Tersentuh tengok kejutan Janna Nick sempena ulang tahun kelahiran ibunya dua hari lepas. Dalam usia yang masih muda, kaya dan ternama, anak kedua daripada empat beradik ini tidak lupa membalas jasa dan pengorbanan ibunda tercinta. Walau sedar pemberian itu tidak mampu menandingi curahan kasih sayang seorang ibu, namun sekurang-kurangnya sebagai anak dapat juga membahagiakan hati wanita teristimewa ini.
Berdasarkan video berdurasi 1 minit yang dikongsi dalam Instagram, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner kelihatan sebak meraikan hari lahir Puan Shasha atau lebih dikenali sebagai Mama Scha.
“Semoga mak happy selalu. Apa je yang angah buat dalam dunia ni semua untuk mak, bukan untuk orang lain, bukan untuk siapa-siapa sebab angah sayang mak. Semoga mak panjang umur, sihat selalu. Tak ada benda dalam dunia ni yang boleh buat angah happy selain tengok mak happy .. sebab angah tak tahu apa jadi kalau mak tak ada. Happy birthday, love you.”
Malah, kapsyen yang ditulis aktres berusia 23 tahun ini menjelaskan betapa dia menghargai jerih-perih seorang ibu.
Happy birthday @mamascha_
I love you more than you know…
I love you more than anything…
Because you’re too precious..
The love that I can’t buy
Only 4 of us forever
Sempena ulang tahun kelahiran ke-44 pada 14 Januari lalu, ibu bertuah berkenaan turut menerima hadiah sebuah kereta mewah berwarna hitam daripada Janna Nick. Dalam video berkenaan juga kelihatan adik Janna Nick iaitu Balqis menyerahkan kotak berwarna biru berisi kunci kereta kepada ibu mereka. Sambil menunjukkan reaksi bingung dan terkejut, Puan Shasha menitiskan air mata gembira.
Sweetkan? Tanpa ibu, siapalah kita. Pastinya mana-mana ibu pun tidak mengharapkan hadiah mewah seperti yang diberikan Janna Nick ini. Tapi kalau sudah berkemampuan, apa salahnya. Paling penting, jangan jadikan hadiah sebagai ukuran kasih sayang terhadap kedua-dua ibu bapa. Sebaliknya, ingatan dan keprihatinan anak terhadap mereka mesti diutamakan.
Moga keikhlasan Janna Nick membahagiakan hati ibu membawa rahmat dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah kelak.