Membersihkan wajah merupakan rutin wajib dalam rejim perawatan kulit harian. Namun tahukah anda terdapat beberapa kesilapan yang boleh membuatkan wajah cepat tua?
(1) Menggunakan skrub kasar
Kulit mengelupas boleh menjadi petanda baik kerana ia mengangkat sel kulit mati dan memudahkan produk anti-penuaan meresap ke dasar kulit.
Tapi jika kulit kerap mengelupas pula bermakna tidak baik, jadi pilihlah skrub yang tepat untuk keperluan kulit anda. Elakkan skrub bertekstur kasar kerana ia boleh merosakkan kulit dan menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan merosakkan pori-pori.
Anda juga boleh memilih penyegar yang dipakai dengan pad kapas jika tidak menggunakan skrub.
(2) Pembersih yang salah
Ads
Anda memiliki kulit berminyak atau berjerawat? Gunakan pembersih berbentuk gel kerana ia boleh menghilangkan minyak dengan lebih baik.
Bagi anda yang memiliki kulit kering atau sensitif, pilih pembersih yang lembut untuk menjaga minyak semula jadi di dalam kulit serta memelihara kelembapannya.
(3) Membazir membeli pembersih yang mahal
Adakah anda sanggup berbelanja besar untuk membeli pembersih wajah yang mahal? Anda sebenarnya sedang membuang wang di saluran pembuangan air.
Kita tidak memerlukan sabun wajah yang mahal kerana pembersih itu hanya berada sementara saja di atas kulit dan ia langsung tidak berfungsi sebagai ubat. Daripada membazir begini, lebih baik anda membeli produk perawatan kulit yang lebih efisyen seperti pelembap, krim tabir suria atau serum.
Ads
(4) Membilas dengan air hangat
Membilas sisa sabun dengan air hangat mungkin terasa segar tapi ia boleh menghilangkan lembapan dan minyak semula jadi kulit, seterusnya mengakibatkan kulit kering, merah dan gatal.
Sebaiknya gunakan air dingin untuk membilas sabun hingga benar-benar bersih.
Ads
(5) Tidak membersih secara menyeluruh
Pada waktu malam, sewaktu tidur, bakteria akan terbentuk di kulit disertai produksi minyak berlebihan tanpa disedari. Pastikan anda membersihkan wajah dengan sempurna pada waktu malam untuk menghilangkan kotoran, minyak dan sisa pencemaran yang melekat pada waktu siang.
Kesan pencemaran yang mempercepatkan penuaan adalah asap rokok serta debu yang terdapat pada alam sekitar. Ia boleh menyebabkan kolagen terjejas dan masalah pigmentasi.
(6) Terlalu kasar menggunakan berus penyental wajah
Penggunaan berus penyental wajah (face scrubber) memang dapat menjamin kulit dibersihkan dengan baik berbanding tanga. Tapi jika ia tiba-tiba membuatkan kulit jadi kering, sensitif atau kemerah-merahan, hentikan segera menggunakannya.
Ingat, permukaan kulit yang mengelupas keterlaluan sangat mudah membuatkan anda kelihatan tua sebelum masanya! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak lama tidak beraksi di layar perak, nama Laudya Cynthia Bella meniti di bibir peminat filem Indonesia apabila aktress dan usahawan berusia 35 tahun itu memegang watak utama sebagai Siti Raham dalam filem BUYA HAMKA.
Filem yang mula ditayangkan di seluruh pawagam di Indonesia sempena kedatangan Ramadan ini dikatakan sebagai filem termahal dalam sejarah penerbitan filem di Indonesia. Mana tidaknya, filem arahan sutradara terkenal Indonesia iaitu Fajar Bustomi dan ditulis oleh Alim Sudio serta Cassandra Masardi ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan menelan belanja kira-kira AS$12 juta (sekitar RM53,670,000).
Foto: Instagram @laudyacynthiabella
Malah dua produksi gergasi Indonesia iaitu Falcon Pictures dan Starvision telah bergabung untuk menerbitkan filem ini dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia. Memandangkan ia merupakan filem biopik, sudah semestinya ia telah digarap sempurna dengan segala aspek diberi perhatian khusus untuk memastikan penghasilan filem tersebut menepati fakta mengenai tokoh yang diketengahkan.
Foto: Instagram @buyahamkamovie
Dalam filem tersebut, Laudya Cynthia Bella perlu menjalani sesi solekan prostetik untuk memastikan wajahnya mirip dengan isteri kepada Buya Hamka iaitu Siti Raham. Menariknya, meskipun disolek seperti wanita yang sudah berumur, kejelitaan Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra disapa Bella tetap terserlah!
Menurut Bella, ia merupakan pengalaman pertama dirinya melalui proses solekan prostetik. Meskipun terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk mendapatkan efek solekan terbaik, selebriti yang juga merupakan bekas isteri Engku Emran ini ternyata puas dapat merealisasikan peranan sebagai isteri Buya Hamka yang disifatkan sebagai figura wanita yang penuh kesopanan dan berkarisma.
