“Terima Kasih Buat Anak-Anak Happy,” Ridzuan Hashim Meninggal Dunia, Momen Sambut Raya Bersama Tahun Lalu Undang Sebak!

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat Didie Alias dan lima anaknya dengan bekas suami, Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir pada 1.57 tengah hari tadi.

Sebak apabila pelakon wanita Didie Alias memaklumkan berita sedih tersebut di media sosial miliknya. Dalam perkongsian video yang dimuat naik itu, dia dilihat berada di perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Memetik laporan Astro Awani, pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim yang juga pelakon berusia 62 tahun itu dimaklumkan anak saudara Allahyarham iaitu Kamarul Izham Ahmad Badri.

Pastinya yang paling terkesan atas pemergian Allahyarham ialah lima anaknya hasil perkongsian hidup arwah bersama Didie Alias.

Masih ingat betapa satu keluarga ini bahagia dan teruja dapat meraikan lebaran bersama-sama selepas 20 tahun tidak dapat berbuat demikian selepas ibu bapa mereka berpisah.

Mengenang kembali detik itu, anak sulung Allahyarham iaitu Nur Dhaniyah ada berkongsi momen terindah sambut raya pada Mei 2022 di Instagram miliknya bersama ibu dan bapa tersayang.

Dhaniyah pelajar cemerlang https://www.nona.my/sambung-master-waktu-anak-baru-4-bulan-dhaniyah-guna-pengaruh-anak-selebriti-cetus-inspirasi/

Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn

Dhaniyah menzahirkan rasa gembiranya dapat beraya bersama ibu dan bapanya bersama-sama buat pertama kali selepas ibunya berpisah dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 2002.

20 years later..Siapa sangka, dulu terpaksa ambik turn nak beraya dengan mamy ke ayah dulu eh. Nak kena jaga hati dua-dua walaupun ada yang terasa,” tulis isteri kepada Mohd Razi Shahriman yang telah 20 tahun menanti detik bahagia ini.

Tambahnya lagi, “Impian semua anak-anak daripada “broken family” untuk satukan mak dan ayah mereka. Mungkin nampak macam broken family

untuk semua, tapi bagi kami love and care daripada mamy dan ayah, dua-dua kami dapat walaupun mereka tak together.

Walaupun stigma orang tentang broken family ini kata anak-anak akan terabailah, anak-anak memberontak, anak-anak tak cukup kasih sayang. It may be broken to some, but not to us.

Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn

Thank you mamy, ayah and daddy sebab selalu ingatkan kakak dan adik-adik tentang tanggungjawab kami dengan mak dan ayah. Never once kami rasa kami daripada broken family. We’re still a family but not together je.

Tapi hari ini dalam sejarah, setelah 20 tahun penantian, kakak dan adik-adik dapat beraya dengan satu family, priceless! And we should hold on to this moment forever.

Terima kasih sebab buat anak-anak happy. Terima kasih sebab buat semua ini untuk kami. Kami tak mintak banyak, tapi saat ini yang kami tunggu dari tahun 2002 sampai hari ini.

Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn

Percayalah, mak dan ayah mungkin boleh bercerai, tapi bukan mak dan ayah dengan anak-anak. Jangan putus harapan, jangan putus doa.”

Semoga Allahyarham Ridzuan Hashim ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Share
Published by
Suzi