Keterbatasan ruang dalam menyimpan busana milik anda bersama pasangan di dalam sebuah almari pakaian semata pastinya tidak akan cukup. Di dalam perebutan jajahan takluk di dalam almari pakaian semestinya wanita sering menjadi wira rentetan senjata dalam penampilan mereka jauh lebih banyak berbanding lelaki.

Ads

Hakikatnya, sebesar manapun saiz almari baju anda, jika menjelang jualan mega apalagi wanita seringkali terpedaya akan rayuan tawaran belanja dengan nilai yang rendah membuatkan anda selalu beralah dan terus menghimpun koleksi pakaian yang kian bertambah. Tidak termasuk di musim perayaan yang memerlukan pelbagai busana harus ditempah untuk ke rumah terbuka mengakibatkan kapasiti penyimpanan di almari juga semakin padat.

Mungkin anda harus mencari idea dalam memastikan segala aksesori, pakaian dan juga tas tangan anda di susun kemas di dalam sebuah almari pakaian. Jika kamar anda terlalu besar dan cukup ruang, mendirikan sebuah walk in closet adalah pilihan yang paling tepat. Pintalah pada yang tersayang agar kurniakan sebuah ruang untuk menyimpan pakaian, sepatu, bag tangan dan juga dijadikan sebagai tempat untuk berhias.

Teringin Nak Ada Ruang Khas Begini, WALK IN CLOSET Nampak Cantik Jika Kena Susun Aturnya!

Ads

Sebelum merencanakan kepada yang tersayang, apa kata anda cuba senaraikan beberapa hal yang harus dipertimbangkan dalam membina sebuah walk in closet ini. Paling tidak, anda usulkan cadangan yang bijak dan tersusun untuk pulangan yang benar-benar menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Ads
  • Tentukankedudukan ruang yang akan digunakan untuk mendirikan walk in closet ini. Buat mereka yang mempunyai saiz kamar peraduan yang terhad, walk in wradrobe ini juga boleh didirikan di sebuah bilik khas dengan syarat  tanpa mengorbankan ruangan utama lain. Namun kebiasaanya posisi walk in closet ini paling ideal semestinya di kamar utama.
  • Walk in closet ini bukanlah satu keperluan yang sengaja di ada-adakan di kamar anda. Berbalik kepada syarat utama, kehadiran walk in closet ini untuk mereka yang mempunyai lambakan busana dan tidak mempunyai ruang yang luas untuk menyimpannya. Sebaiknya, sediakanlah senarai barang yang harus digandingkan diruang ini. Hal ini termasuklah koleksi tas tangan, aksesori dan sepatu yang menentukan kadar ruang penyimpanan walk in closet ini.
  • Tentukan kemasan dan rekaan yang bakal digunakan untuk walk in closet ini adalah satu lagi cabaran yang perlu anda tempuhi. Dapatkan sentuhan pakar dalam menentukan praktikal rekaan dan penggunaan kemasan walk in closet ini. Tentukan rekaan yang bagaimana harus anda pilih. Misalnya menentukan almari ini akan dibina secara tertutup ataupun terbuka.

Teringin Nak Ada Ruang Khas Begini, WALK IN CLOSET Nampak Cantik Jika Kena Susun Aturnya!

  • Fungsi dan jenis pintu pada almari yang terdapat di dalam walk in closet ini haruslah dipertimbangkan. Buat anda yang mahukan kesan ruang yang lebih luas, pastikan anda memilih pintu geser buat almari anda. Malah, untuk ilusi ruang yang lebih terbuka, ada sebahagian rekaan menggunakan cermin pada bahagian pintu almari.
  • Saat menentukan perabot di dalam walk in closet ini, pastikan anda mencari item yang selayaknya untuk setia berada di hunian baru ini. Melahirkan kesan yang berganda, anda boleh meletakkan sebuah ottoman di sentral ruang agar lebih memberikan suasana butik di kamar anda.
  • Sebaiknya dirikan walk in closet pasang siap bersama almari, meja rias dan segala ruang penyimpanan khusus untuk aksesori agar ruang anda lebih praktikal. Skema warna dan pemilihan corak pada permukaan kemasan juga haruslah selari bersama konsep gaya kamar yang anda cuba tonjolkan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI