Pembukaan tahun 2021 membawa seribu makna buat Ratu Squasy Negara apabila menerima pencalonan di World Games’s Greatest Athlete Of All Time. Datuk Nicol Ann David merupakan salah seorang di antara 24 atlet sukan dunia yang mendapat pencalonan tersebut. Juara squasy dunia ini menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan yang diterimanya.
“It means so much to me as a retired athlete to continue to receive beautiful words, thoughts and encouragement from you,” kongsinya. Menurut The World Games
, peminat ahli sukan boleh mengundi atlet kegemaran mereka sejak 8 Januari lalu dan akan berakhir pada 1 Februari 2021. Buat masa ini nampaknya Datuk Nicol David telah mendahului pencalonan lain dengan mendapat 146,447 undian (ketika artikel ini ditulis). Beri sokongan dengan mengundi perjuangan Datuk Nicol David dalam dunia sukan di sini.Sejak mengumuman untuk bersara dalam sukan squasy sedikit masa dahulu, Datuk Nicol David telah mula merancang untuk menyumbang bakti kepada masyarakat khasnya atlet tempatan dengan memberi inspirasi kepada mereka. Beliau juga mahu giat menjalankan program motivasi bersama atlet tempatan bagi memajukan bidang sukan masing-masing.
Sumbangan dan bakti Datuk Nicol David terhadap negara telah mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan di Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena ulang tahun ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2019.
Datuk Nicol David mula menceburi sukan squasy ketika zaman remaja, dan kini mampu tersenyum bangga apabila tersenarai dalam 10 pemain squasy wanita dunia selama 177 bulan atau lebih daripada 14 tahun. Kejayaan itu sekali gus memecahkan rekod pemain squasy dalam kategori wanita dan lelaki. Lebih istimewa apabila ranking kategori lelaki yang disandang Gregory Gaultier dari Perancis pun hanya 154 bulan!
Title The Top All Time Unbroken Streak Rank In The World Top Ten itu juga menyaksikan Datuk Nicol David berjaya menjadi yang terbaik dalam kalangan 10 pemain teratas sejak Januari 2004 hingga September 2018. Menewaskan pencabar terdekatnya dari Australia, Liv Irving yang tersenarai selama 142 bulan.
Paling membanggakan, Datuk Nicol berjaya mempertahankan gelaran Ratu Squasy dunia selama 9 tahun, memegang rekod World Championship sebanyak 8 kali, memenangi pingat emas kelimanya dalam Asian Games dan merangkul kejayaan dalam 51 kejohanan yang disertai selama 13 bulan!
Masa PKP usah lupa bersenam dan bagi yang mencari kasut sukan boleh lah tengok kat sini.
This website uses cookies.