Walau pun drama ‘Jangan Benci Cintaku’ sudah berakhir tapi ‘demamnya’ masih terasa hingga ke hari ini. Memegang watak Shah yang juga hero dalam drama berkenaan, Saharul Ridzwan sememangnya layak digelar superhero dalam dunia realiti. Masakan tidak, kerana mahu keluarga tersayang menjalani kehidupan selesa… aktor berusia 29 tahun ini sanggup bersusah-payah dan melakukan dua ke tiga kerja dalam satu-satu masa. Sampai demam jugalah dibuatnya.
Sebagai isteri yang menyaksikan segala kerja keras Saharul siang dan malam, Qabila Deena Emir mengakui dirinya cukup bertuah kerana dikurniakan seorang suami mithali. Meskipun kedua-duanya masih muda dan baru dua tahun melayari hidup sebagai suami isteri namun baik Saharul mahupun Deena, masing-masing matang mengharungi alam rumah tangga.
Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki tahun lalu, kehadiran Muhammad Luth Ali nyata melengkapkan lagi kehidupan pasangan romantis ini. Sabar dan memahami tugas sang suami sebagai pelakon, Deena bagaimana pun sangat berdikari dan turut membantu menambah pendapatan keluarga dengan mengusahakan perniagaan busana muslimah, Qaabila.
Terharu dengan pengorbanan suami terhadapnya dan anak mereka selama ini, Deena menitipkan rasa syukur di Instagram miliknya.
“This man. I never thought that one fine day there’s a man who will works very hard, not for himself but just to make sure my life better & happier. Sampai demam demam, buat 3-4 kerja dalam 1 masa, tidur tak menentu 2-3 jam je a day, berkorban wang ringgit (kadang-kadang duit poket sendiri pun tak ada) untuk make sure impian isteri dia tercapai. Bila saya suruh rehat, dia jawab “tak boleh nanti banyak kerja tertangguh… tanggungjawab saya banyak…” dan selalu cakap – “saya buat semua ini untuk persiapan bila saya dah tak ada di dunia ni satu hari nanti.. sementara saya kuat lagi.. sekurang kurangnya saya tahu ada something yang boleh bantu awak & Ali. Allah…
Suamiku, @saharulridzwan terima kasih for making me feel like the luckiest woman in the world every single day. I married the best husband in the world, and I thank Allah s.w.t that He made it happen. Alhamdulillah. I know I’m far from perfect, but thank you for staying with me and remaining strong amidst the challenges. You are the best thing that’s ever happened to me (plus my adorable son) and I look forward to spending many more happy years with you & our kids.
Semoga Allah s.w.t beri ganjaran syurga tertinggi untuk awak sayang. I LOVE YOU.”Alhamdulillah, mana-mana isteri pun pasti tersentuh bila dapat layanan sebaik yang diberikan suami seperti Saharul ini. Apa-apa pun, kunci utama dalam kebahagiaan sesebuah keluarga adalah kesabaran yang diikuti dengan rasa hormat dan memahami sikap serta kekurangan pasangan masing-masing.
Sumber: Instagram Deena Emir
This website uses cookies.