Sepanjang 3 bulan berjuang mengekang penularan wabak COVID-19, seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi pengorbanan para petugas barisan hadapan. Kita umpama sebuah keluarga besar yang cekal dan sabar mengharungi saat sukar ini bersama-sama.
Sehinggalah 10 Jun 2020 telah menjadi detik ‘keramat’ yang dinanti-nanti oleh semua apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula. Kes baharu kian menurun, lebih banyak kelonggaran diberikan oleh kerajaan.
Salah seorang petugas barisan hadapan, Dr Nurul Huda Mohd Zainol atau Dr Huda pernah berkongsi pengalaman meruntun jiwa ketika menjaga pesakit COVID-19 di awal penularan wabak ini (baca artikel sebelumnya, KLIK SINI).
Dua hari lalu, Dr Huda kembali berkongsi coretan ringkas di akaun Facebook miliknya, Huda Ninol II. Walaupun tempoh 3 bulan itu sangat menduga namun jauh di sudut hatinya berasa sebak ketika terkenangkan memori suka duka sepanjang berada di wad pesakit COVID-19.
SEBAK
“When this over, you surely will be missing all those good memories in fighting COVID-19 with nation. Sejarah terlakar. Sekarang ada satu cerita lagi untuk anak cucu selain cerita darurat di Mesir.
Berjuang selama 3 bulan, Perdana Menteri mengumumkan kini masuk fasa pemulihan. Sedikit sebanyak rasa sebak di hati. Jumlah pesakit juga makin berkurang.
Ads
Aktiviti harian rakyat berjalan semula. Tipulah kalau kata kami tidak takut kalau ada kenaikan kes. Tetapi kami tetap akan sedia membantu. Kerana itulah janji kami dari sekolah perubatan lagi.
Antara momen-momen di wad pediatrik.
Terima kasih warga Malaysia dan seisinya. Sesungguhnya tempoh PKP adalah sangat mencabar. Begitu ramai dihentikan kerja, hilang punca pendapatan dan banyak lagi. Tetapi ketahuilah keadaan Malaysia hari ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua.
BANGGA BERGELAR DOKTOR Hari pertama bila tahu kena join team COVID-19, minta Mak potongkan rambut sependeknya. Sungguh, itulah pertama kali aku berambut pendek sebab hendak mudah pakai PPE. Pakar dan juga ahli perubatan lain turut memotong rambut. Demi perjuangan baru ini!
Ads
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bergelar seorang doktor. Doakan semua kakitangan kesihatan yang ada di sini mendapat kebaikan dalam kerjaya. Moga Allah SWT merahmati semua jasa doktor yang memerah keringat siang dan malam menjaga pesakit.
Detik ketika Dr Huda berpindah dari Pulau Pinang ke Selangor dalam masa singkat demi tugas.
Kepuasan itu yang menyebabkan ada daya dalam kehidupan ini. PadaNya ku bersujud menjadikan hati ini ikhlas seikhlasnya bekerja.”
Dua insan tersayang yang dirindui oleh Dr Huda.
Terima kasih dan tahniah buat para petugas barisan hadapan atas komitmen yang diberikan demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
Ads
Apa pun kita terus budayakan kehidupan baharu dalam kehidupan seharian seperti menjaga kebersihan dan penjarakan sosial dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Semoga wabak ini beransur hilang seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Tanggungjawab mengawal penularan wabak COVID-19 kini terletak di bahu kita semua.
Kredit: Facebook Huda Ninol II
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan industri fesyen Muslimah yang melimpah dan telah menyuntik keghairahan pereka fesyen memasyhurkan karya patuh syariah. Interpretasi lakaran kanvas yang dizahirkan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Blancheur, Datin Haslinda Abdul Rahim, menggambarkan inspirasi dan cita rasa dalam kelasnya yang tersendiri.
“Memang saya akui perkembangan fesyen Muslimah kini semakin meriah dan terdapat pelbagai pilihan jenama. Secara jujurnya saya mula melibatkan diri dalam industri fesyen Muslimah pada tahun 2015. Jenama Blancheur hadir untuk mengetengahkan modest wear yang premium.
Namun, apabila banyak permintaan yang mahu memiliki mutu dan kualiti yang sama tetapi dengan harga yang mampu milik, jadi saya melahirkan jenama Arjana pula pada tahun 2017. Arjana ini menyasarkan pasaran tempatan dengan harga mampu milik dan saya masih menetapkan kualiti yang sama seperti kualiti premium. Jadi selepas itu semua orang boleh memiliki telekung solat hasil rekaan kami yang mementingkan rekaan dan keselesaan pada muka. Kami adalah pereka pertama yang membuat telekung muka yang tidak berkedut-kedut.
Kita nak berfesyen boleh tidak boleh keterlaluan sangat lebih-lebih lagi pakaian dibawa solat. Mula-mula idea saya nak buat modest wear ini adalah untuk kenalkan industri hijab kita ke luar. Pakaian solat pula lahir apabila saya terfikir apabila menyarung pakaian seharian kita mahu nampak elok, oleh itu pakaian sembahyang juga mahu kelihatan cantik dan kemas. Ini yang menyebabkan kami mementingkan pakaian solat juga,” bicara Datin Linda lembut.
Di awal kelahiran Blancheur menyasarkan untuk pasaran luar negara. Tahun pertama penubuhan telah menyertai beberapa pertunjukan fesyen di peringkat antara bangsa. Di antara pertunjukan fesyen yang telah disertai adalah Nanjing Fashion Week 2015, Mercedes Benz Malaysia Fashion Week 2015 Global Launch di Paris, Islamic Fashion and Design Council’s (IFDC) Modest Fashion Showcase di Dubai 2015 (seiring dengan jenama antarabangsa seperti DVF dan Armani), Mercedes Benz Stylo Asia Malaysia Fashion Week Gala 2015 dan Malaysia Fashion Week 2015 (ketika ini Blancheur memenangi anugerah International Exhibition Award).
“Ramai juga yang bertanya apa faedah menyertai pertunjukan fesyen di luar negara. Sebenarnya di awal penubuhan Blancheur memang sasaran kami adalah untuk pasaran luar negara. Jadi apabila kami menyertai pertunjukan fesyen di negara luar telah membuka mata orang luar untuk melihat hasil kreativiti kami. Melalui pertunjukan fesyen di sana juga kami telah mendapat tempahan seperti di Shanghai, Singapura dan London. Jika jenama lain memulakan langkah perniagaan di pasaran tempatan, kami pula bermula di luar negara. Itu yang membuatkan kami berbeza,” tutur Datin Linda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan penyanyi Ed Sheeran sememangnya mencipta fenomena tersendiri sekitar awal tahun 2000. Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu seperti Bad Habitss, Shape Of You, Photoraphs dan banyak lagi juga turut pernah memenangi empat anugerag Grammy termasuk Grammy termasuklah Song Of The Year untuk lagu Thinking Out Loud.
Namun, lagu tersebut dikatakan diciplak dari lagu asal Martin Gaye berjudul Lets Get It on dan isu ini semestinya memberikan impak terhadap perjalanan karier Ed yang berterusan menafikan dakwaan tersebut.
Kredit foto: Instagram @teddyphotos @rollingstone
Dan hari ini, Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memutuskan lagu popular Ed Sheeran, ‘Thinking Out Loud’, bukan satu naskah yang diciplak daripada lagu ‘Let’s Get It On’ yang dihasilkan pada tahun 1973.
Keputusan itu sekaligus menamatkan kes saman pelanggaran hak cipta yang difailkan anak penulis lagu tersebut, Kathryn Townsend Griffin.
