Terasa Bosan Sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Ini 5 Perkara Berfaedah Yang Boleh Dilakukan!

Hari ini telah masuk hari ketiga negara kita, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan daripada merebaknya Virus yang melanda seluruh dunia iaitu Covid-19. Walaupun tempoh 14 hari telah diberikan kepada rakyat Malaysia untuk mengurangkan aktiviti di luar dan bekerja dari rumah, ada juga yang masih berdegil untuk mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan melakukan aktiviti-aktiviti di luar. Perkara ini tidak seharusnya berlaku.

Seharusnya, rakyat Malaysia harus lebih peka dengan keadaan ini demi menjamin keselamatan negara dan diri sendiri. Duduk di rumah dan jangan melakukan sebarang aktiviti di luar sana. Jika anda bosan duduk di rumah dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti, Nona memberikan 5 idea aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini!

  1. DEKO RUMAH

Anda boleh mengambilkesempatan ini untuk lakukan akiviti mengemas rumah. Suami isteri serta anak-anak boleh lakukannya bersama-sama. Selain dapat menjamin kebersihan rumah, aktiviti mengemas rumah ini juga dapat menyihatkan badan dan memastikan persekitaran bebas dari virus. Tetapi ibu-bapa harus pastikan ketika mengemas anak-anak dibekalkan dengan penutup mulut serta sarung tangan bagi mengelakkan anak tersedut habuk dan jangkitan kuman.

Bagi yang masih bujang, masa inilah anda gunakan untuk deko rumah bujang yang bersepah tu. Barulah dapat mood baru. Tak perlu keluar beli barang deko pun, anda boleh gunakan apa sahaja barang yang ada di dalam rumah atau ubah kedudukan perabot di dalam rumah.

  1. PROJEK DIY

Memandangkan anda dihadkan untuk keluar rumah selama 14 hari, anda boleh gunakan kesempatan ini untuk luangkan masa dengan ahli keluarga. Selain menonton rancangan tv kegemaran bersama, ibu bapa juga boleh lakukan aktiviti DIY bersama anak-anak. Banyak projek DIY di Youtube yang mudah dan senang boleh dilakukan bersama. Selain dapat menambah ilmu anak-anak, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mereka.

  1. SIAPKAN KERJA YANG TERTANGGUH

Tipulah jika anda tidak ada kerja yang tertangguh. Maka anda boleh manfaatkan cuti yang diberikan untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh lama tu. Misalnya, anda yang bergelar guru perlu menyemak kertas peperiksaan atau menanda buku atau kalau korang seorang yang bekerja dibahagian multimedia kreatif, masa inilah anda boleh gunakan untuk siapkan semua artwork-artwork atau planning idea seterusnya untuk digunakan bila masuk bekerja nanti. Untuk mereka yang masih belajar, siapkan tugasan atau assignment yang telah diberikan oleh lecturer anda.

  1. BERSENAM DI RUMAH

Masa yang ada ini jugalah ibu-bapa boleh mengatur semula pemakanan yang sihat untuk anak-anak yang sebelum ini mungkin terlepas pandang kerana sibuk bekerja. Masak menu-menu yang menyihatkan dan ini semua boleh belajar terus dari YouTube. Buat anda yang masih bujang, anda juga harus menjaga kesihatan juga. Elakkan makan makanan ringan dan tidak sihat. Dekat rumah juga anda boleh bersenam, misalnya zumba atau tabata.

  1. TERUS BERHUBUNG

Gunakan cuti ini dengan bertanya khabar ibu-bapa atau saudara-mara yang lama tidak berjumpa. Jangan pulang ke kampung pula! Bagi mereka yang jarang-jarang telefon ibu-bapa dikampung kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sebelum ini, maka sepanjang perlaksanaan perintah kawalan ini gunakanlah sebaiknya untuk tanya keadaan mereka. Mohon kemaafan dari mereka kerana tidak selalu bertanya khabar. Zaman dah canggih sekarang, semua orang boleh buat video call.

Share
Published by
Fadhli Ismail