Teringin Pakai Tudung Ramadan Ini, Cantik MAWAR RASHID Berhijab!

Tidak dinafikan, memang cantik dan manis Mawar Rashid apabila mengenakan hijab. Tengok gaya dan lilitan tudungnya seolah-olah bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini sudah terbiasa bertudung. Apa-apa pun, Nona puji usaha Mawar untuk berhijab di bulan Ramadan ini. Mana tahu dari sekadar cuba-cuba, terus terbuka hati untuk berhijab. Lagipun Ramadan bulan penuh keberkatan. Berkat usaha dan dengan izin Allah, segala hajat dan doa tidak mustahil dimakbulkan-Nya. Moga-moga ada sinar keberkatan buat Mawar.

Berkongsi hasrat untuk bertudung di Instagramnya, isteri Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf ini meluahkan niat di hati. “Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudunglah untuk bulan Ramadan tahun ni. First time nak mencuba ni. Dah masuk bulan Ramadan dan dah puasa dah kite. Selamat menunaikan ibadah puasa semua! Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa-lawa and kedai baju yang stylo-stylo untuk hijabista gitu.”

Awal Februari lalu, Mawar bersama suami, anak dan ibunya Marinee Abdullah telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Walau mempunyai anak kecil, Mawar tetap teruja membawa Raden Muhammad Rafael. Mengimbas kembali saat pertama kali bergelar ibu, pelakon cantik tersebut selamat melahirkan bayi sulung pada 13 Mac 2019 secara normal.

Kini setelah Rafael meningkat usia setahun barulah Mawar kembali aktif dengan kerjaya seni dan lakonan. Apatah lagi, suami tercinta sentiasa menyokong minat dan apa juga keputusan Mawar. Selain bakal membintangi sebuah telemovie, selebriti cantik ini juga dilihat semakin ligat merencana empayar kosmetik, Mawarose. Dalam diam rupa-rupanya Mawar sudah pun bergelar usahawan.

Kenangan Mawar bersama ibunya, Marinee Abdullah di Mekah

Teruja berkongsi perniagaan kosmetik yang diusahakan, dia berkata, “Mawar tengah dalam perbincangan untuk masuk berlakon balik. First

lakonan saya selepas ada baby ini ialah Thank You, Kapten. Lepas habis cerita tu, Mawar ambil cuti sekejap untuk beri tumpuan menghasilkan produk Mawarose.

So far, kami dah berjaya keluarkan produk lip and cheek serum Magic Rose. Istimewanya produk ini, ia turut dijual melalui vending machine. Jadi lebih mudah untuk pembeli mendapatkan produk Mawarose.”

Mawar Rashid mendirikan rumah tangga bersama Raf pada 9 November 2017.

 

Share
Published by
Suzi