Ed Sheeran sifatkan keputusan itu akan membantu melindungi proses kreatif untuk penulis lagu di AS dan seluruh dunia. Beliau sejak awal menafikan mencuri elemen dari lagu ‘Let’s Get It On’ untuk naskah ciptaannya.
“Saya gembira dengan keputusan kes ini dan ini bermakna saya tidak akan bersara dari karier saya. Tetapi saya kecewa tuduhan tidak berasas ini dibawa ke mahkamah.
“Kami menghabiskan masa lapan tahun bercakap mengenai dua lagu yang mempunyai lirik, melodi berbeza dan empat kord yang berbeza yang digunakan oleh penulis lagu di seluruh dunia.
“Empat kord ini digunakan lebih awal sebelum ‘Let’s Get It On’ ditulis dan akan terus digunakan untuk tempoh yang panjang. Sekiranya juri memutuskan sebaliknya, kami mungkin akan ucapkan selamat tinggal kepada kebebasan bagi penulis lirik,” katanya.
Sebelum ini waris penulis lagu ‘Let’s Get It On’ mendakwa Sheeran, kumpulan Warner Group dan Sony Music Publishing bertanggungjawab ke atas dakwaan pelanggaran hak cipta.
Lagu ‘Thinking Out Loud’, tulisan Ed Sheeran cipta populariti global pada tahun 2014.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukan bola sepak sememangnya sukan yang memerlukan kerjasama berpasukan untuk mencipta jaringan untuk menjadi juara. Setiap individu yang berada dalam sebuah pasukan memainkan peranan penting termasuklah para pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan dan juga ahli lembaga pengarah.
Di sebalik sukan yang sering didominasi oleh kaum lelaki, kelibat seorang wanita yang menggalas tugas penting sebagai penganalisis pasukan turut mencuri tumpuan. Bekas pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras memainkan peranan penting dalam pasukan JDT dan merupakan antara tulang belakang kepada kejayaan Harimau Selatan.
Kini, bekas pemain futsal ini meneruskan kariernya di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dilantik sebagai pakar analisis salah sebuah kelab di saingan tersebut.
Menurut perkongsian Haydee di laman media sosial Instagram miliknya, beliau menyertai Brentford dan sudah memulakan tugas sejak awal bulan Januari lalu.
“Saya memulakan langkah dan ianya terus memberikan peluang kepada saya untuk mengembara ke seluruh dunia. Bulan Januari dimulakan dengan tugas saya sebagai Pakar Analisis bersama Brentford,” kata Haydee Agras.
Haydee meninggalkan JDT pada Julai 2022 lalu dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta bekas ketua jurulatih pasukan, Benjamin Mora sepanjang berkhidmat bersama kelab tersebut.
Mesti ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya tugas yang digalas oleh Pakar Analisa seperti Haydee ini. Menurut pengguna Twitter, @syazrulaqram, Haydee Agras menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.
Selain bertugas menganalisis prestasi setiap pemain, dia juga bertanggungjawab menganalisis corak perlawanan pihak lawan yang akan menentang pasukan. Bidang data, statistik dan analisis merupakan antara tulang belakang dalam pembangunan bola sepak dan memerlukan kemahiran dalam matematik model dan reka bentuk.
Agras, 38, merupakan bekas pemain bola sepak futsal wanita untuk kelab Burela dan pernah bertugas untuk sebuah syarikat statistik Rusia, InStat yang menyediakan analisis untuk beberapa kelab ternama. Dia juga telah menghasilkan analisis prestasi untuk Copa Libertadores, Piala Dunia, Piala Afrika, liga Timur Tengah dan banyak lagi. Sememangnya skill yang dimiliki oleh wanita ini tidak boleh disangkal lagi!
Agras mempunyai Ijazah dalam Aktiviti Fizikal dan Sains Sukan daripada UCAM dan memulakan kariernya sebagai pembantu di kelab futsal, ElPozo Murcia FS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.