Sejak Shila Amzah melahirkan cahaya mata sulung tahun lalu memang agak jarang melihat kelibat penyanyi ini di majlis-majlis hiburan. Barangkali kerana Shila sibuk menguruskan
suami dan bayi comelnya ketika ini. Pun begitu, anak kepada penghibur Datuk Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala ini aktif mengemaskini media sosial miliknya dan seringkali berkongsi rutin harian di samping keluarga dan anak tersayang. Menerusi perkongsian Shila, kelihatan permata hati yang diberi nama Seth Uwais ini membesar dengan sihat dan ceria. Terhibur tengok telatah anak kecil ini ditambah pula dengan wajah comel serta gebunya. Geram!
Melihat susuk tubuh dan pipi gebu Seth Uwais dengan gelak tawanya setiap kali diagah jelas memperlihatkan betapa anak kecil ini mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Apatah lagi, kehadiran Seth Uwais sebagai penyeri rumah tangga amat dinanti-nantikan Shila dan suami selama ini. Sudah tentu bayi comel ini ditatang bagai minyak yang penuh.
9 Februari lalu, Shila dan Haris berpeluang mengadakan majlis akikah anak tersayang. Pada majlis tersebut, keluarga kecil ini memilih persalinan rona putih bersih sepadan dengan pelamin akikah yang indah khas buat Seth Uwais. Mengimbas kembali kelahiran Seth Uwais Haris Idraki, Juara Asean Wave 2012 ini selamat melahirkan zuriat sulung pada tanggal 31 Ogos 2019 yang jatuh pada sambutan Hari Merdeka dan Awal Muharram secara pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
https://www.instagram.com/p/B9oxdAIJ3Wu/
Yang pasti, momen melahirkan Seth meninggalkan 1001 kenangan buat Shila. Kongsi Shila selepas selamat bersalin, “Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan Seth Uwais bin Haris Idraki. Sha dinasihatkan untuk berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour.”
Membuat pendedahan itu, ramai peminat setianya bertanyakan keadaan diri Shila waktu itu. “Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy. Sha just tak dapat nak breastfeed betul-betul lagi sebab c section ni sangat tak selesa nak bf. Hari ni gagahkan diri juga untuk bangun. Keluarkan segala tiub from my body.
Anyways banyak orang tanya kenapa Sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh Sha failed untuk dilate sampai habis walaupun dah diinduced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon. Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night. And I’ve been contracting tinggi sangat-sangat. Before amek Pitocin bukaan Sha 4cm je so me and Haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.
Tak sakit sangat pun bila jarum tu masuk kat belakang, doktor cakap dengan Sha supaya duduk, peluk bantal dan jangan gerak. So I didn’t move at all. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki. Honestly after days of contractions Sha rasa relieved sangat bila dapat epidural tu.”
https://www.instagram.com/p/B-O2AsOjFo0/
Nona ingat lagi, beberapa hari sebelum Shila melahirkan anak beliau masih aktif menyanyi dan gemar menyediakan masakan sendiri di rumah. Tidak sekadar hebat di atas pentas, Shila juga berbakat dalam dunia masakan. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Moga dengan kehadiran Seth Uwais membuatkan Shila semakin bersemangat untuk kembali aktif menyanyi dan meneruskan kerjayanya sebagai penghibur.
Sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, Shila Amzah turut terlibat menyumbang suara untuk lagu pesanan khidmat masyarakat ‘Jangan Keluar’ bersama beberapa selebriti tanah air antaranya Alvin Chong, Hafiz Hamidun dan Bella Astillah.
Kredit: Instagram Shila Amzah