Kagum dengan semangat dan aura positif usahawan Leeyana Rahman. Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup, dia tetap optimis dan menerima takdir Allah dengan berlapang dada. Tak hairanlah empayar yang dibina lebih sedekad bertapak kukuh dalam industri dan berkembang maju sampai sekarang.
Pemilik nama Nur Liyana Abdul Rahman atau mesra disapa Yana ini genap meniti usia 34 tahun pada 2 Ogos lalu. Istimewanya sempena meraikan ulang tahun kelahiran, suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid membuat kejutan hari lahir di sebuah restoran eksklusif.
Yana yang anggun berbusana merah tampil sedondon dengan suami tercinta. Malah kenalan rapat usahawan ini turut kelihatan meraikan momen istimewa berkenaan.
“I’m officially 1/2 x [ 28 + 60 + (39 – 8 – 51) ] years old today. Happy birthday to me. Doakan semoga NUR LIYANA ABDUL RAHMAN dijauhkan dari penyakit yang paling bahaya, penyakit terlalu cintakan dunia hingga takut untuk menghadapi mati.”
Wanita cekal ini juga menzahirkan penghargaan atas usaha suami tersayang yang bersusah-payah menjayakan hari lahirnya.
View this post on Instagram
“Wanita gila mana yang hubungannya sudah diuji berbagai macam ujian, tapi dia masih bertahan dan rasa sayangnya tak pernah pudar, malah jatuh cinta berulang kali kepada lelaki yang sama.
Another year of blessings and lesson. Happy birthday to me and thankyou suami for your efforts.”
Difahamkan Yana turut menerima seutas jam tangan jenama Cartier daripada Hafiz. Jam berwarna merah tersebut khabarnya mencecah nilai sehingga RM150,000!
Usahawan Leeyana Rahman ini sedang hamil anak ketiga. Hasil perkongsian hidup hampir 11 tahun bersama Hafiz Abdul Hamid, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.
Semoga empayar Leeyana Rahman terus sukses dan rumah tangga Yana serta Hafiz dilindungi Allah SWT sampai ke syurga.