Terjun Dunia Penyiaran, Ada Pilot & Jurutera, AZURA ZAINAL Kagum Arwah Ibu Besarkan 7 Anak

Pasti ramai kenal wanita cantik yang mempunyai trademark rambut kerintingnya itu. Kepetahan Azura Zainal berkata-kata memang tak perlu disangkal lagi dan sememangnya terbukti lantaran sering mendapat undangan untuk menjadi pengacara majlis atau host program TV. Ibu kepada seorang anak ini sering tampil lasak dan ranggi sehingga tak percaya umurnya sudahpun berusia 40 tahun.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Ketika berpeluang mengadakan temu bual suatu ketika dahulu sempat bertanyakan siapakah wanita inspirasi dalam hidup isteri kepada jurulatih seni mempertahankan diri yang berasal dari Brazil, Cristiano Genuino Da Silva ini. “Sudah tentu ibu dan kakak saya adalah pencetus inspirasi. Arwah ibu sudah meninggal dunia sepuluh tahun lalu namun semangat beliau meresap ke dalam diri saya.

Foto: Instagram @zurrs
Foto: Koleksi Majalah Nona

Beliau adalah wanita yang inovatif dan sangat kuat bekerja. Ibu adalah wanita berkerjaya dan dalam masa yang sama isteri dan juga ibu. Namun, tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Walaupun sentiasa sibuk tetapi beliau tetap mempunyai masa untuk dihabiskan bersama seperti keluar bercuti sekeluarga.

Foto: Instagram @zurrs

Begitu juga dengan kakak saya yang mempunyai semangat luar biasa. Wanita inspirasi saya ini tidak pernah bercakap tidak boleh untuk mencapai sesuatu yang mereka inginkan. So looking at them make me want to be like them as well, so they are my inspiration.

Foto: Instagram @zurrs
Foto: Instagram @zurrs

Keluarga saya besar. Kami tujuh adik-beradik yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan. Dalam adik beradik saya, ada seorang juruterbang, tiga orang jurutera, seorang perunding hartanah dan teknologi maklumat. Kakak saya seorang corporate trainer

dan saya pula dalam bidang penyiaran.

Ibu bapa saya sangat tekankan kasih sayang dan mesti letakkan keluarga dahulu, jadi kami memang rapat! Kalau nak keluar atau buat apa-apa memang tak perlu kawan-kawan, kami sahaja dah cukup kecoh. Dua orang abang menetap di Amerika Syarikat dan setiap kali mereka balik, memang riuh-rendah di rumah. Keluarga saya macam United Colours of Benetton, pasangan masing-masing ada yang berasal Iran, Brazil, Malaysia, dan Vietnam. Jadi keluarga saya memang penuh dengan diversiti,” tutur Azura bergurau.

Foto: Instagram @zurrs
Foto: Instagram @zurrs

Ketika diajukan tentang amalan berpantang yang dilaluinya dengan penuh yakin jawapannya, “Saya mengamalkan cara berpantang secara tradisional. Saya selesa berpantang secara tradisional kerana percaya amalan berpantang dapat memulihkan kesihatan dalaman. Walaupun suami saya bukan orang Melayu tetapi dia menghormati pilihan saya,” jelas ibu kepada Zeydan Genuino ini sambil tersenyum.

Foto: Instagram @zurrs

Trivia Azura Zainal

Pernah dicalonkan 2 kali untuk Best Light Entertainment Presenter/Performer di Asian Television Awards pada tahun 2002 dan 2004 semasa menjadi TV Presenter di Walt Disney TV.

Dipilih memainkan watak Lorell Robinson untuk Broadway: Dreamgirls The Musical di Istana Budaya. Berpeluang menyanyi, menari dan berlakon!

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed