Pasti ramai kenal wanita cantik yang mempunyai trademark rambut kerintingnya itu. Kepetahan Azura Zainal berkata-kata memang tak perlu disangkal lagi dan sememangnya terbukti lantaran sering mendapat undangan untuk menjadi pengacara majlis atau host program TV. Ibu kepada seorang anak ini sering tampil lasak dan ranggi sehingga tak percaya umurnya sudahpun berusia 40 tahun.
Ads
Ketika berpeluang mengadakan temu bual suatu ketika dahulu sempat bertanyakan siapakah wanita inspirasi dalam hidup isteri kepada jurulatih seni mempertahankan diri yang berasal dari Brazil, Cristiano Genuino Da Silva ini. āSudah tentu ibu dan kakak saya adalah pencetus inspirasi. Arwah ibu sudah meninggal dunia sepuluh tahun lalu namun semangat beliau meresap ke dalam diri saya.
Beliau adalah wanita yang inovatif dan sangat kuat bekerja. Ibu adalah wanita berkerjaya dan dalam masa yang sama isteri dan juga ibu. Namun, tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Walaupun sentiasa sibuk tetapi beliau tetap mempunyai masa untuk dihabiskan bersama seperti keluar bercuti sekeluarga.
Begitu juga dengan kakak saya yang mempunyai semangat luar biasa. Wanita inspirasi saya ini tidak pernah bercakap tidak boleh untuk mencapai sesuatu yang mereka inginkan. So looking at them make me want to be like them as well, so they are my inspiration.
Keluarga saya besar. Kami tujuh adik-beradik yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan. Dalam adik beradik saya, ada seorang juruterbang, tiga orang jurutera, seorang perunding hartanah dan teknologi maklumat. Kakak saya seorang corporate trainer dan saya pula dalam bidang penyiaran.
Ibu bapa saya sangat tekankan kasih sayang dan mesti letakkan keluarga dahulu, jadi kami memang rapat! Kalau nak keluar atau buat apa-apa memang tak perlu kawan-kawan, kami sahaja dah cukup kecoh. Dua orang abang menetap di Amerika Syarikat dan setiap kali mereka balik, memang riuh-rendah di rumah. Keluarga saya macam United Colours of Benetton, pasangan masing-masing ada yang berasal Iran, Brazil, Malaysia, dan Vietnam. Jadi keluarga saya memang penuh dengan diversiti,ā tutur Azura bergurau.
Ads
Ketika diajukan tentang amalan berpantang yang dilaluinya dengan penuh yakin jawapannya, āSaya mengamalkan cara berpantang secara tradisional. Saya selesa berpantang secara tradisional kerana percaya amalan berpantang dapat memulihkan kesihatan dalaman. Walaupun suami saya bukan orang Melayu tetapi dia menghormati pilihan saya,ā jelas ibu kepada Zeydan Genuino ini sambil tersenyum.
Ads
Trivia Azura Zainal
Pernah dicalonkan 2 kali untuk Best Light Entertainment Presenter/Performer di Asian Television Awards pada tahun 2002 dan 2004 semasa menjadi TV Presenter di Walt Disney TV.
Dipilih memainkan watak Lorell Robinson untuk Broadway: Dreamgirls The Musical di Istana Budaya. Berpeluang menyanyi, menari dan berlakon!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Naluri memiliki barang kemas sentiasa bersarang dalam diri wanita kerana mampu menterjemahkan kebahagiaan yang abadi. Malah barang kemas menzahirkan rasa sayang dan cinta yang tidak berbelah-bahagi sama ada barangan kemas diperbuat daripada emas kuning, putih atau batu permata.
Pasangan pemilik jenama barang kemas dan permata terkemuka negara, Datin Sri Zarida Noordin dan Datoā Sri Meer Sadiq Habib terus komited dan berjaya menempatkan diri kelasnya yang tersendiri dalam industri ini.
Selama hampir 60 tahun Habib Jewels menawarkan emas permata kepada pelanggan sudah tentu mempunyai resipi tersendiri dalam mengekalkan namanya di kalangan peminat barangan kemas.
āSyarikat kami mempunyai warisan dan membina reputasi yang tersendiri. Mencari pelanggan tidak sukar tetapi memiliki pelanggan yang setia merupakan suatu cabaran. Oleh itu membina hubungan dan kepercayaan terhadap pelanggan sangat penting.
Kami sangat menekankan jualan selepas perkhidmatan. Selepas membuat pembelian, pelanggan bebas untuk datang kembali jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati pembelian tersebut.
