Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan saja dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari Adira juga gemar memuat naik momen bersama anak-anak tersayang.
Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial peserta program Famili Duo ini!
Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!
Lapan tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata comel.
Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka dan 10 Mac lalu genap enam tahun usia puteri sulung Adira ini.
Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.
Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”
Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.
Manakala anak ketiga pula dinamakan Anggun. Begitu juga anak bongsu yang lahir pada September tahun lalu yang diberi nama Ayub. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.
Walau sudah mempunyai empat anak namun penyanyi berusia 32 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/dekat-media-sosial-itu-adalah-diri-saya-sendiri-buat-content-dengan-anak-video-adira-suhaimi-jadi-tarikan/
This website uses cookies.