Setelah sekian lama tidak berkongsi gambar bertiga, akhirnya baru-baru ini aktor kacak Ashraf Muslim memuat naik beberapa gambar bersama dua isteri kesayangannya, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.
Gambar tersebut diambil ketika meraikan ulang tahun kelahiran Anas yang ke-7 tahun. Anas merupakan anak Ashraf bersama isteri pertamanya, Dayana. Majlis tambah meriah dengan kehadiran anak-anak Ashraf yang lain.
“10 Disember 2022 genaplah anakku Anas Ashraf berumur 7 tahun. Dah makin besar Anas, makin besar makin sensitif dan lebih faham tentang kehidupan. Ayah doakan semoga anakku Anas menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak yang baik, berjaya dalam pelajaran dan sukan, serta berjaya dunia dan akhirat. We love you Anas! Happy birthday yang ke 7 anakku Anas Ashraf!”
Manakala kedua-dua ‘bidadarinya’ tampil manis dengan solekan sederhana serta warna baju senada iaitu merah dan putih. Manakala Ashraf segak berkemeja dan berseluar denim walau bahu kirinya masih beranduh akibat kecederaan lalu.
“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteri ku yang ku sayangi yang sentiasa membantu ku dalam susah senang kehidupan ini.”
Ashraf turut meluahkan bahawa dia amat menyayangi Dayana dan Sakinah serta mengharapkan agar hubungan mereka sekeluarga diberkati dan disayangi Allah SWT.
“Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan dariNya. Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.”
Perkongsian Ashraf itu mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga. Namun, ada juga yang berseloroh meminta tip beristeri dua.
“Indah.. bahagia. harmoni so sweet… Tolong tunjuk ajar ku sifu”
“Happy family till Jannah”
“Suka tengok famili Ashraf semoga meanjadi contoh pada yang lain & sentiasa bahagia dunia akhirat”
“Abang, mintak tips 1,2 jadi laa..”
Untuk info, Ashraf dan Dr Dayana berkahwin pada Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia 7 tahun.
Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim
This website uses cookies.