Apa sahaja yang dipersoalkan pelanggan kami akan cuba menangani dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita membina kepercayaan di antara syarikat dan pelanggan,ā jelas Datin Sri Zarida.
Membawa masuk jenama antarabangsa Pandora ke tanah air merupakan percaturan yang bijak buat pasangan ini. Berjaya menjadi outlet yang pertama di Asia bukan suatu tugas yang mudah.
āJenama Pandora sudah tidak perlu diperkenalkan lagi ketika kami bermula pada tahun 2010. Saya masih ingat ketika di awal pembukaan dahulu ramai yang teruja apabila akhirnya terdapat sebuah concept store Pandora di Malaysia.
Saya bersyukur kerana segala aturan kami dipermudahkan dengan masa yang tepat dan peluang tapak perniagaan yang sangat strategik. Ini adalah antara faktor kejayaan Pandora dan telah dinobatkan sebagai salah satu francais terbaik Pandora di Asia,ā terang Pengarah Urusan Pandora Malaysia & Brunei ini.
Sebagai wanita, mengemudi sebuah syarikat yang terkenal memerlukan komitmen dan ketegasan yang padu. āSebagai seorang ketua, peranan saya adalah untuk membangunkan team atau pasukan baru yang telah terbina. Saya tidak akan boleh berjaya tanpa sokongan daripada pasukan.
Kami perlu bekerjasama demi mencapai matlamat dalam perniagaan ini. Saya selalu menekankan kepada pasukan saya untuk meletakkan diri sendiri sebagai pelanggan.
Sebagai pelanggan apa yang kita harapkan daripada jurujual dan selalu menggembirakan hati pelanggan. Khidmat pelanggan sangat penting dan saya banyak menganjurkan kursus khidmat pelanggan di kalangan pasukan saya.
Saya tidak pernah meletakkan diri sebagai seorang ketua dan mengamalkan dasar terbuka di kalangan pekerja. Mereka boleh datang berjumpa dengan saya bila-bila masa sahaja dan boleh berbual tentang apa sahaja isu.
Saya tidak mempunyai sebarang hierarki dan menganggap semua pekerja adalah sama. Saya berharap dapat memotivasikan pasukan menjadi seorang yang lebih baik.
Apabila mereka mencapai sasaran secara tidak langsung saya mencapai peranan saya sebagai seorang ketua,ā tegas wanita kelahiran Pulau Pinang ini.
Menurut ibu kepada Mirzan, Marissa, dan Mirsham ini, nilai teras yang sering diterapkan dalam diri pasukannya adalah kejujuran dan keikhlasan. Tambah Datin Sri Zarida kedua-dua nilai ini sangat dalam setiap aspek kehidupan.
Satu lagi nilai utama yang dipegang oleh wanita ini adalah setiap orang adalah usahawan. Anggap kerjaya yang diceburi merupakan perniagaan sendiri baharu semua orang boleh berjaya.
Keadaan kewangan global yang tidak menentu turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Pasaran emas juga mengalami pasang dan surut, namun Habib Jewels tetap berdiri kukuh tidak gentar dengan cabaran yang mendatang.
Datoā Sri Meer yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd berkata, āBarang kemas adalah sesuatu yang diinginkan walaupun berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kalau wanita lebih mahukan perhiasan dan lelaki pula sebagai pelaburan untuk masa depan.
Kami bukan sahaja menjual barang-barang kemas tetapi membuat sendiri barangan kemas tersebut. Kelebihan yang ada pada kami diselaraskan dengan keperluan semasa. Jika harga emas melambung tinggi kami akan membuat rekaan yang menarik tetapi lebih ringan sedikit, begitu juga sebaliknya. Percaturan ini akan membuat orang ramai mampu membeli emas walau dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Lebih daripada 3 dekad berkecimpung dalam perniagaan emas ini saya boleh kenal pelanggan dari dulu hingga sekarang. Kami juga menyediakan platform yang mudah kepada para pelanggan.
Misalnya setelah membeli emas daripada kami, tiba-tiba mahu menggunakan wang dalam jumlah yang besar dengan segera. Pelanggan boleh berurusan dengan Ar-Rahnu Express milik Habib Jewel sebuah pusat pajak gadai yang berteraskan prinsip Syariah Islam,ā jelas Datoā Sri Meer yang menerajui Habib Group ini.
Datoā Sri Meer turut menzahirkan rasa bangga apabila Habib Jewels menjadi syarikat barang kemas pertama di Malaysia tersenarai dalam Bursa Saham, pada tahun 1998. Menurutkan tersenarai dalam bursa saham ketika ekonomi sedang gawat adalah cabaran tersebar.
āJika sebelum tersenarai untung rugi perniagaan ditanggung syarikat sendiri. Tetapi apabila sudah tersenarai saya perlu menjaga pelaburan yang telah dilaburkan oleh orang yang mempercayai kepakaran kita.
Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi keadaan yang mencabar itu dan seterusnya melakar nama di papan pertama pasaran Bursa Saham. Pada saya pencapaian ini lebih kepada menunjukkan kepada ibu dan bapa serta membuat mereka merasa bangga kerana mampu melakukan sesuatu yang berbeza selain daripada menjual barang kemas semata-mata,ā terang Datoā Sri Meer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula santai dan kelakar, telatah Izara Aishah serta Tya Arifin sebagai adik-beradik dalam drama pendek ‘Bagaikan Raya’ memang membuat penonton tak kering gusi. Lebih-lebih lagi berlakon sebagai Orang Utara! Pun begitu, jalan cerita semakin lama semakin menyedihkan. Emosi mula dibuai air mata.
Gandingan dua menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam drama pendek sempena kempen Aidilfitri Mutyara ini sememangnya tidak dijangka.
Jika selama ini sering melihat Izara Aishah dan Tya Arifin bersama sebagai satu keluarga, kali ini dua pelakon jelita itu ditemukan dalam satu produksi.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin merupakan pengasas Jamu Mutyara bersama suami, Asyraf Khalid serta pernah diiktiraf sebagai penyandang Nona Most Promising Entrepreneur AwardĀ di majlis Nona Superwoman Award 2020.
Berusia 27 tahun, Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa. Beliau sebelum ini pernah menempa nama sebagai pelakon dan penyanyi di Indonesia, malah sinetron Preman Pensiun antara yang paling melonjakkan nama Tya di sana.
Sementara itu, Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin pula merupakan seorang artis terkenal berusia 29 tahun. Isteri kepada Adib Khalid dan ibu kepada seorang puteri ini memulakan kerjaya awalnya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.
“Kami dah biasa makan dan menghadiri acara bersama-sama. Bagi saya, Izara seorang pelakon yang hebat dan sangat senang bekerja dengannya.” Tya Arifin
Paling kelakar bila tengok Tya bawa watak Orang Utara, walaupun kedengaran agak kurang fasih tapi mampu dilindungi dari segi lakonannya yang mantap.
Memetik temu bual Majalah Nona bersama Tya tentang ibu-ibu mertua, rupanya banyak yang dapat dipelajari daripadaĀ karakter Datoā Sri Siti Nurhaliza dan YM Tengku Datin Sri Zawyah, umpamanya cara menjadi seorang ibu serta isteri yang baik.
āSaya ada tiga orang ibu (termasuk ibu sendiri) yang menjadi role model saya. Daripada mereka, saya belajar tentang erti kesabaran, kelembutan dan keikhlasan tanpa rasa iri hati.
Sifat Mama (YM Tengku Datin Sri Zawyah) contohnya, beliau selalu ada untuk anak-anak dan tak pernah bercakap ātidakā demi kejayaan kami semua, tahu apa kesukaan setiap anak dan always over-deliver untuk gembirakan orang tersayang.
Manakala Mak Iti pula, saya belajar erti sabar, never give up dan sentiasa membalas perkara buruk dengan kebaikan. Itulah pelajaran berharga yang saya dapat daripada ibu-ibu saya.ā
Drama pendek ‘Bagaikan Raya’ ini diinspirasikan daripada kisah duka pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan kehilangan orang tersayang. Ia boleh ditonton menerusi saluran YouTube.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya pengasas Huda Beauty sudah mula ‘detoks’ media sosial sejak ketibaan 1 Ramadan pada 24 April lalu. Mengintai laman Instagram usahawan kosmetik berjaya dunia itu, sehingga ke hari ini tiada satu posting pun yang dimuatnaik Huda Kattan di media sosial miliknya sendiri. Walhal, platform seperti Instagram, Youtube, Twitter dan Facebook inilah tempat Huda mempromosikan rangkaian kosmetik hingga berjaya meraih jutaan dollar walau tanpa butik fizikal. Kagum, luar biasa cara Huda meraikan kedatangan Ramadan dan sanggup tolak tepi urusan bisnes semata-mata untuk menghargai golongan tidak bernasib baik ketika ini.