Mengimbas semula, Erra Fazira pernah menjalani proses solekan khas tua dalam filem Hingga Hujung Nyawa pada tahun 2004. Filem yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Datuk Yusry Abd Halim merupakan filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000. Filem ini ditayangkan pada 22 Julai 2004.
Admin rasa, wajah Laudya Cynthia Bella apabila berusia 70-an kelak mesti tidak banyak berubah memandangkan Bella seorang wanita yang mementingkan penampilan diri dan menjaga wajah dengan perawatan sewajarnya. Lihat sahaja kemulusan kulitnya dengan solekan yang minimalis, tetap anggun dan berseri. Memang awet muda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita lebih memilih untuk membeli alat solekan tanpa memikirkan keadaan kulit. Lebih parah apabila produk solekan yang dibeli tidak sesuai dengan jenis kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi rosak.
Adakah anda sedar kulit kering dan menggelupas adalah kesan daripada produk solekan yang anda gunakan? Apakata kali ini, anda cuba ubah rutin penjagaan kulit dengan pemilihan produk yang lebih sesuai dengan kulit.
Sebelum itu, anda boleh intai dahulu petua kecantikan cara tradisional.
Minum banyak air kosong untuk meningkatkan kelembapan di dalam kulit. Mungkin anda biasa mendengar tips ini tetapi ia adalah kunci kepada kecantikan kulit secara semula jadi.
2. Lebihkan makanan berunsur protein, termasuk makanan tinggi sulfur seperti bawang putih, bawang merah, telur dan asparagus. Vitamin A dan C sangat baik untuk kulit jadi diet dengan lobak merah dan aprikot patut menjadi pilihan anda!
3. Anda juga boleh mengoles minyak zaitun kerana ia mengandungi vitamin E dan sangat seusia untuk melembapkan kulit serta mengatasi masalah cela pada kulit.
Berita baik untuk anda kerana produk yang akan diperkenalkan ini boleh terus digunakan! Banyak produk kecantikan yang anda boleh beli DI SINI
HUDA BEAUTY GLOW COCO HYDRATING MIST
Semburan milky infuse daripada minyak kelapa dan air kelapa ini dapat memberi hidrasi dengan mudah pada kulit. Anda dapat rasakan kesegarannya dan dengan sekelip mata tampak lebih berseri.
SUPERGOOP SUPERSCREEN DAILY MOISTURIZER SPF 40
Buat pertama kalinya pelembap harian anda mempunyai SPF 40 dan mengandungi hidrasi intensif untuk melindungi kulit dari sinar UV, blue light dan kekeringan.
TATCHA THE RICE WASH CLEANSER
Pembersih krim pH-semula jadi dengan campuran beras dan hyaluronic acid. Pembersih wajah yang terbaik mempunyai kelebihan untuk mengunci kelembapan dan menghalang kulit dari bakteria jahat yang merosakkan.
ALPHA-H HYALURONIC 8 SERUM
Serum ini memberi berita baik kepada para wanita yang ingin menyingkirkan garisan halus dan kedutan pada wajah. dengan kelembapan yang ditawarkan dalam produk ini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk keluar rumah tanpa solekan!
SAND & SKY AUSTRALIAN EMU APPLE DREAMY GLOW DROPS SERUM
Bangkitkan kulit kusam dengan serum yang memberikan anda seri semula jadi. Jangan biarkan wajah lesu lebih menonjol. Hanya sapuan ringan pada wajah dalam kombinasi bahan lima Hyaluronic Acid yang sangat berkuasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pastinya semua tahu, isteri kepada pelakon Fattah Amin, Fazura telah lama mengusaha dan mengeluarkan jenama keluaran dirinya sendiri. Bukan sekadar berbakat besar dalam bidang seni, malah Fazura turut handal dalam selok belok perniagaan.
Dan baru-baru ini, Fazura menzahirkan rasa kesyukuran apabila tudung keluarannya disarung dan digayakan oleh Permaisuri Selangor Norashikin dalam sebuah majlis ilmu.
Apatah lagi sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dilihat cukup manis mengenakan tudung dalam setiap majlis-majlis rasmi yang dihadiri seterusnya mendapat pujian dari warga maya apabila melihat keanggunan baginda.
Fazura sebentar tadi telah memuat naik semula gambar-gambar dari Instagram @Selangorroyalofficial dengan menzahirkan rasa kesyukuran apabila baginda Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung keluaran jenamanya, jenis square satin in “Onyx” dari koleksi Black Label.
Permaisuri Norashikin berkenan untuk berangkat ke Kuliah Dhuha Perdana & Zikit Munajat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Julai 2023.
Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor dari Indonesia, Tuan Guru Prof. Hj. Abdul Somad, sementara Zikir Munajat dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Ustaz Haji AbdulKarim Almakki.
Melihat pada ruangan komen, ramai netizen memuji penampilan Permaisuri Norashikin yang begitu cantik apatah lagi baginda cukup terkenal dengan kesopanan dan sikap mesra dengan rakyat.
NONA mendoakan semoga baginda Sultan Selangor dan Permaisuri selangor terus diberi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.