia 73!

 

Ads

Ratu Elizabeth II menjadi ratu pada usia 25 tahun ketika sokongan popular kepada Britain yang sedang pulih daripada Perang Dunia II.

Sejak kemangkatan bapanya, Putera Philip pada April 2021 dan masalah kesihatan dialami Ratu Elizabeth II, Charles yang merupakan putera sulung dilihat semakin menonjol bersama isterinya, Camilla, dan adiknya, Edward serta William dan isterinya, Kate.

Lahir pada 14 November 1948, Raja Charles III menjadi pewaris takhta pada usia semuda tiga tahun tiga bulan. Sebagai pewaris, baginda memulakan tugas pertamanya pada 1970-an dengan membantu ibunya menjalankan tugas.

Antaranya menyambut tetamu asing bagi pihak ratu, menghadiri acara makan malam negara dan melakukan lawatan ke luar negara bagi pihak Ratu Elizabeth II ke lebih 100 negara.

Dunia mengenalinya bukan saja kerana majlis perkahwinan gilang-gemilang dengan Lady Diana Spencer pada 1981, tetapi juga ketika beliau berpisah dan bercerai dengan mendiang Puteri Diana pada 1990-an.

Ads

Ratu Elizabeth II pada 2022 mengakhiri spekulasi mengenai gelaran yang akan digunakan oleh Camilla, Duchess of Cornwall, iaitu isteri kedua Charles. Kini secara teorinya, Camilla adalah raja permaisuri.

Datuk Lima Cucu, Raja Charles III Teraju Takhta Britain Pada Usia 73!

 

Tetapi, Camilla yang berkahwin dengan Raja Charles III dalam satu upacara sivil pada 2005, memilih untuk tidak menggunakan gelaran Princess of Wales, gelaran yang dikaitkan dengan Diana, yang meninggal dunia pada 1997.

Bagaimanapun, Ratu Elizabeth II ketika ulang tahun pemerintahannya yang ke-70 pernah berkata, baginda berharap supaya Camilla menjadi raja permaisuri apabila Charles menjadi raja.

Raja Charles dijangka menggunakan nama rasmi sebagai Charles III, sekali gus menjadi raja pertama menggunakan nama itu untuk pemerintah British sejak 1685.

Persoalan mengenai nama rasminya akan terjawab apabila majlis khas akan bersidang pada hari kemangkatan pemerintah, yang akan mengisytiharkan Charles sebagai raja di Istana St James di London. Upacara pertabalan dijangka diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI