Biarpun berita perkahwinan kali kedua bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina sudah berlalu tetapi rasanya ramai yang masih belum move on.
Iyalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba Mizz Nina mengumumkan di akaun Instagramnya bahawa dia sudah bernikah dengan jejak pilihan hatinya, Essam Muhammad.
Essam merupakan penyanyi rap keturunan Maghribi yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat. Selain bergelar penyanyi rap, Essam juga seorang penulis lagu genre hip-hop.
Essam juga aktif melakukan aktiviti dakwah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan.
Selain gembira dengan berita itu, warga maya turut teruja nak tahu siapakah lelaki yang telah berjaya menambat hati Mizz Nina. Kalau dah jodoh, jauh macam mana pun tetap bertemu jua pada masa yang tepat.
Penampilan sederhana serba putih Mizz Nina dan suami turut menjadi perhatian. Berseri-seri pasangan pengantin ini, sejuk saja mata memandang. Penulis turut tertanya-tanya siapakan pereka yang menghasilkan busana perkahwinan mereka itu.
Persoalan itu akhirnya terjawab apabila baru-baru ini pereka fesyen dari Malaysia iaitu Ezzati Amira berkongsi hantaran di Instagramnya.
Bagi yang mengenali jenama fesyen ini, ia cukup terkenal dengan signature cetakan dan motif menonjol serta pakar dalam rekaan ready-to-wear (RTW). Pengasasnya diungguli oleh seorang wanita dikenali sebagai Ezzati Amira Affandy.
Menurut Ezzati, mereka merasa amat terharu dan bangga kerana diberi penghormatan untuk mereka busana perkahwinan Mizz Nina dan suami sekaligus berpeluang menjadi sebahagian ‘orang penting’ dalam majlis terindah itu.
“Captivating elegance meets timeless beauty. Presenting the stunning @officialmizznina in our bespoke bridal creation.
“An extraordinary honor to have crafted a dream come true for the inspirational bride that we all admire.
We are humbled and grateful to be a part of your beautiful wedding. We wish you all the love and happiness, congratulations.”
Untuk info, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 43, melangsungkan majlis perkahwinannya itu secara tertutup. Ia dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat yang dipercayai diadakan di luar negara.
Mizz Nina turut memaklumkan mereka bakal mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.
Ini adalah perkahwinan kedua Mizz Nina yang pernah mendirikan rumahtangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun bercerai pada 4 Ogos 2022. Mizz Nina memiliki seorang anak angkat bernama Musa yang kini berusia hampir dua tahun.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.