Tanpa berselindung tentang kepercayaan agama yang dianuti dan bulan Ramadan yang disambut seisi keluarganya saban tahun, pada 23 April lepas Huda memberitahu sudah tiba waktunya untuk dia memanfaatkan masa terluang di samping insan tersayang. “Keluarga ialah perkara paling penting dalam hidup saya. Kami melakukan segalanya bersama-sama, namun sempena Ramadan kami mengambil kesempatan ini untuk ‘berehat’ dan meluangkan lebih banyak masa untuk menghargai mereka yang kurang bernasib baik.
Salah satu perkara penting yang saya dan keluarga lakukan pada #MonthOfGood ini ialah dengan memberikan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan. Ini adalah
perkara utama yang kami sekeluarga ketengahkan setiap kali Ramadan dan ia nyata ‘membuka mata’ ramai pihak. Kadang-kala kita tidak ambil kisah dengan keperluan
asas dalam hidup seperti makanan. Tapi bagi sesetengah orang, ia cukup berharga,” ujar Huda selaku Ketua Pegawai Eksekutif Huda Beauty yang kini menetap di Dubai.
Menelusuri kejayaan Huda Beauty dalam industri kosmetik dunia, Huda Kattan mengakui dia tidak melaburkan duit untuk tujuan pemasaran melaluiĀ iklan komersial di media cetak mahupun elektronik, billboard dan sebagainya. Sudah tertulis rezeki usahawan ini, walau tanpa strategi pemasaran pun bisnes mereka mampu ‘berdiri’ sendiri.
Mendekati wanita berjiwa besar di sebalik jenama bernilai jutaan dollar ini, Huda Kattan yang memiliki darah keturunan Iraq kini meniti usia 36 tahun. Keluarganya telah berpindah ke Boston ketika dia baru berumur dua tahun. Memetik laporan Vogue Arabia, Huda dilahirkan pada 2 Oktober 1983 di Oklahoma dan berketurunan Iraq daripada kedua
ibu bapanya yang berhijrah ke United Kingdom untuk mengajar subjek Biologi serta mendalami bidang kejuruteraan mekanikal.
Huda merupakan anak kedua daripada empat beradik. Kakaknya, Alya ialah 10 tahun berusia darinya dan Huda dikurniakan seorang adik perempuan dan lelaki masing-masing
bernama Mona dan Khalid. Semasa tinggal di kejiranan Boston, Huda dikenali dengan nama panggilan ‘Heidi’.
Merujuk kenyataan Huda bersama Vogue pada tahun 2015, “Saya suka dengan nama Huda tapi masyarakat di sana menganggap nama tersebut pelik. Bagaimanapun setelah berpindah ke Massachusetts, rakan-rakan menyambut baik nama Huda. Begitu juga bila mereka tahu saya berketurunan Iraq.”
Ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kewangan di University of Michigan-Dearbon, Huda berkenalan dengan Chris Goncalo iaitu suaminya hari ini. Pasangan ini
dikatakan berhijrah ke Dubai pada tahun 2006 dan menyambut cahaya mata perempuan diberi nama Nour Gisele tidak lama kemudian.
Sebelum bergelar usahawan kosmetik berjaya, Huda pernah menjadi make up artist di Hollywood dan mula didedahkan dengan produk kecantikan melalui kakaknya sendiri, Alya.
Figura yang memiliki raut wajah cantik dan bibir mungil ini sudah menjadi blogger sejak tahun 2010 yang seterusnya mencipta populariti di alam maya selepas tip danĀ petua kecantikannya menjadi viral.
Berdasarkan laporan Vogue, ibu seorang anak ini pernah menjadi jurusolek di Revlon dan bekerja di beberapa syarikat jenama mewah seperti Cartier dan Mercedes. Mengikut laporan Forbes pula, Huda menceburi bidang solekan dan blog selepas dia rasa tidak puas bekerja dalam bidang kewangan.
Tiga tahun bergelar blogger, Huda mendapat inspirasi menghasilkan bulu mata palsu selepas dia sukar mendapatkan produk berkenaan di pasaran. Bermula dari situlah, empayar Huda Beauty yang diterajui tiga beradik ini wujud dan terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.
Hari ini, rangkaian kosmetik Huda Beauty mempunyai 140 produk yang terdiri daripada set pembayang mata, bedak asas, variasi gincu bibir, kuku palsu dan sebagainya yang dianggarkan mencecah jualan tahunan tidak kurang USD 250 juta.Ā Melihat kejayaan itu, tidak hairanlah Forbes menyenaraikan Huda Kattan antara 2019 America’s Richest Self-Made Women berjumlah USD 610 juta.
Sumber: Forbes & Vogue Arabia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...