Berjiran dengan salah satu negara termahal di dunia, tentu bukan senang mahu mencari penginapan terbaik dan sesuai dengan bajet kita. Disebabkan itu, ramai pelancong tempatan yang lebih suka ‘balik hari’ bila ke Singapura, betul tak?

Tapi sebenarnya, ada satu hotel yang mungkin sesuai dengan bajet anda. Hotel Holiday Inn Express Singapore Clarke Quay ini bukan saja terletak di kawasan sentral, malah selesa dan paling menarik, sangat berpatutan!

Ads

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

Lokasinya hanya sedekat berjalan kaki ke Central Business District, Robertson Quay, Clarke Quay, China Town dan Marina Bay Sand yang impresif.

10 Sebab Anda Harus Menginap Di Sini

(1) Satu-satunya Holiday Inn Express di Asia Tenggara dengan kolam renang infiniti dan jakuzi, sepanjang 40 meter dengan pemandangan bandar yang menakjubkan.

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

(2) Terletak di lokasi prima bagi pelancong yang suka menikmati makanan tempatan dan kehidupan malam. Stesen MRT juga ada berdekatan untuk membawa anda ke Gardens by the Bay, Sentosa, the Botanical Gardens serta banyak lagi.

(3) Pusat kecergasan dibuka 24 jam dengan pemandangan bandar. Terdapat banyak kemudahan dan peralatan gimnasium terbaik untuk digunakan.

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

(4) Kemudahan mewah di bilik seperti di hotel premium. Bilik-biliknya luas dan terang dengan tingkap besar dari siling ke lantai. Katil dan bantal juga berkualiti tinggi dengan keselesaan yang tiada tandingan.

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

Ads

(5) Teknologi berguna buat pelancong, termasuklah telefon pintar yang dicas penuh di setiap bilik. Ia boleh digunakan untuk membuat panggilan antarabangsa tanpa had. Terdapat juga stesen docking iPod dengan jam penggera, pemanas dalam bilik, sistem kawalan penghawa dingin dan TV flatscreen dengan saluran satelit.

(6) Sesuai untuk pelancong yang tidak membawa banyak barangan, setiap bilik di hotel ini menyediakan kelengkapan bilik mandi yang lengkap termasuk pengering rambut dan selipar bilik. Tuala kolam renang juga turut disediakan.

(7) Perkhidmatan hotel yang mesra dengan kebersihan yang spotless. Pengalaman anda di Kota Singa ini pasti tambah indah dan bermakna!

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

Ads

(8) Kemudahan mesra perniagaan seperti komplimentari internet berkelajuan tinggi serta akses ke mesin pencetak di hotel. Anda boleh menggunakan kemudahan di business centre sepanjang 24 jam atau bilik mesyuaratnya yang kondusif.

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

(9) Nikmati menu Continental secara all you can eat setiap hari. Anda boleh menjamu selera di restoran sarapan sahaja iaitu Great Room atau bagi yang suka pilihan Grab & Go, ada sarapan sesuai disediakan.

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

Teringin Bawa Famili Bercuti Di Singapura? Hotel Bajet Ini Mungkin Pilihan Yang Paling Sempurna

(10) Jika anda mendaftar masuk pada hari Khamis, Jumaat atau Sabtu, anda berpeluang menikmati pakej Staycation iaitu mendaftar masuk seawal jam 12 tengah hari dan mendaftar keluar selewat 3 petang serta tempat letak kereta percuma.

Jadi tunggu apa lagi, jom bawa famili berlibur di Singapura! Harga bilik penginapan bermula dari SGD 153 (RM480) ke atas. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI